Isnin, 13 April 2009

DAKWA WUJUD KRISIS, PAS GESA MB TERENGGANU BUBAR DUN - mstar



Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said digesa supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri untuk mengelakkan kebuntuan seperti yang berlaku di Perak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok dari PAS, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, Ahmad perlu mengambil langkah yang sewajarnya untuk menyelesaikan krisis yang wujud antara wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dengan membubarkan DUN bermula esok.

Jelas beliau Menteri Besar itu perlu bertindak bagi mengelakkan daripada berlakunya krisis perlembagaan berikutan sokongan yang semakin menurun terhadapnya oleh ADUN BN sendiri.

Syed Azman berkata demikian bagi mengulas spekulasi yang disebarkan bahawa ADUN BN akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Ahmad pada persidangan DUN yang akan bermula esok.


Sabtu lalu Ahmad mengingatkan kepada mana-mana wakil rakyat BN yang cuba untuk membawa usul sedemikian bakal berhadapan dengan tindakan disiplin termasuk akan dipecat.

Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu menyifatkan usul sedemikian boleh menjejaskan kepimpinan BN di peringkat negeri.

Syed Azman bagaimanapun beranggapan bahawa keadaan ini mencerminkan kepimpinan Ahmad selaku Menteri Besar bukan sahaja tidak disukai oleh barisan pembangkang di negeri itu malah oleh barisan kepimpinannya sendiri.

Tambah Syed Azman, oleh yang demikian Ahmad perlu menerima hasrat yang disampaikan oleh wakil rakyat BN dengan membubarkan DUN.

Difahamkan juga empat wakil rakyat BN hari ini pergi ke Kuala Lumpur untuk menemui Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin bagi menyuarakan hasrat mereka.

Namun usaha untuk menghubungi keempat-empat mereka gagal.



kah kah kah…. APA SUDAH JADI?.... kah kah kah…

kah kah kah…. PENYU MANA YANG SEDANG MENANGIS ?....kah kah kah..

kah kah kah….SATU MALAYSIA NAK TAHU… SIAPA MB TERENGGANU?...kah kah kah



4 ulasan:

Unknown berkata...

Salam Sejahtera.

Laman blog anda telah disenaraikan di dlm:

http://spotthebloggers.blogspot.com

Sila emailkan bantahan sekiranya tidak mendapat izin/perkenan dari anda. Komen/cadangan dialu-alukan. T.k.

Ninja turtle berkata...

WOi bubar dun terrenganu la ha,ha,ha.jom lawan la kt undi penakut punya gerombolan.woi umno lawan jangan tak lawan ha,ha,ha.bawa putri umno lawan atas katil.

cucuabuseman berkata...

Wooii d.r syeh tak dak keja lain ka hangpa ahli politaik cerita nak berebut kuasa..bubar dewan...rebut kuasa...bubar dewan atas nama perlembagaan??keadilan???rakyat teruk dilanda krisis ekonomi korang buat pe???Korang takpela berjiwa rakyat..pecacai pasang poetr kempen..korang datang naik 4 wheel drive monitoring konon..pidigahh..

Derih berkata...

KAMI NAK PITIH!! NATANG!!