Selasa, 25 Ogos 2009
PETANG INI BERLALU PERGI
KETIKA BERLAPAR
ketika berlapar
perhatikan setitis ayer
ketika berlapar
perhatikan gerak saekor semut
ketika berlapar
perhatikan goyangan si daun kayu
ketika berlapar
dengari nyaring siolan sang murai
ah! betapa lah betapa lah
bagitu indahnya petang ini
ketika memerhati titisan ayer
mengetahui nikmat hidup
memerhati gerak sang semut
memahami makna hidup
memerhati goyangan sang daun
menghormati semua yang hidup
mendengari siolan sang murai
bergembira merayakan hidup
ketika melihat seulas nasi
adalah seratus muka pak tani
ketika melihat secangkir air
adalah seratus muka buruh
ketika melihat si ikan bakar
adalah seratus muka nelayan di bakar matahari
ah betapalah – betapalah nikmatnya hidup ini
berterima kasehlah dalam merayakan hidup
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 ulasan:
bro syam, rupanya bro syam pandai menulis sajak yg bersahaja tetapi penuh syahdu dan penuh penghayatan berlatarbelakangkan sebuah kehidupan yg hina dina
tahniah bro
“The world is a fine place and worth fighting for.” I agree with the second part.
..bukan petang je bro, subuh,fajar,dhuha,zohor pun berlalu juga...
bolehjadi, disebabkan petang itu, waktu di mana perut benar-benar mengharungi lapar & dahaga, lalu nukilan yang syahdu terhasil..hehee
Selamat menjalani Terawih & Witir.
Sajak bro ni penuh dengan perlambangan. pembacaannya perlukan gaya bersahaja dan jika boleh elok diselangi nada melangkolek. tahniah.
Dari segi bahasa, bro Isam banyak menggunakan unsur pengulangan pada awal ayat (anafora). Bro isam juga bijak menggunakan lambang alam semula jadi seperti air, semut, daun kayu dan sebagainya dan menjadikan sajak bro tambah indah.
Pengajaran sajak bro ni jelas, tentang kesederhanaan melalui kehidupan dan menghargai insan lain. Mungkin nilai ini ada pada diri penulisnya.
Ah, merepek pulak aku nih! Anyway, aku rasa bro isam boleh mula menulis sajak untuk menghasilkan antologi. rasanya boleh meletup atau menjadi bahan rujukan pelajar PMR, SPM, STPM. Mungkin!
bro isham
lu memang orang yang hebat
lu telah mengubah makna hidup gua
salut untuk warga tua seperti lu
setiap artikel pengajaran lu gua copy dalam blog gua
...bro gua saluttttt sama lu...buat la bebanyak lgi ayat ayat cangih . ..boleh gua cilok buat lagu...yehhhh.
Catat Ulasan