Khamis, 26 Mac 2009

MB DEDAH DALANG ROMPAK HASIL KEDAH - mkini



Golongan kaya dan berada mendalangi kerja menceroboh tanah haram dan mencuri hasil bumi di Kedah, kata menteri besar.

MB Kedah Azizan Abdul Razak berkata pandangannya berdasarkan banyak jentera berat bernilai jutaan ringgit yang dirampas pihak berkuasa dalam operasi membanteras aktiviti pencerobohan haram.

"Ini membuktikan golongan ini memiliki banyak wang. Orang kaya sahaja yang mampu beli semua ini dan beroperasi dengan cekap, sementara orang kampung hanya guna kapak dan parang sahaja," beliau dipetik berkata selepas mesyuarat exco kerajaan negeri.

Azizan tidak menolak kemungkinan sindiket tersebut mempunyai kaitan dengan orang politik, namun Jabatan Hutan sedang mengenal pasti golongan itu.


kah kah kah…. ORANG KAYA DENGAN ORANG POLITIK… kah kah kah..

kah kah kah… ORANG KAYA BAGI DUIT PADA ORANG POLITIK… kah kah kah

kah kah kah… BILA ORANG POLITIK MENANG …ORANG KAYA LAGI DAPAT JADI KAYA…. HABIS HUTAN DITARAH.... HABIS PASIR DI SAPU....kah kah kah…

woit.... TAK KAN POLIS TAK TAHU.... kah kah kah...

kah kah kah.... TAHU TAHU SUMBAT PUN CUKUPLAAA... kah kah kah



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jabatan Hutan ?
Jabatan Hutan naik hutan.

Jabatan Hutan sedang,akan,masih,menunggu lapuran,kajian,dalam,tiada asas,prihatin,pantau,wacana,sarjana,kepala toya,kepala bana................tiada kes.

Senyap sunyi..........

Tanpa Nama berkata...

Ha begitulah mereka yang mementing diri sendiri. Orang kaya, orang politik jika nowaitunya tak betul, beginilah jadinya.

Semuga orang-orang politik dan orang kaya ini kembali kepangkal jalan. Sudah tentu rakyat akan menrima faedahnya.