Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Selasa, 8 September 2009

SELAMAT BERBUKA PUASA




PETANG INI

petang ini
redup dan sejuk
panas tidak
hujan pun tidak
lalu cuba memileh mileh

memileh kueh
memileh minuman
memileh balak
memileh awek
memileh baju
memileh seluar

hari raya nak di rayakan
berulang ulang dirayakan
tahun ini tahun lalu
tahun lalu tahun sebelum yang lalu
tahun sebelum yang lalu yang lama dulu

tahun yang lama dulu
tahun yang lama lama dulu
tahun yang lama lama dulu
ketika mercun dan meriam buluh berdentum
tahun yang lama lama dulu
ketika semuanya memgembirakan
tahun yang lama lama dulu
ketika sepapan mercun lidi harga sepuluh sen
ketika sepapan mercun papan harga tiga puluh sen

tahun ini kenapa mercun tak boleh
bukan mercun tak boleh
boleh bermain mercun
mercun dimana mana

sengaja di haramkan agar perniagaan lebih lumayan
kastam dapat upah
polis dapat upah
tok peraih harga tak murah
tokan dapat untung mewah

budak budak cedera berdarah
itu propoganda murah
semenjak bila pulak kerjaan ini
ingin menjaga rakyat

berita tokan kena tangkap
itu iklan tanda mercun ada di pasaran
yang kena tahan dan kena tangkap
itu satu signal untuk tokan
duit pau kena bayar kawan
kalau tidak lori aku tahan

alangkah baiknya kalau mercun bebas dijual
malam ini terdengar
dam dam dum bunyi mercun
awek dan balak sedang berayun



4 ulasan:

Johan berkata...

Gua pon tringin tgk org2 bebas brmain mercun..jika ingatan gua betul,mercun diharamkan pembuatan dan pgimportan kat malaysia sejak 1991 lepas kejadian kilang mercun meletup kat selangor..

betul ckp lu,bro..klu diharamkan,mcm mana boleh ade bunyi letup2 lg?mcm mana boleh bolos msk dgn mudah dr sempadan Thai?da lah bkn sikit kuantiti yg bolos,rasanya klu kita pegi mana2 kawasan ulu pon senang dpt mercun2 haram ni..takkan lah bengap sgt pegawai2 penguatkuasa smpai mercun yg dlm 'packaging' besar2 dlm kontena pon tak dpt kesan..sape malaon2 yg tutup sebelah mata ni?..

Najis Rosmoh berkata...

Budak2 Pukida dok jual kat Pasar Ramadhan.. Ada Bang Long payung.. Melayu lain nganga xleh niaga mercun.. Tahun Baru, Merdeka, kerajaan halalkan pulak mercun nie.. FLIP FLOP..

Irama berkata...

kah kah kah
kah kah kah

seni letup susah nak berkembang biak klu mercun diharamkan,

mcm-mcm di tukangkan, nak bagi lagi kuat..nak kasi lagi kuat, lagi kuat lagi bangga, lagi terperanjat orang tua dan pak lebai kat surau lagi seronok... kah kah kah

baru lah mak dan bapak tak mengantuk masak lemang ketupat..

baru lah seronok bersurah di mlm2 raya...

Tanpa Nama berkata...

Salam bro Isham,

Buat bro Johan, bukan senang nk kesan penyeludup ni. Mesin scanner bukan dpt scan semua container dan lori. Kalau scan semua, alamat jam la setiap pintu masuk dan port Malaysia. lagi satu, most pelepasan base on documentation, kalau dia tipu pon kita tak dapat kesan dengan mudah. Kalau ada tips2 ttg penyeludupan mercun/bunga api, pls inform kastam or police. Ini yg membantu membanteras penyeludupan.

-pisang susu-

p/s: bro isham, kurangkan hisap rokok kretek tu ye... :-)