Ahad, 24 Ogos 2008

TIGA FAKTOR BOLEH MEMBAWA REBAH

Hakikatnya pada ketika ini Anwar akan menang dengan cemerlang. Tetapi ada 3 faktor yang boleh membawa rebah.

Pertama: Sokongan Pas agak 'loheh/longgar' di Permatang Pauh. Bendera Pas tidak banyak terpasang. Ini juga akibat karenah beberapa gerombolan Pas yang ingin sangat menjadi sebahagian daripada gerombolan United Malays National Organisation. Ahli-ahli Pas yang bersimpati dengan gerombolan Pas pro-gerombolan United Malays National Organisation mungkin tidak mengundi Anwar.

Kedua : Fairuz yang menjadi YB Adun Penanti 'tidak begitu pop' dengan banyak orang di Permatang Pauh. YB ini dianggap 'angkuh' oleh sesetengah warga Permatang Pauh.

Ketiga : Lebih daripada 30% pengundi Permatang Pauh bekerja di kilang. Mungkin kilang-kilang ini tidak bercuti walaupun kerajaan Pakatan Pulau Pinang telah mengisytiharkan cuti. Mengundi hari bekerja juga akan mengurangkan ramai bakal pengundi yang mungkin tinggal di luar Pulau Pinang.

Hari Selasa di pilih oleh SPR memang berniat 'busuk'. Kalau hari Isnin ramai yang akan memanjangkan cuti hujung minggu. Hari Selasa menyusahkan pengundi yang jauh.

9 ulasan:

fads berkata...

beramai2 kita bersolat dan memanjat doa untuk kemenangan PR di permatang pauh

Tanpa Nama berkata...

aku dok pinang. setahu aku takde sekor pun rasa belas kat United Malays National Organisation....

TOOLBOX berkata...

Gua pergi dgr cermah Tuan Guru Nik Aziz & Husam mlm td di BBBangi. Dorang kata PAS beri sokongan penuh kpd DSAI.

Wallahu a'lam

Tanpa Nama berkata...

Saya dengar pun ramai yang tidak berpuas hati dengan YB Fairus nie, ada juga komen2 di blog saya, itulah, cuba jadikan iktibar, lani rakyat jadi raja.....

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Tanpa Nama berkata...

Pertama: Sokongan Pas agak 'loheh/longgar' di Permatang Pauh. Bendera Pas tidak banyak terpasang.

Rasanya memang patut bendera PAS tak dipasang di Permatang Pauh ketika ini kerana yang bertanding adalah PKR. Kalu bendera PAS digantung mungkin akan mengerlirukan para pengundi?

Tanpa Nama berkata...

Salam perjuangan...
aku fikir tak mungkin Ahli PAS boikot DSAI kerana mereka pun sayang dengan DSAI dan satu lagi dari perbualan aku dengan ahli-ahli PAS kawasan Ptg Pauh, mereka tidak pernah terlintas di hati untuk boycot DSAI dan jauh sekali sokong UMNO.

salam

Tanpa Nama berkata...

Pertama, tahniah buat HR kerna akhirnya terpaksa 'menelan ludah sendiri' dan menerima hakikat bahawa blog dan dunia blog adalah medan terbaik mengutarakan pandangan dan pendapat. Buktinya, saudara HR sendiri mula jadi bloggers.

Keduanya, walau sebenci mana pun saudara kepada PAS (mgkn sb PAS boikot hiburan melalaikan yang saudara sajikan pada Protes Minyak Di Kelana Jaya Stadium ) tempohari, tetapi tidak perlulah saudara cuba bertindak seolah-olah 'baling batu sembunyi tangan'. Tidak perlu dan tidak manis rasanya saudara HR pertikaikan keikhlasan dan kesungguhan PAS dalam membantu kempen DSAI di P44 Permatang Pauh.

Saudara HR kena ingat, Musyidul AM PAS YAB Tuan Guru Nik Aziz walaupun dilanda keuzuran dan keletihan yang amat sangat tapi sanggup bertongkat ke Permatang Pauh, demi untuk 'menyelamatkan' Anwar.

Sebagai Ahli PAS, yang sudah meninggalkan rumah tangga hampir 10 hari hanya untuk memenangkan calon PKR di P44 Permatang Pauh, saya amat kecewa dengan tulisan dan komen saudara HR. Saudara HR kena ingat, tanpa PAS disisi, PKR dan DAP tidak akan ke mana2. PAS pentadbir di DUA negeri.

Ahli PAS Seumur Hidup,
Sabah.

Tanpa Nama berkata...

ASSALAMUALAIKUM,

Bendera PAS/DAP tidak boleh dipasang diPRK Pmtg Pauh kerana yang bertanding adalah PKR .harap faham.

digitalDark Art berkata...

Yeah..PAS xkn sokong kerajaan yg rosak. Kita mesti hargai sumbangan PAS. Wajarkah kita mnghukum pas kurang sokongan kpd DSAI/PKR gara2 kurang bendera? Walaupn lain2 parti, tapi perjuangan ttp sama. Itulah hasilnya PR bersama DAP.

Wallahu a'lam..