.

Rabu, 30 November 2016

CARA CARA HALAL MENEBANG BALAK



CARA HALAL MENEBANG BALAK
Membalak ada adab dan tertib yang perlu diturut. Contohnya memotong balak serupa dengan memotong lembu. Balak mesti pokok spesis halal, sudah cukup sifat, dan bukan 2 alam. Mesti sekurangnya baca bismillah sebelum mula gergaji. Boleh juga laungkan takbir atau azan dahulu, supaya haiwan buas lari takut dan untuk memberitahu serangga dan haiwan lain bersedia nak dihempap. 

Mesti baca niat dalam hati ketika mula memotong. Kalau baca: ya latok, kasi ampun latok, gwa cuma cari makan - itu tidak sah, batal pembalakan dan berdosa. Mesti ada pembantu tukang pegang pokok sepanjang penggergajian. Jenazah balak mesti dimandikan segera. 

Akhirnya balak hendaklah dipotong 7 bahagian dan ditabur sama rata ikut kelayakan penerimaan, contohnya 
1 bhgn untuk ketua kampung, 
1 bhgn untuk ketua hutan, 
1 bhgn untuk ketua perniagaan, 
1 bhgn untuk ketua projek, 
1 bhgn untuk ketua kontrek, 
1 bhgn untuk ketua semua orang, 
tidak mengapa jika 1 atau semua pihak di atas adalah 1 individu atau kumpulan yang sama, on MENGENAL HALAL DAN HARAM
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 11/30/16





---------------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ohh syarat ni versi 1.0, belum ambik kira usul memasukkan akta pensijilan halal jakim yang akan dikira versi 2.0 di mana haram hukumnya memotong atau mengusik pokok tanpa cop halal asli jakim, belum kira versi 3.0 di bawah tajaan majlis sultan di mana hanya pemotong yang bertauliah oleh sultan sesuatu negeri saja halal membalak dalam negeri tersebut. Juga ada usul versi 4.0 yang akan berkuatkuasa otomatik bila usul ruu355 dilulus, antaranya pemotong tak menepati syariah boleh dirotan 100X. Versi 5.0 belum jelas jadi belum muktamad, dan kalau bini rosmah umumkan, ia akan dibuat pada selasa kelak.

Bob maley berkata...

Tambahan...kena mengadap kiblat baru afdal.

Tanpa Nama berkata...

Macam ajaran ALAMAK KARUNG saja

Afdhal ke ????

Ada SIJIL boleh lah

Apa jenis manusia tuh....

652203 4423143 berkata...

Dah jadi hampas Hadi punya kerja!,ahli yg cerdik dan tau politik dah mula angkat kaki.Tinggal la lebai dan pentaksub masih kekal kerana percaya Hadi bawa jalan ka surga!,Tak tahu yang Hadi gila nak jadi menteri.... boleh kaya loo..