Dalam kejadian pada kira-kira pukul 1.01 pagi itu, lelaki berumur 23 tahun berkenaan terus memaklumkan kejadian tersebut kepada rakannya yang kemudiannya menghubungi polis.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner, Baharom Abu berkata, lelaki berkenaan dikatakan menemukan bayi seberat 2.80 ki­logram itu dalam keadaan masih bertali pusat.

Beliau berkata, pihaknya percaya bayi tersebut baharu sahaja dilahirkan beberapa jam sebelum dia ditinggalkan di kawasan tersebut.

“Bayi tersebut yang dirujuk di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) berada dalam keada­an baik. Kita kemudian menghantar bayi berkenaan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Menurut Baharom, pihaknya sedang mengesan individu yang bertanggungjawab membuang ba­yi berkenaan.