.

Khamis, 14 Julai 2016

JIN DAN BOMOH BERKELIARAN




AWAS 

BERJAGA JAGA

JIN & BOMOH


BERKELIARAN


KENYATAAN MEDIA

13 JULAI 2016
  
Saya menyambut baik kenyataan media oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahukan semua parti pembangkang menyatukan kembali dan memperkukuhkan perpaduan dan menghentikan serangan sesama sendiri.

Saya bersetuju dengan kenyataan Tuan Ibrahim bahawa kita harus fokus dan menyatukan banyak persamaan di kalangan parti-parti pembangkang berbanding ketaksuban terhadap perbezaan yang muncul.

Kenyataan ini mencerminkan ketokohan Timbalan Presiden PAS sebagai seorang pemimpin politik yang matang dan berpengalaman serta memiliki visi yang jauh dengan meletakkan kepentingan negara dan rakyat melebihi kepentingan kepartian.

Pendirian baru yang dikemukakan oleh PAS memberikan harapan kepada rakyat Malaysia yang mahukan perubahan dalam negara yang tidak mungkin dicapai tanpa perpaduan yang utuh dikalangan semua parti pembangkang.

Sejarah membuktikan bahawa melalui perpaduan yang utuh dan berpegang kepada dasar bersama di kalangan parti-parti pembangkang, kita telah berjaya menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional (BN) di Parlimen 2 kali berturut-turut dan memperolehi majoriti undi popular dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

Sebaliknya, perpecahan sesama pembangkang hanya akan menguntungkan UMNO-BN sebagaimana yang terbukti dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak, Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini. Kita harus insaf bahawa perjuangan kita yang sebenar adalah untuk menyelamatkan Malaysia dan musuh kita yang sebenar adalah UMNO-BN.

KEADILAN tuntas dalam membawa politik nilai secara inklusif dan mengekalkan perpaduan di kalangan parti-parti pembangkang melalui Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan termasuk tahaluf siyasi bersama PAS. KEADILAN tidak pernah berganjak daripada memperjuangkan agenda reformasi dengan menjamin prinsip keadilan, tatakelola yang baik dan menentang sebarang bentuk ketidakadilan dan rasuah.

Akibat kecurangan pengurusan ekonomi negara dan budaya politik yang durjana oleh UMNO-BN, saya yakin pimpinan parti pembangkang menyedari bahawa rakyat sedang menuntut satu sistem yang telus dan mengharapkan kepimpinan untuk merealisasikan aspirasi rakyat.

Susulan itu, KEADILAN bersedia menyediakan ruang perbincangan meja bulat dikalangan semua parti-parti pembangkang, NGO dan individu-individu yang komited kepada agenda perubahan dalam masa terdekat.

 MOHAMED AZMIN ALI


------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ko boleh pcaye ckp titm ni mb??
Ape ko gile ke statement dorg bleh pakai?
Dorg xnk lps jawatan tu, ko gile sape nk bg anak cucu dorg mkn kalo lps jwtn kt slangor. Utang sane sini sape nk bayo.
Puihhh

Rashdy Kuala Lumpur berkata...

Statement MB Selangor ini bersifat umpanan. Ia bersifat positif. TITM mengeluarkan kenyataan yang berbunyi kudus. Dari mana datangnya bunyi kenyataan ini tidak penting, sama ada TITM telus atau tidak, sama ada TITM faham atau tidak, tidak penting. Yang penting MB Selangor menggunakan kesempatan yang ada untuk mengumpan pembaiki kapal datang untuk membaiki kapal yang bocor.

Bagi melihat ke hadapan, jauh ke hadapan, apa yang lebih memberahikan untuk dibaiki sebenarnya bukanlah setakat membaiki kapal yang bocor; tetapi jauh dari itu, adalah untuk meggantikan terus penggunaan kapal sedia ada kepada kapal yang lebih jitu, kukuh dan berdaya tahan.

Ironinya setiap yang berada dalam kapal tersebut sendiri kurang jelas yang mereka sebenarnya berada di dalam kapal itu atau tidak.

Saya cadangkan, sila gunakan kunci baru, kunci baru ini dinamakan 'humble'. Kunci ini telah digunakan di Amerika. Keupayaannya telah menampakkan sedikit hasil. Ini jauh lebih baik daripada apa yang digunakan oleh Pakatan kini.

Ada satu lagi kunci yang telah berada di semua era sejak turunnya kitab suci umat Islam, kunci itu sebenarnya bukanlah menganuti Islam itu sendiri, bukanlah keIslaman, dan tentulah bukan sangat Parti Islam, tetapi kunci itu dinamakan 'intelektualisma' . Kunci itu bersifat bijaksana, bersifat cerdik, bersifat penuh pengetahuan, bersifat hemah tinggi. Kunci itu juga membentuk keamanan sejagat, ia merentas galaksi.

Obama menggunakan dua kunci ini dan beliau memegang tampuk Amerika sebanyak 2 terma, yakni sekitar 8 tahun.

Jika Pakatan mahu menjatuhkan BN maka sila, gunakan dua kunci ini.

Tak faham lagi? Pernah berkata Hannah Yeoh - "Anda tidak memerlukan orang Melayu untuk menjaga kepentingan orang Melayu, saya boleh jaga orang Melayu!"

Pernyataan ini terdapat 2 kunci tersebut di dalamnya. 1. Ia kelihatan sombong tetapi sebenarnya 'humble' 2. Ia bijaksana, ia mempamerkan saorang yang telah meneliti ayat-ayat dan surah kitab suci utnuk dihamburkan ke muka Melayu-Islam

Tidak pernah saya melihat ahli Dun melayu Islam, ahli politik melayu Islam mempamerkan jumlah kutipan derma dan seterusnya mempamerkan resit resit untuk perkara dibelanjakan wang tersebut secara detail, seperti yang dibuat oleh Hannah Yeoh. Di dalam perkara ini terdapat 2 kunci tersebut. Jika Hannah Yeoh tidak punya 2 kunci ini masakan beliau kini Yang Dipertua DUN Selangor?

Tidak perlu bersurah seluruh kitab suci kepada saya jika tuan tidak punya 2 kunci ini. Saya mewakili suara ramai suara majoriti yang senyap, memohon supaya 2 kunci ini dipraktikkan demi benih yang disemai bertunas segar dan hidup terus membesar sihat dan galak. Yang kemudiannya kita sama-sama bajai, sirami, dan belai terus-menerus berganti generasi.

Ya kami, haus, kita haus. Kita dahagakan keharmonian dan kesejahteraan dalam ertikatanya yang sebenar.

Permintaan kita tidak terlalu tinggi, bahkan sejajar dengan keperluan insani. Kita mahu berupaya untuk bekerja dan mendapat upah setimpal dengan kerja kita. Kita mahu perbendaharaan negara digunakan, diuruskan sebaik-baiknya. Kita mahu edaran kemewahan yang adil yang saksama. Kita mahu keamanan dalam segenap hal. Kita mahu pemimpin-pemimpin yang berpengetahuan tinggi, yang menguasai beberapa bidang, supaya yang demikian, mereka itu mampu menggalas tugas-tugas pentadbiran dan kepimpinan penuh telus, dedikasi dan bertanggungjawab. Sebagai contoh jenis pemimpin yang kita dambakan, sila rujuk sejumlah sesi "Prime Minister's Questionnaires" di parlimen UK, terutamanya yang melibatkan David Cameron yang boleh ditonton di Youtube bagi memberi faham jenis kepimpinan yang kita semua dahagakan. David mungkin bukan yang setepat kita maksudkan, tetapi paling tidak pun, bermaksud sehampir dengan David.

Saya haus kini dalam ertikata sya memerlukan segelas air. Sehingga di lain lembaran. Tulisan ini saya sudahi di noktah ini.