Isnin, 22 September 2008

SELAMAT BERBUKA PUASA

Cuaca panas
Petang redup
Kuala lumpur sibuk
Jalan jam

Raya lagi lapan hari

Malam tujuh liku bermula
Pelita makin tak ada
Semua di ganti dengan leterik
Yang tak segan-segan menyala

Ingat ketika menunggu raya sampai
Macam tak sampai-sampai
Ingat tak ketika pergi menempah baju
Macam tak siap-siap
Ingat tak sesudah membeli kasut
Tak sempat-sempat hendak dipakai
Ingat tak ketika mencari songkok
Kulup dan tak kulup

Kemudian kita dengar
Orang berkata:
Raya ni untuk kanak-kanak
Macam hari krimas
Macam tahun baru cina
Macam naurus
Macam dewali

Ingat tak betapa pelik
Melihat orang dewasa tak gila raya
Walhal kanak-kanak nak semua baru
Semua nak dicuba

Tapi

Hidup pun wajib mencuba
Hidup mesti ingin mencari
Hidup mesti terus nak tahu lagi
Hidup ini mesti macam
Kanak-kanak menunggu raya di pagi hari

Ketika
Ayam berkokok
Subuh menjelang
Wajib ingin mencuba ingin mencari
Seperti kanak-kanak ingin tahu semua misteri
Ingin belajar hidup untuk mengenal diri




7 ulasan:

RY berkata...

salam,

berbuka puasa ala kadar je,
ala2 nak mentekedarah tengah malam..huhu

ramadhan dah dihujung2,
umat dah meroyan ngan raya,

huhu

iklan lagi

esoklusa.blogspot.com.my

Tanpa Nama berkata...

a'kum tuan, sy benar tertarik dgn mksd yg lebih tpat hny tuan yg lbh merasainya. terdtik hati sayu rasanya...Maaf ibuku..Maaf ayahku. Akhir dunia kian tba malah ats sikpku sndir...

keramat, lrg kiri16Au2c/5

Tanpa Nama berkata...

saudara Isham

tengok mi, nak mi
tengok sup, nak sup
tengok kueh, nak semua
tengok cendol, nak cendol
tengok milo, nak milo

sudah dapat:
masih lapar?
masih dahaga?

Tanpa Nama berkata...

Bro, jadah apa nie? Sajak ke? dialog ker? Puisi ker?

Tapi mmg kat malaysia mana ada puisi. yang perasan buat puisi tu tgk cermin dulu...... hensem tak?

Lepas tu perasan nak suruh DBP kasi anugerah! jadahnyerrrr!

Pembuat Songket
Kampung Baharu, KL

Tanpa Nama berkata...

Bro Sham..Usah misteri misteri."Wajib ingin cuba mencari"...Hm..Rupa hensem muda belia lagi..Cari lah isteri.Ada anak baru tak sunyi. Lela Manja.

Tanpa Nama berkata...

ye...syahdu pulak aku membacanya

amer zaman berkata...

pak isyam..

apesal ea...?
baca tulisan kau best!