Khamis, 29 September 2016

MAYAT SAMPAI PAGI INI - MATI DALAM TAHANAN -






DIBERITAHU 

BEDAH SIASAT
mayat arwah AZRI
akan sampai dari kota baru
ke jabatan forensik
hospital besar kuala lumpur
pada jam 11.00 pagi ini

kaum keluarga arwah
akan berada disana
mereka memerlukan sokongan
mereka memerlukan kawan

sesiapa yang ingin
bersetiakawan 
sesiapa yang ingin
datang membantu
jemput datang ke hospital
pagi ini







Aina Sayuty with Adam Adli and 24 others.
4 hrs
Salam perjuangan.
RAYUAN DERMA BAGI MENANGGUNG KOS POST MORTEM KALI KEDUA ARWAH AZRI MOHAMED YANG MATI DALAM TAHANAN PENJARA SERTA USAHA MENUNTUT KEADILAN.
Alhamdulillah pihak Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada hari ini, 27 September 2016, telah memutuskan untuk meluluskan permohonan post mortem kali kedua untuk Arwah Azri, yang mati dalam tahanan penjara Pengkalan Chepa.
Terima kasih saya ucapkan kepada pasukan peguam YB N. Surendran, Naraendran Thiagarajah dan Ang Kai Whei yang telah memberikan khidmat percuma kepada kami sekeluarga.
Juga kepada Aktivis NGO dan Pimpinan Parti yang mendokong Jawatankuasa Bertindak Keadilan Untuk Azri.
Justeru itu saya dengan rendah diri memohon jasa baik bantuan pihak media, rakan- rakan dan rakyat Malaysia, untuk membantu kami dalam mendapatkan sumbangan bagi menanggung kos post mortem kedua serta usaha memperolehi keadilan buat Azri.
Saya percaya bukan Azri dan keluarga kami sahaja yang menanggung kezaliman seperti ini.
Kita semua perlu bersama berusaha agar tidak ada lagi kes pukulan dan kematian dalam tahanan secara misteri dan zalim.
Berikut adalah info akaun bank saya:
Nama: Norsyazmira Binti Mohamed
No. Akaun: 0303-0009296-72-1
Nama Bank:
Bank Muamalat
No. Telefon:
013 - 91-25-378




-------------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Masha Allah

Macam kat Tel Aviv pulak