Selasa, 2 Ogos 2016

GEROMBOLAN AKAN REBAH






BILA SABAH

BERUBAH

GEROMBOLAN

AKAN REBAH





Hasrat Shafie Apdal perjuang hak autonomi Sabah disokong

Hasrat bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Shafie Apdal untuk bekerjasama dengan parti-parti pembangkang bagi memperjuangkan hak autonomi dan pembaharuan institusi di Sabah disambut baik.
Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong berkata perjuangan politik Shafie adalah selaras dengan matlamat DAP untuk memelihara kepentingan negeri itu agar tidak lagi dianaktirikan oleh kerajaan BN seperti yang terjadi sebelum ini.
“DAP selama ini sentiasa berusaha keras untuk memastikan Sabah dan Sarawak dilayan sama rata dengan negeri-negeri lain dalam Persekutuan, malah antara parti yang paling tegas menuntut hak autonomi untuk kedua-dua negeri itu.
“Jadi kami (DAP Sabah) benar-benar mahu bekerjasama dengan Shafie dan semua pihak yang setuju dengan objektif untuk membawa perubahan di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Ahli Parlimen Sandakan itu, beliau sebelum ini telah membentangkan usul dan rang undang-undang persendirian di Parlimen untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengiktiraf Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi yang setaraf dengan Semenanjung.
Malah katanya, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Tanjong, Chan Foong Hin juga pernah membentangkan rang undang-undang persendirian bagi mengembalikan perkongsian sama rata Sabah di negara ini.
“Walaupun ahli-ahli Parlimen dan Dun DAP lantang menyuarakan hak Sabah dan Sarawak, ia tidak mendapat sokongan dari wakil-wakil BN. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa BN tidak ikhlas dalam memperjuangkan kepentingan dua negeri itu,” lapor Roketkini.
Sehubungan itu, Stephen menggesa semua parti politik yang senada dengan perjuangan tersebut untuk bekerjasama bagi menjatuhkan kerajaan BN berikutan ia adalah satu-satunya cara bagi membawa perubahan menyeluruh di Sabah dan Sarawak.
“Sebagai wakil rakyat dari Sabah, kita harus meletakkan kepentingan rakyat Sabah sebagai matlamat utama agar mereka tidak lagi dilayan secara tidak adil oleh kerajaan BN,” ujarnya.
Shafie yang juga bekas Naib Presiden Umno sebelum ini mengumumkan keluar dari parti itu setelah keahliannya digantung kerana lantang mengkritik kepimpinan Najib yang dipalit pelbagai skandal kewangan.
Ahli Parlimen Semporna itu bagaimanapun berkata beliau mahu terus berjuang untuk memelihara kepentingan rakyat Sabah di peringkat nasional.

RAKYAT SABAH

MAKIN SEDAR

MAKIN BERANI

TUNTUT HAK

DIRI SENDIRI



--------------

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Syabas Sabah..... kasi ajar sama perompak2 yang ada.....

Tanpa Nama berkata...

Bijak jugak apdal ni, gunakan isu hak autonomi rakyat sabah. Teruskan, BRAVO! yg penting mesti istiqomah, jgn kau hangat2 taik kambing jer, nak lawan.. lawan betul2. Apdal kena jaga org2 kuat dia, jgn pulak bila beg hitam sampai depan rumah org kanan apdal isu ni jadi sejuk. Maklum laa beg beg hitam ni mampu ubah nasib. Biasanya org BN kalau dah beg hitam sampai depan rumah tiba2 perjuangan boleh flip flop buat u-turn, kawan rapat pun sanggup ditikam belakang. Apdal pun kena siap siaga utk tepis isu2 skandal dgn zahida rafik. Kalau takut dilambung ombak jgn kelaut candat sotong, kalau tak tahan daulat jgn main politik.

Tanpa Nama berkata...

Dulu dalam kerajaan tak cerita pun. Dah bulu konek kena cukur baru nak cerita. Sudahlah, tak bopeh pakai dia ni.

Tanpa Nama berkata...

Dulu dalam kerajaan tak cerita pun. Dah bulu konek kena cukur baru nak cerita. Sudahlah, tak bopeh pakai dia ni.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulilah

Tahniah Shafie Apdhal nih.....

Orang Sabah sudah tak nak jadi BODOH dah

Unknown berkata...

Selamat berjuang Shafie Apdal demi Rakyat dan negeri Sabah supaya tidak akan di bodoh kan lagi olih perompak., semuga segala urusan dipermudahkan Allah Swt,.

Tanpa Nama berkata...

Kalau diamati secara mendalam, politikus Sabah dan Sarawak sebenarnya yang paling beruntung dalam kemelut UMNO sekarang. Apa tidaknya, puas menjarah kekayaan dalam negeri sendiri bernaskan perjanjian 1963, mereka dianugerahkan seekor Najib yang nyawa2 ikan. Hasilnya: dapat anak haram yang kian hilang populariti dan cuba berdiri dengan menaburkan duit yang semakin berkurang. Kurang atau tidak, duit tetap duit :) Syabas politikus Sabah dan Sarawak, anda lebih bijak dari pimpinan UMNO Semenanjung. Kalau Najib enggan keluar belanja, ugut sahaja keluar BN hahaha. Kalau MP UMNO yang mengugut, Najib tidak gentar. Yang dia takutkan undi dari BN dari Borneo yang rata2nya dipegang bapa lanun berserta kaum kerabat penyamun muahahaha. Bijak, bijak

Tanpa Nama berkata...

Apdal di adalah perompak. Sama mcm Madey jugak. Dah tahu perompak, masih lagi disanjung2.

Berbillion dah kene kebas.. apa punya bangang da?? Xdak ka Bajau yg cerdik sikik dari Apdal ni?? Dari 3.5 juta rakyat sabah, hanya penyamun Syapei ni jugak yg dipilih.. hadoila..

noname berkata...

terang Lagi bersuLoh .. berjuang utk kepentingan rakYat terbanYak hanYe stLh kehiLangan kuase n sLps tak di perLukan Lagi. apekah jaminan bt rakYat terbanYak ? tinggaL sejarah Yg mencatat n mengenaLi beLiau di kaLe di puncak kuase ...