Rabu, 16 Februari 2011
BUKAN ZAMAN ABU NAWAS
BERKOMPANG BERKOMPIT
nota:
ucapan selamat menyambut
mauludul rasul muhamad
kegembiraan berkompang
kegembiraan berkompit
MAULIDUR RASUL : 1500 GURU KAFA AKAN TERIMA RM100 – harakah daily
Kesemua 1,500 guru Kafa akan diberikan RM100 sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Pulau Pinang bertemakan “Wasatiyyah (Kesederhanaan) Tonggak Kecemerlangan Ummah.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, bayaran RM100 one-off itu akan melibatkan perbelanjaan RM150,000 dan akan dicadangkan olehnya kepada mesyuarat Exco Khamis ini.
Pada tahun lepas, katanya kerajaan negeri telah memberikan RM100 one-off kepada guru-guru Kafa sempena perayaan Awal Muharaam.
Tambahnya, buat kali pertama juga dalam tahun 2010, semua guru Kafa telah diberikan RM250 duit raya menyambut Hari Raya Puasa.
"Pembayaran ini dapat dibuat kerana kerajaan negeri mengamalkan perbelanjaan berhemah; urustadbir CAT yang cekap, akauntabel dan telus; serta kempimpinan integriti, bersih dan bersih daripada rasuah.
"Kejayaan ini diakui bukan sahaja oleh Laporan Ketua Audit Negara 2008 dan 2009 yang memuji lebihan Bajet paling besar sebanyak RM88 juta pada 2008 dan RM77 juta pada 2009 tetapi juga oleh badan anti-rasuah antarabangsa terunggul Transparency International," ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.
NOTA:
kita wajib mengalu alukan langkah ini
ini membuktikan bahawa pentabiran pakatan rakyat di tanjung
memiliki dana
ini membuktikan bahawa pentabiran pakatan rakyata di tanjung
tidak rasuah
ini membuktikan bahawa pentabiran pakatan rakyat di tanjung
tidak boros
TETAPI AWAS
ini bukan cara pentabiran moden
ini bukan zaman khalifah harun aminulraseed
tabur dinar sana
tabur dinar sini
gerombolan beri duit
pakatan beri duit
kelihatan amat patronising
bukan beri duit sedekah
tetapi putuskan lingkaran setan
agar tidak menjadi peminta sedekah
bukan beri buah durian
tetapi beri tanah agar boleh durian di tanam
bukan beri ikan
tetapai beri tanah untuk kolam ternakan ikan
apa yang wajib dilakukan ialah pekerja
tak kira kerja apa pun memiliki gaji minima
gaji yang dapat menyara kehidupan dengan selesa
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
8 ulasan:
salut senor tt,
saya setuju..buka satu tabung utk semua ustaz dan ustazah di penang..biar mereka ada koperasi ..biar depa buat bisness haji dan umrah..terbit buku agama..buat research pasai Islam..100 ni pi pasar mlm bayan lepas..habih..dapat mkn laksa ngan cendui saja..
KALAU BN BUAT , IA DINAMAKAN RASUAH, KALAU PAKATAN?
Yang kita takut..orang melayu hari ni dapat tanah, lusa dia tolak dekat cukong!! Kah..Kah..Kah.. dia kata dapat tanah pun nak buat apa? Nak korek buat kolam ikan pun nak kena pakai fulus!
Respect, tabik ulasan TT. Taniah. Weldone, sungguh berhemah.
itu baru perintah negeri...bayangkan kalau perintah negara... beras akan cukup.. tiap hujung tahun semua rakyat dapat bonus..
Saya juga menyokong pandangan TT seperti juga panndangan Saiful. Semoga mereka akan beroleh lebihan imbuhan dunia dan juga Akhirat. Semoga Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil perhatian.
itu hari umno cakap lim guan eng rasis
ini bagi duit pulak kat cikgu agama
ini bukan rasis
ini membuktikan lim guan eng tak rasi.
kalau rasis dia tak bagi duit kat cikgu islam
kalau rasis dia dah c4kan ikgu2 islam
si luncai bodoh,
rasuah la jugak. bodo tol. tapi bagi aku yg rasuah palng terang skali aku dengar, daripada YOU HELP ME, I HELP YOU!!!!
Catat Ulasan