Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Isnin, 20 Oktober 2008

NASIONALIS KIRI SHAMSIAH FAKEH MENINGGAL DUNIA - TERKINI !!

Shamsiah Fakeh nasionalis kiri yang berjuang mengangkat senjata melawan British telah meninggal dunia pagi ini jam 9.00.

Jenazah akan di uruskan di Surau Al-Hidayah Kucai Enterpreneur’s Park.

Akan di kebumikan di tanah Perkuburan Islam Sungai Besi selepas Asar.

( Ahad dua minggu dulu rakan sekolah pondok Shamsiah Fakeh – Rais Manaf telah juga meninggal dunia di Jelebu )



26 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Innalilahiwainhirojiun............Berita mengenai siapa saja yang telah dan sedang memperjuangkan kedaulatan insan adalah menyahat hati.Siapa pula selepas ini? Golongan kiri seangakatan Shamsiah semakin kurang. Apa yang istimewanya arwah ni seperti pejuang-pejuang kiri yang lain tidak mengkrompromi pendirian mereka, sanggup hidup serba sederhana, yakni mempunyai maruah diri yang tinggi, tidak tersedut dengan tarikan duniawi dan materialisme tak tertawan. Manusia seperti Shamsiah sudah seperti dinausor. Yang sedihnya pihak kerajaan tidak tahu menghargai sumbangan beliau maka pemergiannya adalah seperti lain lain pejuang-pejuang tulen nasionalis negara,tanpa penghormatan yang sewajarnya. Mungkin apabila PR ambil alih semua yang telah berjuang ke arah kemerdekaan akan diberi tempat dan konteks yang sewajarnya. al-fatihah

Ngah berkata...

Salam abang isham,

Al-Fatihah,semoga dicucuri rahmat keatas mereka.

Alam menangisi.....

ajipp berkata...

bro isham

aku ucap takziah kepada keluarga shamsiah fakeh dan juga bro isham.

ilovebudu berkata...

alfatihah.

najib berkata...

Al-Fatihah..

salam takziah kepada keluarga Shamsiah Fakeh dan Brader Isham..

Tanpa Nama berkata...

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya
Generasi muda hari ini tak mungkin tahu siapa pejuang ini kerana mereka hanya disogok dengan fakta bahawa perjuangan kemerdekaan hanya dilakukan oleh parti pemerintah hari ini...

Tanpa Nama berkata...

ohh takziah diucapkan buat keluarga arwah shamsiah fakeh.

Mujur ada tukartiub melapor berita ini kalau tidak mungkin ramai yang tidak tahu pemergian arwah. Kudos buat tukartiub.

Takziah juga buat tukartiub dan warga Jelebu.

omak ekau berkata...

innalillah... al fatihah...

akhirnya dia meninggal sebagai orang islam..

ingat tu isham ... ekau tu mati sok biar la dalam islam...

jangan nak menggatal nak mati dalam ugamo agnostik ekau tu..

omak totak palo ekau..

kobau di sawah pun tau mano botul mano salah..

Izwan berkata...

Salam takziah..

Alam dan cakerawala menatap para pejuang yang disembunyikan sebalik tembok-tembok penghadang..

Al-Fatihah..

Salam perjuangan..;(

Izwan berkata...

Tiba-tiba teringat pada buku-buku yang menceritakan kisah-kisah perjuangannya..

:(

Tanpa Nama berkata...

Innalillahiwainhirojiun.Salam Takziah kapada keluarga Allahyarham Bonda Shamsiah Fakeh,semoga Allah SWT terima semua amalan amal bakti nya.Semoga Allah SWT himpun kan nya bersama ambia yang soleh.Sudah pergi IKON persada Nasionalis Melayu.Kapada semua orang Melayu jangan persia siakan perjuangan beliau.
ALFATEHAH.
arjuna waspada.

Alias Mohd Yusof berkata...

Shamsiah Fakeh, sebahagian dari sejarah negara kita.
Walau jalannya berbeza tetapi pejuangannya adalah juga demi kebaikan dan kecintaan kepada ibu pertiwinya.
Saya sehingga kini masih tertanya-tanya kenapa tidak seorang pun wartawan kita datang bertanya kepada beliau bagaimana perasaan beliau semasa mencampakkan bayinya ke dalam sungai kerana khuatirkan bunyi tangisan bayinya itu boleh menyebabkan dia dijejaki oleh angkatan tentera kita.
Atau adakah cerita ini hanya rekaan semata?

Faizal a.k.a Mundarmandir berkata...

Tuan,

Kedua-dua nama ini antara yang sangat besar dalam sejarah Malaysia

Allahyarhamah Shamsiah Fakih - tokoh kiri perjuangan menentang penjajah

Allahyarham Rais Manaf - melahirkan seorang anak lelaki kental yang berjuang melawan pemikiran penjajah..

Al-Fatihah untuk kedua-duanya..walaupun jasad mereka telah tiada, perjuangan mereka sentiasa hidup sampai bila-bila!

Hidup adalah perjuangan

Tanpa Nama berkata...

Innalillahirajiun.
Salam takziah kpd keluarga Allahyarham Bonda Shamsiah Fakeh.Semoga Allah SWT terima semua amal bakti nya.Semoga Allahyarham bersama para ambia yang soleh.Semoga semua orang Melayu tidak sia sia kan perjuangan dan pengorbanan Allahyarham.Hanya Allah SWT saja yang berhak memberi pembalasan setimpal.ALFATEHAH.
arjuna waspada.

Izwan berkata...

;)

kalau rajin silalah ke sini -

http://dosdosharian.blogspot.com

hmm...

Danielle_Corleone berkata...

Al-Fatihah. ada puisi khas Hartal dan untuk Ibu Shamsiah di laman saya.

yb4all berkata...

ke tanah jua akhirnya
mana pangkat
mana harta
mana sahabat
mana saudara

ke tanah juga akhirnya
dari sendiri..mulanya
tetap sendiri.. akhirnya

hafiz berkata...

semoga kita yang masih hidup ini dapat menghayati semangat juangnya. walaupun beliau telah pulang, kitalah pewaris jiwa ini, ruh ini, semangat ini. semoga marhumah ditempatkan di kalangan orang yang berjaya.

nizam berkata...

salam takziah buat pejuang kemerdekaan allahyarham Shamsiah Fakeh. Semoga roh beliau dicucuri rahmat. Al fatihah

www.globalperfumes.blogspot.com

pak tuo berkata...

Al.Fatiha

awangsulungmerahmenyala berkata...

salam takziah,
al-fatihah utk serikandi cintaku.
saudara alias mohd yusof,perkara tun samsiah fakeh membunuh anaknya dengan melempar ke dalam sungai atau menghentak ke atas batu adalah fitnah.sila baca memoir samsiah fakeh terbitan ukm.pada muka surat 73 bab Aku Bukan Pembunuh tun samsiah telah menjelaskan perkara yang sebenar.
memoir tun samsiah fakeh ditulis semasa tun samsiah masih kuat ingatannya.
beliau bukan komunis.baca memoir dia anda akan menangisi pemergiannya.

al-fatihah.

Tanpa Nama berkata...

Saya maseh ingat lauk kegemaran arwah ialah rendang daun pegaga dan goreng anak ikan seluang. Arwah memberitahu itulah makanan yang paling istimewa .Perginya seorang sosialis dan bukanya kapitalis .Ikon perjuangan bukan kepartian berasaskan semangat juang yang kental.. Pak Samad, Pak manaf, Ibu Shamsiah.....semoga tergolong dan dihimpun allah bersama orang2 yang beriman

Tanpa Nama berkata...

Innalillah.
Berita sedih kepada semua yang tahu ebtapa besar pengorbanan seorang tokoh pejuang kemerdekaan negara.
Srikandi negara yang perlu dikenang dan menjadi bahan bacaan subjek Sejarah dari peringkat sekolah rendah lagi.
Sejarah Allahyarham Shamsiah fakeh perlu ditulis semula untuk memberi gambaran sebenar tentang perjuangan menghalau Inggeris dan talibarut Inggeris dari menghisap segala hasil bumi Tanah Melayu ke pualu Inggeris di Eropah.
Semoga Allah melahirkan lebih ramai lagi Shamsiah Fakeh di atas bumi merdeka ini.

hamba Allah berkata...

kepada alias mohd yusof dan sahabat2 semua..

cerita mengenai shamsiah fakeh buang anak ke dalam sungai adalah FITNAH..

memang benar anak shamsiah fakeh meninggal dunia tapi bukan sebab dibuang ke sungai..

oleh kerana kesukaran hidup di dalam hutan maka jenazah anak dia telah dikebumikan di tepi sungai.. (mana nak cari tanah perkuburan kat dalam hutan)..

kerajaan dapat tahu cerita ini dan telah mengambil kesempatan untuk memutarbelitkan fakta..FITNAH disebar dengan mengatakan shamsiah fakeh bunuh anak sendiri dengan membuangnya ke dalam sungai..

FITNAH ini disebar dengan tujuan untuk menimbulkan kemarahan dan kebencian org melayu kepada shamsiah fakeh khususnya dan kepada PKM amnya..

cerita ini saya peroleh dari org yang rapat dengan shamsiah fakeh..

wallahualam..

PS-strategi dan taktik seperti di atas masih digunapakai hingga ke hari ini..cuma pendekatannya telah diubahsuai mengikut kesesuaian semasa..

Tanpa Nama berkata...

Srikandi Shamsiah Pakeh menyerahkan anaknya kepada anggota PKM yang lain untuk diserahkan kepada kelurrga Melayu untuk dibela. tetapi beliau dikhianati, dan anaknya mati, samada dibunuh atau tidak Allah lebih mengetahui.
Shamsiah Pakeh menuntut di sekolah yang sama dengan Tan Sri Aishah Ghani. beliau murid paling pintar dan terkehadapan.
Kita masih menanti untuk mendengar sebarang ulasan dari Aishah Ghani teman Shamsiah yang amat kenal dengannya sebelum menyertai pergerakan bersenjata menentang Inggeris.
Kepada merekalah ktia terhutang budi dan merasai nikmat kemerdekaan. Kerena perjuangan merekanlah Tunku berjaya meminta kemerdekaan dari Inggeris walaupun hampir semua hasil bumi negara dikuasai oleh syarikat Inggeris walaupun telah merdeka lebih 20 tahun sehingga kewujudan PNB dan dasar ekonomi baru.
Oleh itu jasa perjuangan nasionalis kiri ini bukan hanya dengan demonstrasi tetapi dengan lingan airmata dan darah yang mengalir.
Semoga Allah membalas pengorbanan mereka yang ikhlas. Amin.

jebatderhaka berkata...

innalilahiwainhirojiun....


Al-Fatihah...


harimau mati meninggalkan belang...
manusia mati meninggal nama...

redup menangisi pemergianmu...
terang semangat mengiringmu....
semasa hidupmu....
di belakang gelap mengejarmu...
penuh dengan kecelakaan...
penuh dengan rintangan...
penuh dengan kebangsatan..
penuh dengan salakan anjing-anjing bernama manusia berhaluan kanan....namun kau balas dengan senyuman...senyuman yang penuh bermaruah, penuh kesederhanaan dan semangat jati diri... semasa tidurmu...... di depan cahaya menanti kehadiranmu...
penuh dlm ingatan....
penuh dengan penghormatan...
penuh dengan keinsafan...
penuh dengan tangisan...
bersemadilah dalam ketenangan....
al-fatihah...

harry lalat
00:28 22 oct 08
teluk intan, perak