Jumaat, 4 September 2009

SATU MALAYSIA WASPADA FELDA NAK KENA JUAL




DUIT RAYA RM37.23 JUTA UNTUK PENEROKA
- malaysiakini

Najib Razak hari ini mengumumkan pemberian wang Raya berjumlah RM37.23 juta kepada 112,635 peneroka Felda di seluruh negara mulai minggu depan.

Pengagihan wang raya itu, bermula sejak tahun 2003.

"Pada tahun ini, kadar bayaran terbahagi kepada dua kategori iaitu peneroka bersama Felda dan peneroka yang tidak bersama Felda," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Pengurusan Felda di Kuala Lumpur hari ini.

Najib berkata seramai 101,672 peneroka bersama Felda atau 90.27 peratus akan menerima RM350 seorang, berjumlah RM35.59 juta.

Seramai 10,963 atau 9.73 peratus peneroka yang tidak bersama Felda pula akan menerima RM150 seorang melibatkan peruntukan sebanyak RM1.64 juta, katanya.

Nota:
waspada ini strateji untuk mengolah persetujuan peneroka kerana
felda akan dibungkus untuk dipasarkan. peneroka bukan minta
duit raya. masih ada peneroka yang belum dapat geran. apa yang
mereka mahu ialah geran untuk tanah yang telah
mereka teroka. kalau tidak mereka akan terus terikat dan diikat.

setiap 15 tahun pokok tebang. kontrektor tebang dan tanam. ini projek untuk kontrektor. semua kena beli dari felda. beli beli pada dengan hutang. terikat lagi. sebenarnya peneroka ini tidak jauh bezanya seperti orang india bekerja di estate mat saleh.

kenapa tidak diberi geran? kenapa mesti terikat dengan felda. kalau diberi geran peneroka akan bebas merdeka. insan yang bebas medeka tidak akan lagi mahu ditipu. mereka akan lari untuk mengundi pakatan rakyat. jadi peneroka ini semuanya wajib dijaring dan dikawal.

cuba congak berapa seorang peneroka akan dapat dari 37 juta ringgit itu. siapa
yang tak ambil maths dan sians dalam bahasa inggeris sila mula kira bulu roma kah kah kah




11 ulasan:

Johan berkata...

nak beli barang2 keperluan utk Raya pun tak cukup dgn duit gula2 tu..

apelah sgt dgn 37 juta..lps dah jual felda nanti,masyuklah mat mongol..eh silap,bik mama yg masyuk..

Keliwontron berkata...

350 ringgit saja ...kah kah kah ....heboh mcm nak rak ...
Bengong bangang ...nak umum bonus felda pun PM kena turun ...stupid gojol ..mana Pengerusi Felda nya ngok ...
Tu nape Menteri tu tak pi tidoq lagi kat rumah Felda janji nak buat ....takut makan ikan masin saja ka

Sivakumar berkata...

Bang Hisham,

Sah. Sime Darby dan milikan tanahnya, sebanyak 10%, akan dijual kepada China.

Sila tengok kat sini.

Sikap jahanam Barisan Nasional dan kabinet cukup jelas.

Mereka rapi merancang menjual satu aset strategik tempatan seperti ini, tapi tidak langsung membincangkan hal ini dengan rakyat sama ada melalui referendum atau dalam parlimen secara terperinci. Yang lagi menjijikan ialah cara senyap-senyap mereka mengatur penjualan aset-aset negara seperti ini.

Mengapa rahsiakan niat seperti ini? Kenapa tidak 'consult' rakyat?

Mana keterbukaan kerajaan terhadap rakyat yang memberi mandat kepada mereka untuk mentadbir?

Tanpa Nama berkata...

kha kha kha...lebai sudin musti gumbira,wak kasbun juga gumbira,che jah yg kematian suami juga terubat lukanya...lepas solat tarawih mereka ketawa berdekah2 gumbira sambil makan roti sapu majerin dan gula....mereka gumbira dengan 37 juta....

tapi awas!!!anak2 mereka akan pulang beraya pada syawal ini akan mengomel panjang.bersurah tentang perihal projek kapal selam.lebai sudin,wak kasbun,che jah.terkedu sambil tertelan air liur.kretek wak kasbun jatuh tiba2.ambik saja 37 juta itupun kalau ada tapi jgn lagi pangkah BN.

cukuplah sampai disini kita dijajah!!!kita mahu merdeka sekali lagi....

Tok Uban berkata...

RM37.23 Juta bahagi dengan 112,635 orang peneroka....dapatlah seorang RM350/=....itu pun nak bising....yang komisen beli kapal selam RM350 juta...bahagi berapa orang lak?...

sang kegelapan berkata...

btul tu!bg geran baru btul...

Tanpa Nama berkata...

Tu bukan duit bonus laa...duit tu hasil simpanan peneroka selama setahun...tak caya cuba tanya makcik ngan pakcik felda...

Tanpa Nama berkata...

kesian aku kat pakcik makcik peneroka.. yg x sedar tu.. biarlah.. tp yg dah tersedar tu.. sian, nk pangkah PR kang kene ugut plak.. takut trus x dapat geran.. harapkan anak2lah yg belajar tinggi2 kt IPTA tu.. yg dh jd mat rempit/mat gian pun mcm dh x bole pakai dahh..
siannn..

Tanpa Nama berkata...

setakat 330 rengget lima kupang satu keluarge usah buai le Najib oii!!! 37 juta kamu suroh kongsi ramei2..yang 500 juta masuk temolok sdri..pegi tumpor le

Tanpa Nama berkata...

pak setuju untuk orang2 felda supaya hati2.. kalau dapat geran lagi elok sbb boleh buat kemajuan sendiri

Tanpa Nama berkata...

kasihan aku kepada pak2 dan mak2 peneroka kerana digula2kan dan nilai yang paling kecil.... Kalau mcm ini maka generasi felda perlu fikirkan secara mendalam.. ada baiknya minta geran sendiri sbb boleh buat perancangan yang lebih baik... do not trs mon...ky