.

Khamis, 1 Jun 2017

TAHNIAH PARTI PAS









BUKAN

LIMA PULUH

LIMA RIBU

CARI MAKAN



Pas kembali ke perigi buta, kata Mahfuz

01 Jun 2017
"Saya gembira bercampur duka. Tetapi nampaknya keputusan itu seakan mahu menarik Pas kembali terjun ke dalam perigi buta," kata Mahfuz Omar, ahli parlimen Pokok Sena dari Pas ekoran keputusan partinya yang akan kekal dalam kerajaan negeri Selangor.
"Saya teruja, gembira dan bangga kerana Pas terus kekal dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor," kata Mahfuz dalam kenyataan medianya.
Keputusan itu bukan sahaja semata-mata mengekalkan 3 Exco tetapi secara langsung turut mengekalkan lebih dari 5 ribu ahli Pas yang menjawat pelbagai jawatan lantikan politik sejak parti itu bersama dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.
"Ini suatu yang sudah tentu membuatkan lebih 5 ribu ahli Pas yang terlibat 'menarik nafas lega' kerana banyak manfaat dan faedah yang mereka perolehi sejak tertubuhnya Kerajaan Pakatan Rakyat dahulu," katanya.
Beliau yakin, Tuan Haji Iskandar Samad Naib Presiden Pas telah berjaya mempengaruhi keputusan untuk tidak menarik diri dari pentadbiran kerajaan Selangor.
Ia dibuat walaupun pernah dituduh oleh Dewan Ulamak Pas Selangor yang menyindir kenyataan Adun dan Ahli Parlimen Pas dengan menulis, "bila berhadapan dengan ujian di dalam jamaah kita nampak dengan mata kepala kita sendiri."
"Selama ni kita bicara menerusi kitab-kitab haraki sahaja.. sekarang kita lihat dan saksi dengan realiti," kata Mahfuz memetik kenyataan Najhan Halim, ketua penerangan Dewan Ulama Pas Selangor.
Antara yang disenarai Najhan dalam 10 perkara ekoran kenyataan wakil rakyat Pas Selangor itu adalah seperti berikut:
1. Sayang jawatan
2. Takut kalah
3. Hilang jatidiri
4.Jawatan dalam kerajaan lebih tinggi daripada jawatan dalam jamaah
5. Hilang bergantung kepada Allah. Lebih kepada manusia
6. Kepentingan jamaah tak lagi diutamakan
7. Terlalu sayang kepada nikmat harta ghanimah bimbang terlepas
8.Tak yakin dengan janji Allah
9. Banyak alasan diberi daripada taat dan patuh serta wala
10. Mencari peluang dunia dilebihkan daripada habuan akhirat.

Menurut Mahfuz, kenyataan Najhan itu telah dibalas oleh Iskandar yang merupakan Pesuruhjaya Pas Selangor ketika itu dalam posting di facebooknya pada Julai 2016 dengan menyatakan "golongan ini (ulamak) umpama masih berada dalam 'perigi buta' sejak PRU tahun 2008 kerana tidak melihat banyaknya manfaat yang PAS dapat".
Bagi beliau, kenyataan Iskandar ini memperlihatkan keputusan Pas seakan mahu menarik Pas kembali terjun ke dalam 'perigi buta' (telaga buruk).
KENAPA BERDUKA

"Rakyat, ahli, penyokong Pas dan saya sendiri berduka kerana Pas sedang berhadapan dengan kesan dari kesilapan memutuskan hubungan dengan DAP dan PKR dan kekal didalam Kerajaan Selangor dengan berketuakan Menteri Besar dari parti PKR yang didakwa menentang agenda Islam Pas," katanya.
Di samping itu Pas juga, katanya, telah mengisytiharkan perang pada PRU ke 14 akan datang untuk menentang Pakatan Harapan termasuk di negeri Selangor yang mana PKR, Amanah, PPBM dan DAP adalah ahli gabungan pakatan didalamnya.
"Oleh demikian, berdasarkan congakan 'ilmu hisap' politik adalah sukar untuk Pas berada di luar 'perigi buta' selepas PRU14 nanti sekiranya Pas mengambil jalan untuk menentang BN dan dalam masa yang sama menentang Pakatan Harapan," kata Mahfuz.
Bagi Mahfuz, masih belum terlambat untuk Pas menyemak kembali keputusan untuk tidak bersama dan menyertai Pakatan Harapan.
"Apa yang Pas perlu sedar adalah menyertai PRU ke14 dengan tiga penjuru tidak menguntungkan Pas sebaliknya Pakatan Harapan akan berjaya memposisikan kedudukkan politik masa depan negara bagi mengambil alih kuasa dari Umno BN," katanya.
Katanya, rakyat mahukan kuasa politik baru di mertabatkan dengan mengalahkan Umno BN dan rakyat juga tidak akan membuang masa serta tenaga untuk mengundi Pas yang hanya sekadar berminat bertanding 80 ke 100 kerusi serta mensasarkan kemenangan 40 kerusi parlimen sahaja.
Ini kerana ia sudah pasti tidak dapat membentuk kerajaan kerana masyarakat umum telah memahami bahawa untuk membentuk kerajaan mesti memenangi minima 112 kerusi dari 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, katanya.
"Saya sependapat dengan Tuan Haji Iskandar, tak mahu melihat Pas kembali 'perigi buta' (telaga buruk)," katanya.
KEPUTUSAN

AMAT TEPAT 
KEPUTUSAN AMAT BAIK
BUKAN KERANA ALLH
BUKAN KERANA DEWAN ULAMAK
BUKAN KERANA SUARA PEMUDA
BUKAN KERANA SUARA AHLI
BUKAN BUKAN BUKAN
INI KEPUTUSAN KERANA POLITIK
INI KEPUTUSAN KERANA KUASA
INI KEPUTUSAN KERANA RIINGIT
TAHNIAH SELANGOR SELAMAT
DAN PARTI PAS 
ADALAH PARTI POLITIK
KHALAS PERIOD 





-----------------

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PAS dah jadi spy UMNO dlm kjaan Selangor kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Lebai tetiba jadi raja bersiong sedut darah dn airmata rakyat. Sampai akhirat rakyat tak nk percaya dah melainkan ahlinya sudah mencekik duit haram sebati dlm darah.
Suatu gelagat hipokrit bisa buat anakmuda benci pd agama...

Tanpa Nama berkata...

steady macam nie...bagi tau awal awal...nak duit bagi tau, nak duit mintak pau kat jiba, kah kah kah kan senang macam nie....tak payah putar putar, belit belit macam ankonda...kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Perlu ke PAS ni?
So not relevant.

Tanpa Nama berkata...

Hahahah tajam tajam kilas mahpuz ni weh! Gua tabik pada dia sebab terus berani mengkritik dan menyuara pandangan walau jelas bertentang langsung dari pendirian pimpinan partinya. Dan hari ini bila gua baca lipat kilas mahpuz, baru gua sedar: katak brahim terperuk bawah tempurong selama ni rupanya lebih mulia kasta beliau daripada golongan pas yang terperosok dalam perigi buta kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Tak larat nak berzikir TT. Berzikir dan beribadah x menjadikan kupang dan ringgit dalam poket.

Dlm suasana skrg, pak aji dan pak lobai pun x larat nak berzikir bro. Satu en pun x dpt. Melainkan wajib mengepow la sapa di sekeliling.

Sembang kemaih rezeki dari Tuhan. Bila time nak berbutir kupang dan ringgit, baru tau langit rendah tinggi, sampai basah spender la nak cakau seribu dua sebulan.

Gua mmg sudah serik la layan lobai2 ni.