.

Rabu, 12 April 2017

INI DIA PSIKIK MELAYU





INI DIA PSIKIK MELAYU

Saya menyambung kembali persolan nasional yang sedang menghantui badan politik Malaysia. Saya telah merakamkan bagaimana kemasukkan Yang Lain ke Tanah Melayu telah mengubah roh bumi Melayu ini. Hari ini Yang Lain  telah dijadikan sebab musabab dalam setiap langkah ekonomi  kerajaan dan garis politik semua parti-parti politik Malaysia.

Minggu lalu saya telah menerangkan bahawa projek Malaysia ini ialah projek neo-koloni Inggeris  yang bersangkut paut dengan persolaan nasional. 

Projek Malaysia ini dirancang untuk mengagalkan niat dan cita-cita Malayu Raya. Konsep Melayu Raya ini pernah dilambong-lambong sebelum dan sesudah Perang Dunia kedua oleh para nasionalis di Tanah Seberang dan di Tanah Semenanjung.

Nama-nama saperti Bung Karno,  Ahmad Boestamam, Dr Hatta, 
Dr Burhanuddin, A.M. Azahari, Ishak Muhamad, Ibrahim Yacob, Tan Malaka, Yamin, Harun Aminulrashid - adalah antara nama-nama yang dihayati oleh Bani Melayu  Nusantara sebagai mewakili kesedaran nasional mereka. Nama-nama ini dilihat sebagai pemimpin  Nusantara yang mengajukan garis bangun berjuang menentang kuasa kolonial Inggeris dan Belanda.

Justeru generasi hari ini jangan merasa pelik  atau buat-buat tidak faham atau tidak mahu sedar  tentang apa dia Melayu Raya yang saya tulis ini walau pun fakta dan data sejarah terpampang dihadapan mata. 

Jangan pula buat-buat teperanjat atau tertanya-tanya apabila di Jakarta terlihat bendera Parti Demokratik Indonesia memakai lambang kepala lembu yang sama saperti lambang logo bendera Parti Rakyat Malaya (PRM). Logo kepala lembu ini telah diguna pakai oleh PRM dibawah pimpinan Boestamam. Juga jangan buat buat tidak faham apabila saya beri tahu bahawa logo yang sama ini juga telah digunakan oleh Parti Rakyat Berunai dibawah Azahari semasa menentang Inggeris.

Wajib juga diberitahu kepada jenerasi hari ini bahawa Parti Rakyat Berunai  yang diharamkan oleh Inggeria pada tahun 1963 asal berasal  sebagai cawangan Parti Rakyat Malaya Semenajung.  Ini fakta sejarah bukan kelentong  Hishamuddin Rais.

Fahamilah sekarang bahawa dibelakang logo kepala lembu ini adalah tanda dan  niat induk serta  falsafah  perjuangan yang sama dibumi  Nusantara. Ini adalah tanda , simbol dan cita-cita  para nasionalis untuk mendirikan Melayu Raya. 

Projek Malaysia yang diwar war oleh Tunku Abdul  Rahman pada tahun 1961 dijaja sebagai cara untuk mengimbangi Bani China dari Singapura yang akan bersama Malaysia. Jelas projek Malaysia ini muncul  sebagai jawapan kepada  persolaan nasional.

Projek Malaysia  ini   telah ditentang oleh Parti Rakyat Malaya, oleh Parti Islam Malaya (PMIP), Parti Komunis Malaya, Parti Buruh dan  Parti Rakyat Berunai. Malah projek ini juga telah ditentang oleh Pilipina dan Indonesia. Pilipina menentang tetapi tidak sakeras tentangan Bung Karno dari Indonesia. 

Mereka yang menentang Malaysia  mahu Kalimantan Utara (Sabah, Sarawak dan Berunai) merdeka  dan berkerajaan sendiri. Manakala parti politik Semenanjung menolak Malaysia kerana ini projek neo-kolonial Inggeris. 

Untuk PRM, PKM , Parti Buruh dan PMIP - Singapura TIDAK perlu menyertai Malaysia kerana Singapura adalah sebahagian dari Tanah Melayu. Ini sama saperti  cakap-cakap bangang yang mengusulkan agar Pulau Pinang perlu masuk Malaysia.

Indonesia dibawah Bung Karno sedar Malaysia sebagai racangan Anglo-American untuk mengepong Indonesia. Indonesia dibawah pimpian Bung Karno adalah negara anti-imperialis bergaris politik nasionalis kiri. Indonesia  menjalankan dasar bebas, berkecuali dan merdeka. Justeru secara senyap-senyap Indonesia telah  menyokong garis anti-Malaysia yang wujud di Tanah Melayu. 

Pada 16 September 1963 Malaysia diumumkan wujud. Jawapan Indonesia ialah  secara terbuka telah melancarkan dasar KONFRONTASI dengan Malaysia. 

Konfrontasi ini hanya ditamatkan satelah CIA berjaya melakukan rampasan kuasa di Jakarta ada tahun 1965. Presiden Sukarno hilang kuasa dan anak buah CIA yang bernama Suharto menjadi  Presiden. Projek Malaysia mula bernafas kembali.

Wajib juga diberitahu Parti Rakyat Berunai (PRB) menang 16 kerusi dari 33 yang ditanding dalam pilihan raya  Ogos 1962. Parti ini diharamkam. Pemimpin PRB ditangkap. Pada 8 Disember rakyat Berunai bangun angkat senjata melawan British. Sultan Berunai akhirnya enggan menyertai Malaysia. Baginda terus ingin menjadi  Raja Shell hingga ke hari ini.

Satelah projek Malaysia diumumkan Singapura kini menjadi wilayah Malaysia tetapi sikap People Action Parti (PAP ) di bawah Lee Kua Yew cukup menjelekkan.  Sikap PAP dan Lee Kuan Yew inilah yang melahirkan psisik Melayu hingga ke hari ini.

Lee Kuan Yew mendabik dada dan berkata bahawa  dalam Malaysia Bani Melayu hanya 39% manakala Bani China 52%. Maka Perdana Menteri Malaysian Malaysia wajib jatuh ke tangan Bani China. 

PAP dan Lee Kuan Yew mengatakan bahawa Melayu juga adalah pendatang di Bumi Melayu. Kata-kata lucah PAP dan Lee Kuan Yew ini akhirnya meledakan kemarahan Bani Melayu.

Suasana politik  Bani Melayu dengan Bani China ini menjadi tegang apabila PAP mula mengembangkan sayap untuk bertanding di Semanjung Tanah Melayu dalam pilihan raya 1964. Sentimen Bani  Melayu dibakar oleh United Malays National Organisation. Sentimen KeCinaan dibakar oleh PAP Lee Kuan Yew. 

Anak  muda segala bangsa hari ini wajib diberitahu  tentang fakta pensejarahan ini. Saya menuliskan pekara ini untuk memberi tahu susur galur dan salasilah dari mana datangnya  psikik Melayu yang tidak yakin kepaada Yang Lain.

Fakta sejarah menunjukkan bahawa pertempuran Bani Melayu dengan Bani China bukan bermula di Kampong Baru  atau di Setapak atau di Chow Kit pada Mei 13 1969.

Ledakan pertama berlaku  di Geylang dan Kallang daerah Singapura pada 21 Julai 1964.  Retak menunggu terbarai apabila sambutan Maulud Nabi menjadi benterokan Melayu/China. Sebenarnya ini  adalah  suasana politik dan hasil  kerja politik PAP dan Lee Kuan Yew.

Perlu dirakamkan secara jelas dan tuntas dalam tulisan ini bahawa laungan MALAYSIAN MALAYSIA itu bukan bermula dari Demokratik Action Parti (DAP). Adalah salah besar apabila sesiapa sahaja menuduh laungan Malaysian Malaysia itu adalah kerja asal DAP atau laugan bermula dari YB Lim Kit Siang.

Parti dan orang yang pertama melaungan Malaysian Malaysia ialah Lee Kuan Yew dari Parti PAP.  Ini fakta sejarah  bukan lebong Hishamuddin Rais.

Suasana politik di Tanah Melayu pada ketika itu menjadi tegang. Akhirnya pada 8 Ogos 1965 Singapura keluar dari Malaysia.  Bila sahaja Singapura terkeluar dari Malaysia dan menjadi berkerajaan sendiri maka sah dan afdal akhirnya projek Malayan Union yang mahu Singapura tersendiri. Ini adalah stratiji awal dari pandangan berjangka jauh kuasa kolonial Inggeris.

Dari istilah politik Singapura adalah -  apa yang dipanggil dalam bahasa Inggeris Settler State atau Negara Pendatang. Contoh terbaik negara pendatang ialah Australia, New Zealand dan juga Israel.

Pemisahan Singapura dari Ibunda Semenanjung memberi impak yang amat besar kepada psikik Melayu. Tunku Abdul Rahman   dari awal sejarah telah dibaca dan dianggap oleh garis politik kiri sebagai budak suruhan Inggeris yang setia. 

Satelah Singapura keluar Malaysia,   Tunku yang menjadi Perdana Menteri dan juga Presiden  United Malays National Organisation dianggap oleh beberapa orang kuat parti saperti Syed Jaafar Albar sebagai  pemimpin lembik dan telah menjadi pembelot Melayu.

Ketika semua ini berlaku apa telah terjadi kepada para nasionalis Melayu Raya  dari Parti Rakyat, Parti Buruh,  Parti Islam dan Parti Komunis? Tidak kah ada pada ketika itu sosok yang dapat memberi pencerahan?

Jawabnya Inggeris telah menyediakan Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk memastikan  kerajaan neo-koloni dan boneka Inggeris bernama Tunku ini selamat ditahtha.

Ahmad Boestaman, Dr. Buhanuddin Hilmy, Hasnul Hadi, Ishak Haji Muhamad antara pembawa garis Melayu Raya telah dipenjara dalam tahun-tahun 1963 - 1964.  Mereka dipenjara atas tuduhan menyokong parti Komunis Malaya yang masih berjuang mengangkat senjata.

Jika tidak komunis mereka dituduh bersubahat dengan Sukarno menentang Malaysia. Atau berniat untuk menubuhkan kerajaan buangan di Jakarta. Manakala yang lain saperti Ibrahim Yacob, Shamsiah Fakeh, Mokhtarudin Lasso telah lama  lari menghilangkan diri.

A.M Azahari dari Parti Rakyat Berunai (PRB) telah melarikan diri ke Indonesia. Partinya telah diharamkam. Ramai pemimpin dan kader PRB telah dipenjara  oleh Inggeris satelah mereka menang pilihan raya pada tahun 1962.

Kenapa saya membangkitkan semua ini. Kenapa saya menimbul fakta-fakta ini?

Semua ini saya lakukan untuk mencari susur galur  asal usul dan teromba salasilah psikik Melayu.  Saperti yang telah saya tulis lebih awal bahawa psikik ini bukan datang mengejut. Ianya kumpul terkumpul dalam arus penjalanan tamadun kita semua.

Terkeluarnya Singapura dari Ibunda Semenanjung adalah babak sedih yang amat menyedihkan untuk Bani Melayu. Kehilangan  Singapura sama maknanya saperti Palestin  telah kehilangan Gaza kepada Israel. Singapura terkeluar dari Semenajung sama saperti terdirinya Israel pada tahun 1948.

Isreal adalah settler state yang diwujudkan dalam Alam Arab dengan tugas dan perancangan yang diatur oleh kuasa Anglo-Amerika.  Alam Arab dipecah-pecah agar senang diperentah. Mankala Singapura peranan dan  tugasnya  dalam Alam Melayu.

Apakah peranan settler state atau negara pendatang ini dalam badan polity Malaysia? Betulkah apa yang Hishamuddin Rais tulis ini? Tunggu minggu hadapan. (tt)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45




-----------------------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa kebende nih ?????

Tanpa Nama berkata...

PAP itu ialah people's action party yang ditubuhkan oleh lee kuan yew.
DAP itu ialah anak butir taik dari PAP.
Awang itu ialah suami yang disetubuhkan oleh emak haji abdul hadi.
HAHA itu ialah anak butir taik dari Awang?
Jika kita mengata A tu ialah anak butir taik dari B, bolehkah orang lain juga mengata kita ni anak butir taik dari seorang lain?
Jika kita mengata seorang lain itu sebagai anak butir taik, bolehkah orang lain pula melukis kita sebagai berok atau berak?
Adakah ruu355 itu akan memberi kesamarataan atau ianya selective, berpilih-pilih?

Anjing Liar berkata...

Hehe..Artikel ni boleh buat segilintir orang malaysia histeria,terutama sekali melibatkan Nabi di abad 21 iaitu Lee Kuan Yew,Ramai pencinta LeeKuanYew di Malaysia.Berapa kerat je orang malaysia yang baca artikel2 tukar tiub..yang lain hidup dalam delusi masing-masing..Tiada guna juga kalau Umnu tumbang kalau pola berfikir orang malaysia masih lagi cara berfikir BarisanNasional,Gerakan-Mca-Mic..Kalau di transalate ke bahasa lain lagi bagus,tak semua warganegara Malaysia pandai membaca dalam bahasa Malaysia..

Tanpa Nama berkata...

hanya mereka yang mengetahui sejarah dapat menelaah nukilan ini..