Jumaat, 5 Ogos 2016

ADA BERITA BAIK DARI TERENGGANU






BERITA BAIK

UNTUK RAKYAT

PILIHAN RAYA

NEGERI GANU

TAK LAMA LAGI



Encik lawan Datuk Seri - kes minyak

Dalam pada itu, menjawab berhubung dakwaan bekas menteri besar, Datuk Seri Ahmad Said berkenaan isu telaga minyak Blok PM 307 Bertam yang didakwa telah diserahkan kepada kerajaan Pahang, Encik Ahmad Razif berkata ia tidak pernah berlaku.

"Tiada isu telaga minyak kerana ia bukan hak kerajaan negeri, ia hak persekutuan, sebab itu, kalaupun dapat hasil, kita hanya dapat lima peratus sahaja (hasil minyak), kalau hak kita sudah tentu kita dapat 100 peratus.

"Bertam sekarang kepunyaan Petronas, jadi kita tiada hak. Cuma, saya telah membuat permohonan rasmi kepada perdana menteri untuk buat pertimbangan agar digunakan balik asas kepada komitmen yang dibuat sebelum ini, saya telah memohon tetapi belum lagi dapat keputusan daripada beliau," katanya.

Tegasnya lagi, tiada berlaku sebarang penyerahan kepada kerajaan Pahang atau isu cagaran sebagaimana dakwaan sesetengah pihak.

"Telaga minyak bukan hak kerajaan negeri, ia tiada kena mengena dengan kerajaan negeri, ada isu cakap kita cagar telaga minya, buat apa nak cagar kerana ia bukan milik kita, ia bukan milik Terengganu.

"Mengikut ketetapan yang dibuat sebelum ini dan kita sendiri telah tubuhkan satu jawatankuasa khas yang dipengerusikan saya sendiri dan dianggotai oleh beberapa pihak termasuk wakil daripada Jabatan Pemetaan, kita ingin lihat balik, kaji balik dari segi peraturan, dan proses ini bukan satu proses yang cepat boleh diambil keputusan," katanya.

Katanya lagi, tiada sebarang hasil dari Bertam diagihkan kepada mana-mana negeri dan ia adalah hasil negara.

"Saya difahamkan hasil daripada bertam ini tidak diagihkan di mana-mana negeri ini adalah hasil negara, bagaimanapun, tetapi beri masa kepada saya. Permohonan kita adalah cara yang terbaik, bukan minta dengan cara kekerasan, beri peluang kepada saya kerana kita masih dalam perundingan dan doakan agar ia dipermudahkan.

"Dalam hal ini, tiada berlaku tandatangan, tiada de surat menyurat, yang kita sedia ada pun bukan diisytiharkan milik Terengganu kerana telah melebihi tiga batu nautika, itu sudah jadi milik persekutuan," tegasnya.



DI PENANG

DAH TAKJADI

DI GANU

AKAN JADI

INI KENDURI

INI BERAYA

FULUS MULUS

TAPI SOTONG

MACAM MANA

MAKIN KERING?

SAJE TANYA

JANGAN MURKA





--------------------

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Datuk Seri bezee kat obersee. Jangan Kaco

https://www.facebook.com/abdulhadiawang/posts/1047399945345123

Kah kah kah

*
**

Tanpa Nama berkata...

Tanah rezab melayu Ganu dah tukar jadi tanah rezab umno...guane gamoknyer

Tanpa Nama berkata...

Umno T'ganu kini boleh ambil tanah rizab Melayu - Malaysiakini Berita https://m.malaysiakini.com/news/319755

Tanpa Nama berkata...

SOTONG jadi MB balik ke ????

Papa kedana miskin kah rakyat nya

Kena tambah bini lagi ke ????

Budak BLUE GERMAN jadi TMB ke ????

Buat filem Pulau Duyong boleh kaya lah

Nazrio berkata...

Yahadi bukan M.O.i
Cer cari Lagi TT..
Cik encik MB ganu
Tak ada tokoh jadi M.O.1

Tanpa Nama berkata...

pas nak lawan umno??jgn nak nak bermimpi ikan duyong pakai panties G string laa..apa beza pas dan umno? pas adalah umno, umno adalah pas..nak takut apa lagi..yg dok takut itu ialah sesapa yang kalah tak dpat bergaji yb rm15k.tak termasuk imbuhan pistol, imbuhan minyak dan dan lagi...jgn takut pasal 1mdb, pasal gst sb kepalatan gst dan 1mdb dilahirkan oelh najib rosmah yg bukan rakyat terengganu..kpd wakil2 umno bn, bagi la tuan presiden ulama dunia utk merasa menjadi mb sebelum nafas terakhir..mana la tahu, hutan2 balak dan minyak2 dipesisir laut bole dihududkan jua..TIA tu bukan asal usul terengganu ke???

Tanpa Nama berkata...

Tt dulu kau punya mantra yang popular, pengorbanan yb yang padam hingga diadakan prk sangatlah dihargai oleh penduduk setempat yang bakal dihujani juta juta projek mi segera dan juta juta lagi diterbangkan masuk dengan helikopter yang kalau bawak yb atau beberapa yb pulak dalam heli tu lalu tanpa diduga jatuh pulak dalam perjalanan balik setelah mengagihkan donation maka jawabnya bertambah lagi beberapa juta projek mi segera dan beberapa juta agihan dedak!
Tapi, walau double triple macam tu pun masih tak cukup hebat nak lawan ratusan juta malah boleh cecah billion mi segera dan dedak yang bakal disuap dan ditabur sebagai donation jika satu negeri kena buat snap poll! Inikah dia kebahgiaan (versi malaysia)?