Isnin, 13 Oktober 2008

HOT ! HOT ! TERBARU - SAEKOR BARUAK DENGAN TUANYA

Ini adalah terjemahan saya tentang pesanan ringkas diantara talipon Najib 012-214-31-77 dengan Shafee 012-325-70-52.

Tulisan ini telah saya ambil dari laman MalaysiaKini yang telah memungutnya dari laman MalaysiaToday. Saya terjemahkan kerana saya merasa kecewa dan tertanya-tanya kenapa Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menterjemahkan perbualan pesanan ringkas yang besejarah ini.

Saya melakukan terjemahan ini kerana saya adalah pecinta Bahasa Melayu. .

Terjemahan ini adalah sumbangan saya kepada para penulis skrip yang akan datang, agar dapat belajar untuk menghayati cara menulis kata bual seperti ini. Ini adalah kata-kata bual yang suci lagi murni dalam sebauh drama yang seharusnya di namakan Saekor Barua Dengan Tuannya.

Saya menterjemahkan tulisan ini kerana ini sajalah sumbangan yang dapat saya lakukan sebagai pencinta Bahasa Melayu. Kalau terjemahan ini salah maka kesilapan itu bukan kerana pesanan ringkas itu salah tetapi saya yang bebal menterjemah.

Banyak enjaan asli tidak saya ganggu untuk memperlihatkan keaslian.

Bagaimana salinan pesanan ringkas ini didapati, saya pun tidak tahu. Hanya munkee saya yang mahamengetahui.Saya hanya menterjemah.

Walau apa pun ini terimalah sumbangan saya untuk memutabak Bahasa Melayu dan mengolo-gologlobalkan Bahasa Ibunda. Hidup Bahasa Melayu – let’s speak English!

NOTA : SpN = Shafee pada Najib
NpS = Najib pada Shafee
RB = Razak Baginda


RABU 8/11/2006

SpN : 8/11/2006 02:59:31
--> Dato Seri, Pekara Razak Baginda ni menghantui saya. Boleh saya bantu ? Salam, Shafee

NpS : 8/11/2006 03:45:05
--> Kita bincang lewat malam ini.

SpN : 8/11/2006 03:45:31
--> Terima kasih

SpN : 8/11/2006 06:28:56
--> Jumpa pengawai penyiasat hari ini. Kedaan agak Razak Baginda (RB) agar serious. Ke tiga-tiga mereka terlibat. Kes RB ini boleh kita lawan. Ada banyak pekara yang boleh membantu dia. Tapi, Datuk Seri, kita wajib berjumpa kerana banyak perkara yang masih di awang-awang. Tetapi tidak perlu risau. Salam > Shafee

NpS : 8/11/2006 21:06:11
--> Saya telah bercakap degan Ketua Polis Negara. Kamu boleh mewakili dia dan jumpa RB di mahmakah.


KHAMIS 9/11/2006

NpS : 9/11/2006 12:45:30
--> Kalau Rb kena reman hingga hari Ahad, apakah ini bermakna dia akan didakwa pada hari Jumaat atau di bebaskan? Saya harap dia ada harapan yang baik.

SpN : 9/11/2006 13:11:23
--> 3 pekara akan berlaku. Pertama, pendakwa akan meminta tambah masa reman. Kita akan lawan. Kedua, mereka akan bebaskan dia hari Jumaat atau tiga dia akan dituduh pada Jumaat ini. Polis telah membawa dia ke pejabatnya untuk mendapatkan dokumen. Tidak ada apa yang mencurigakan ditemui. Sekarang polis sedang merakam kenyataan dia.Kemudian memeriksa rumahnya. Hingga sekarang semua terkawal, Dato Seri. Salam, shafee

SpN : 9/11/2006 14:09:03
--> Dato Seri, Rujuk: RB – perlu kita berjumpa hari ini. shafee

NpS : 9/11/2006 14:17:47
--> 630 petang di rumah saya di PJ petang ini.

SpN : 9/11/2006 14:18:21
--> Terima kasih

JUMAAT 10/11/2006

NpS : 10/11/2006 15:14:31
--> Ada apa-apa berita tentang RB ?

SpN: 10/11/2006 15:19:40

--> Dato Seri, sedang mengurus untuk pembebasan berjamin. Kalau tidak polis memerlukan 2 atau 3 hari lagi tambahan. Saya rasa ini dilakukan untuk orang ramai agar pihak polis tidak dilihat berat sebelah terhadap VIP yang selalu diberi layanan istimewa. Jadi VIP dalam keadaan ini menjadi satu beban.Kalau tidak kita dilandasan seperti yang kita rancang. Salam, Shafee

NpS : 10/11/2006 15:27:01
--> Terima kasih, dia merasa tertekan mengikut cerita isterinya dan bantuan terbaik ialah jika dia dapat dibebas dengan jaminan secepat Ahad ini.

NpS : 10/11/2006 21:35:52
--> Melihat berita di tv. RB dihantar untuk DNA. Tidak pasti apakah ini perlu.

SpN Date: 10/11/2006 21:40:19
--> Tidak perlu. Tapi saya fikir kerana radang paru-paru. Dia baru sahaja di hantar ke HUKM. Kita akan tahu lebih jelas dari orang dalam kita disana.

SABTU 11/11/2006

SpN: 11/11/2006 03:17:56
--> Dato Seri, Saya telah berada di ccu tingkat 4 hkl. RB telah dimasukkan kerana radang paru-paru, sedikit selsema dan sesak bernafas. Inilah yang menyebabkan dia sakit dada dan batuk berbulan-bulnn yang tak tahu dari mana puncanya. Dia dibawah jagaan seorang physician Dato Dr Jeyaindran Sinnadurai (ketua Jabatan Perubatan) Adalah baik dia berehat disana dan tidak rumah pasong. Dna telah dilakukan untuk melupuskan bahawa dia berada di tempat jenayah dilakukan (pembakaan tidak bersangkaut paut) Perlu berjumpa Dato Seri ada beberapa hal yang timbul. Salam. Shafee

NpS : 11/11/2006 08:54:17
--> Ada peluang dia bebas pada hari Ahad?

SpN : 11/11/2006 08:58:14
--> Polis sepatutnya telah membebaskan dia di tarikh itu kecuali pada hemah saya polis telah diganggu oleh media dan tekanan orang ramai.Ada beberapa fakta yang perlu disampaikan secara pribadi kepada Dato Seri. Dalam hal-hal siasatan, kita masih diatas landasan untuk pembebasan dia.

SpN : 11/11/2006 09:26:52
--> Telah jelas Polis akan meminta sambungan reman esok. Saya akan menentang sekerasnya kerana semua siasatan telah selesai dan siasatan yang memerlukan RB berada dalam tahanan telah juga selesai. Kedua, semenjak kelmarin polis tidak melakukan apa-apa keculi dna. Ketiga, saya merasa kecewa kerana kecuaian polis yang membenarkan 3 tertuduh bercampur bebas justeru merosakan kenyataan yang akan dibuat nanti kemudian kerana mungkin mereka telah ‘dididik bercakap secara berkumpul’. Tetapi ini juga bukti bahawa polis tidak perlu mengurung yang dituduh. Walau pun RB telah digari ke Bilik Siasatan. Salam. Shafee

NpS : 11/11/2006 11:46:48
--> Boleh saya jumpa awak hari ini di rumah Taman Duta saya jam 6 petang.

SpN : 11/11/2006 11:59:08
--> OK Dato Seri.Insyaallah saya akan ke sana.

AHAD 12/11/2006


SPN : 12/11/2006 13:53:41
--> 2 hari penyambungan hingga ke Selasa. Mereka seharusnya telah membebaskan dia di tarikh itu mungkin dengan bersyarat. Polis meminta 14 hari perbicaraan. Dia ada maklumat.

SPN : 12/11/2006 14:06:23
--> Akan sampaikan pada Dato Seri tidak lama lagi.

SpN : 12/11/2006 15:10:17
--> 0320949418

ISNIN 13/11/2006

SpN : 13/11/2006 15:53:36
--> Saya di pejabat sekarang. Sekali lagi pengeledahan. Peguam Negara tidak mahu mendakwa dan kalah satu lagi kes. Adalah satu lagi pandangan yang baik untuk di cadangkan agar teruskan siasatan dan Razak di bebas dengan jaminan Bond.

NpS Tel: 60122143177 Date: 13/11/2006 16:23:29
--> Macam mana dengan pengeledahan itu ?

S2N : 13/11/2006 16:25:56
--> Kami beri mereka macam-macam barang termasuk pda lama dan buku nota lama dan beberapa kertas bil. Tidak ada apa-apa yang bolih menjadi bahan bukti.

RABU 15/11/2006

SpN 15/11/2006 13:21:32
--> Semuanya seperti yang dijangka. 2 pegawai lelaki dituduh membunuh dengan niat yang sama.Nama Razak tidak disebut. Pegawai wanita dibebas tetapi ditangkap kembali di bawah Undang-Undang Darurat untuk digunakan sebagai saksi pendakwa (tepat seperti yang telah saya nujumkan). Saya berharap RB akan dibebaskan dengan jaminan Bond. Empat orang peguam saya sedang menjadi pemerhati dalm kes bunuh ini.Pekara Rb mungkin timbul esok. Tolong talipon. Shafee. Ps telah pulang dari Taipei

NpS : 15/11/2006 23:31:09
--> Jadi, harap-harapkan dia dibebaskan esok?

SpN : 15/11/2006 23:34:38
--> Dato Seri, saya memandu dari Singapura, tidak ada lagi kapal terbang ke KL malam ini. Harapkan semuanya baik. Ada apa-apa tanda? Shafee

NpS : 15/11/2006 23:36:52
--> Tidak ada dengar apa tentang hal itu hingga kini.

KHAMIS 16/11/2006

SpN : 16/11/2006 10:52:43
--> Ada apa-apa Dato Seri? Saya telah berada di Mahkamah..

NpS: 16/11/2006 10:53:50
--> Minta tolong jangan bercakap dengan media. Saya akan terangkan kemudian. RB akan didakwa atas satu tuduhan yang lain tetapi bukan semuanya gagal.

SpN : 16/11/2006 10:54:30
--> OK, Terima Kaseh

JUMAAT 17/11/2006

SpN : 17/11/2006 10:50:30
--> Dato Seri, adalah amat mustahak untuk bercakap dengan Yusoff Zainal Abidin kerana dia lebih arif dalam perundangan dalam Chambers. Saya cukup yakin dia juga merasa terganggu kerana tidak ada bukti terhadap Razak. Kes Raja Mahani dan Tengku Ariston seharusnya dijadikan panduan untuk Peguam Negara. Mereka tidak perlu menerima satu tamparan lagi setelah kalah yang memalukan dalam kess Pendakwaan Norita, Ariston, Dato Balwant dan yang lain-lain.

NpS : 17/11/2006 11:39:46
--> OK saya akan cuba. Dalam masa yang sama tolong redakan isterinya. Perempuan itu macam dirasuk.

SpN : 17/11/2006 11:41:29
--> Saya sedar Dato Seri. Saya akan lakukan apa sahaja. Salam, Shafee

SpN : 17/11/2006 12:57:49
--> Dato Seri, Razak belum dihantar ke Hospital. Dia masih kurang sihat. Dia enggan mengambil ubatan penjara kerana takut dikhianati.Pengarah Physician GHKL Dato Dr Jaya Sinnadurai terperanjat kerana mereka tidak membawa Razak sekali lagi ke GHKL. Saya telah bercakap dengan Haji Darussalam, Pengarah Penjara . Boleh atau tidak bisikkan pekara ini kepada Dato Radzi Shek Ahmad? Perlu kita berjumpa kerana ada sesuatu yang saya fikirkan telah terjadi sehingga menyebabkan perempuan itu mati. Cukup memeranjatkan jika saya betul. Shafee

SpN : 17/11/2006 15:45:34
--> Dato Seri, saya berada di penjara Sg Buloh. Saya telah mengatur agar Razak di bawa ke HUKL. Dia dalam perjalanan sekarang. Pengarah Hj Darussallam dan timbalan nya Supt Gunasegaran memberi bantuan. Shafee

NpS : 17/11/2006 21:27:02
--> Salam saya untuk dia. Dia sentiasa dalam ingatan saya.

SpN Date: 17/11/2006 21:34:44
--> Akan beritahu pada dia

AHAD 19/11/2006

SpN : 19/11/2006 16:25:08
--> Dato Seri, saya perlukan Dsp Musa , ADC ini perlu menerangkan beberapa pekara. Dia enggan menjawab. Shafee

ISNIN 20/11/2006


SpN : 20/11/2006 13:02:33
--> Ada apa-apa perkembangan Dato Seri? Shafee

NpS : 20/11/2006 14:30:20
--> Belum lagi

SpN : 20/11/2006 14:30:38
--> Terima kaseh

SpN : 20/11/2006 21:05:17
--> Dato Seri, Razak akan dipindahkan ke Sg. Buloh esok. Bolehkah Dr. Jaya melakukan sesuatu?

NpS : 20/11/2006 23:04:50
--> Bila dia akan dipindahkan?

SpN : 20/11/2006 23:05:48
--> Esok

NpSe: 20/11/2006 23:07:01
--> Jam berapa?

SpN : 20/11/2006 23:08:01
--> Kemungkinan lewat pagi

KHAMIS 23/11/2006


NpS Tel: 60122143177 : 23/11/2006 13:46:51
--> Pesanan kamu dibaca " Najib bebas dengan jaminan diri!”.

SpN : 23/11/2006 13:50:00
--> Razak dibebaskan dengan jaminan 1 juta. Diatas bond pribadi. Shafee? Saya minta maaf banyak-banyak kerana kesilapan itu. Sepanjang malam tak tidur menyediakan kes. Minta ampun dan maaf Sir. salam. shafee

NpS : 23/11/2006 14:00:25
--> ALhamdullillah , setidak-tidaknya dia mendapat jamin. Satu kelegaan yang maha besar untuk dia dan keluarganya.

SpN : 23/11/2006 14:02:02
--> Dato, Saya perlu memberi penerangan sebelum bercakap dengan dia.Shafee

NpS Date: 23/11/2006 14:12:32
--> OK tetapi belum ada niat hendak bercakap dengan dia buat masa ini.

SABTU 2/12/2006

SpN : 2/12/2006 18:59:15
--> Dato Seri, telah mendapat maklumat yang agak menakutkan. Dijangkan serious. Akan berada di Taman Duta? Boleh kita berjumpa? Salam, Shafee

SIAPA agaknya Ps yang baru pulang dari Taipei??



21 ulasan:

Ayiem berkata...

Semakin terserlah ayu wajah mu NAJIB kekekkekekke.....lagi banyak yang akan terserlah tuh.....

Tanpa Nama berkata...

Baruak dan polis tentu benggang. kredibiliti baruak terlonta-lonta dan polispun benggong macana nak ambil tindakan.cukup dayshat kerja gila baruak ini. satu-satu dari lingam, mantan ketua hakim, najis, baruak dan apa lagi! tapi akan tinggal jadi NATO( no action but talk only) cerita malaysia ni kalu digelenseng akan banyak tahi akan keluar.

Life2110 berkata...

Bro,
persoalan dan possibility:-
a) Ps adalah Bik Mama?
b) Najib akan bersumpah tidak pernah berkenalan dengan shafiee.
c) Najib akan bersumapah..saya menggunakan talian Digi dan bukan Maxis..
d) Shafiee akan menyaman semua bloggers kat malaysia ni
e) Polis, seperti biasa, mengeluarkan statement " kita masih lagi membuat siasatan, tapi seseorang kena membuat lapuran dahulu baru kita akan menyiasat. Tak perlu ISA kerana Isa Samad masih lagi nak bertanding.."
f) Peguam RB akan mengeluarkan statement - its prejudice to the case.
g) AG akan membuat statement -"jabatan kami akan memantau"
h) Tan Sri Musa akan kembali ke hospital, second bypass
i) Pak Lah akan membuat statement - "saya tak tauLAH, saya baru bangun dari tido..."
kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

bang..
gila dia orang ni kan..

abang pun gila jugak bang...
nanti ISA bang..
habis bang..

tak dapat la nak baca tukartiub lagi bang..

hafiz berkata...

Tolonglah jangan menyiarkan cerita sebegini. walaupun ia benar, walaupun separa benar, walaupun benar-benar betol... ia akan memburukkan umno. umno bela melayu. kalaulah umno takdak, kita semua makan ubi kayu...!hahahahahahah tui... melayu kena bersatu hahahaha tui.... najib kena cepat2 lari hahahaha lari lari hahaha berlari bersama kak semah hahaha kak semah banyak jam hahaha

Khairulnizam Bakeri berkata...

Confuse ni, Bro.
Yang mana barua, yang mana tuan? Haha. Diorang ni tak tahu agaknya benda-benda ni semua ada dalam komputer. Inilah hasil teknologi menggeget tuannya.

Tanpa Nama berkata...

Dear Isham

You're adorable.

Keranamu ramailah rakan-rakan yang tidak/kurang fasih berbahasa inggeris boleh memahami kandungan artikel itu.

Terima kasih. Besar jasa tu.

MR. ASS berkata...

Kes Norita pun ada disebut gak

Fazrulls berkata...

Salam Tuan,

Yaa.. sapa itu PS uang pulang dari Taipie?? taipee ka taiping? baru pulang dari kem ISA tahanan kemunting ka?

Apa pun ni boleh di jadikan plot drama SMS yang terhebat di abad ini..

Sunggu memeranjatkan..anyway terima kasih kerana menterjemahkannya.. bepinaur2 juga nak paham tadi dalam english..

Apapun ucapan takziah buat pemergian ayahda tuan...

Salam mesra...

Tanpa Nama berkata...

Bro,
lu barua sapa?
dino_yp@yahoo.com.

Hanief berkata...

Hidup Bahasa Kita!

Tanpa Nama berkata...

pok jib lari naik kapal selam, pak lah lari naik helleurocopter, kak mah takleh lari sebab sukhoi tak leh terbang wakakakakakak.

Tanpa Nama berkata...

PS tentulah Puan Seri Bik Mama.. berpeluh jugak la dia nnt.. kena la lari pergi dubai sampai bershopping..

enche treq berkata...

hak3..
det blambak2..-rasuah btimbun2..-bini bleh bli jam 500ribu...-c4 bleh dpt...
tp xleh byar org kt telco padam suma msg2 neh..

Unknown berkata...

baiklah akan saya baiki.

wahi berkata...

pembetulan? buku nota lama = old laptop?, old PDA (personal digital assistant)

ps baru balik dari Taipei = P.S: (Saya) baru balik dari Taipei

:)

Tanpa Nama berkata...

Eloklah tu buat cerita. Aku tak sokong najib tp aku rasa mustahil dia tak ada kerja dok sms mcm tu. Orang bodoh saja percaya... dan orang yang penakut... lepas tu lari sebab taku kena tangkap macam si bacul hisham tukar tiub

Laxmana berkata...

tanpa nama..ko nak percaya atau tidak terpulang. cuma jgn lupa 10 tahun dulu diberitakan kakitangan telekom pernah di soalsiasat polis sebab perbualan musa dan mahathir telah dirakam curi...wallahualam

tetapi alangkah malangnya rakyat malaysia jika manusia bernama najib ini jadi pm...

Khun Pana aka johanssm berkata...

najib yang perlu ISA kat diri sendiri.
Tapi , ini cuma the first part.
Macam video VK Lingam cili sos , ada opening part , second part dan third part.
Nampak nya najib tak dapat jadi PM tapi akan dapat ISA.
Patut lah dollah tu kool saja
Kakakakaka.

Tanpa Nama berkata...

Memang kelas betulah warih.....
Agaknya baruak ni sama macam cerita jenaka kecik-kecik dulu kot

" Pada suatu hari Sang Drakula mencari pembantu @ baruak ( kelawar ) membantu dalam urusan harian. Drakula ni buat interview dulu. Datang 3 Samdol kelawar mencuba nasib sebagai Baruak.
Syarat berjaya senang, Sapa paling banyak hisap darah dalam masa yang singkat, boleh jadi Baruak.
Yang pertama terbang, dalam 5 minit dengan perut penuh darah pun balik. Ok boleh tahan. Ceritakan kemana kamu hisap darah. tuan nampak rumah tu, semua penghuni saya hisap darahnya. bagus kata drakula. 2nd kelawa pun cow, 2 minit dengan mulut dan perut kembung pun balik, lagi cepat kata drakula. ceritakan kehebatan kamu, tuan nampak sekolah tu, semua murid itu aku bedal. bagus, bagus....
Calon barua yang ketiga ni tanpa berlengah dengan muka bangus pun pergi, tak sampai seminit dengan paruh, badan kaki penuh darah sampai. WOW ini lagi class . Apa rahsia kamu. Bos nampak Tiang letrik tu, Nampak kata drakula tu,
malangnya Saya tak nampak..."
dipendekan cerita oleh kerana loyar buruk baruak ketiga tu dia pun dapat kerja barua tu
Moral cerita ni, Barua-barua sekeliling Pemimpin sekarang bukannya hebat pun, Dapat Bodek loyar buruk sikit confirm dapat mengimpit punya. Tak caya tanya Pak Lah yang nak pencen. Malangnya kau Pak Lah

Tanpa Nama berkata...

wakaka..

najib isa, paklah bukak kebun kat penang..tinggal muyiddin..
mamat tu pun jual satu malaysia kat singaporean..muhwahaha..
hidup melayu..hidup dlm gua la lepas ni..tapi takpa la..kan cacing dlm batu pn bulih hidup..

tp apa2 hal pn, najib bangsat ( yg tak pernah berpeluh kot pasal dr kecik dok dlm aircond, tp pandai2 nak suruh rakyat ubah cara hidup...pantat lu najib)..jadi PM,
mmg tu antara Bala yg besar bakal diterima rakyat negara ini.

sapa salah, rakyat yang lupakan agama dan tuhan la yg salah. tu pasal tuhan kasi bala..mwauhahahha..

so tepuk dada tanya selera..
lu org pegi belajar ilmu agama..
nanti insyaAllah, tuhan akan bukak mata hati kita utk melihat yg mana benar dan yg mana salah.

pemimpin2 @ org2 yg salah guna kuasa dan takbur tu...nanti jadi la cam firaun tu..

AMIN.