Selangor & Pulau Pinang Bukti Perubahan Kerajaan Boleh Ke Arah Yang Lebih Baik Demi Rakyat
Tuduhan Najib bahawa perubahan kerajaan pusat pada Pilihanraya Umum ke-14 "bukan penyelesaian" adalah satu kenyataan panik, sinis, dan langsung tidak berasas.
Malah, bayangan yang Najib berikan bahawa perubahan kerajaan pusat mungkin menjadi seperti negara Iraq langsung tidak masuk akal kerana realiti ekonomi, sosial dan politik Malaysia cukup berbeza dengan hampir kesemua negara Timur Tengah yang mengalami 'Arab Spring'.
Bukti paling jelas kejayaan parti-parti pembangkang mengurus tadbir kerajaan dengan baik jelas kelihatan di Selangor dan Pulau Pinang. Kedua-dua negeri telah diambil alih oleh parti-parti pembangkang pada PRU-12 dan terus kekal ditadbir hingga ke hari ini tanpa skandal sebesar 1MDB atau FGV seperti yang berlaku di bawah kepimpinan DS Najib sendiri.
Sebenarnya hujah paling kukuh perubahan kerajaan dari UMNO-BN ke pembangkang telah membawa ke arah yang lebih baik telah diberi oleh Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi sendiri, yang berkata UMNO-BN telah ditolak rakyat Selangor pada PRU-12 dan PRU-13 yang lalu dan perlu bekerja keras agar tidak kena sampai 'talak tiga' di negeri itu.
Oleh itu, rakyat Malaysia tidak perlu gusar atau takut. Pimpinan Pakatan Harapan termasuk Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Tun Dr Mahathir Mohamad telahpun menyatakan bahawa kami bersedia mengambil alih Putrajaya untuk menyelamatkan rakyat dan negara dari belenggu GST serta skandal-skandal maha besar 1MDB dan FGV.
Mungkin Najib dan Zahid perlu duduk seketika untuk pastikan mesej yang mereka bawa tidak bercanggah seperti yang disaksikan di Lipis dan Sabah Bernam hari ini. Dan apabila mereka sempat duduk semeja, saya harap mesej yang boleh diangkat Najib dan pimpinan UMNO-BN bukanlah yang bersifat menakut-nakutkan rakyat,
tetapi memberi jaminan bahawa tidak kira siapa pun yang mentadbir Putrajaya, hak rakyat seperti termaktub di dalam undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan akan terus terjamin.
Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN
30 Julai 2017
------------------
1 ulasan:
one word:
either COCKALORUM
or KAKISTOCRACY
or SNOLLYGOSTER
or GONGOOZLER
or ULTRACREPIDARIAN
or FUDGEL....
take a very deep breath, study the words and finally, choose your poison...
HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR
Catat Ulasan