Isnin, 17 Mei 2010

KENYATAAN RESMI SIBU




KENYATAAN MEDIA PARTI KEADILAN RAKYAT


17 Mei 2010

Syabas Rakyat Sibu

Syabas rakyat Sibu! Terima kasih saya ucapkan kerana memilih Sdr Wong Ho Leng sebagai Ahli Parlimen Sibu yang baru, menggantikan mendiang Robert Lau Hoi Chew. Rakyat Sibu membuktikan kepada kita semua bahawa kuasa rakyat, kuasa keramat. Mereka menzahirkan kepada kita semua, misi Menyelamatkan Malaysia dari segala kebejatan merupakan matlamat utama ketimbang tunduk menyerah kepada sogokan pimpinan Umno-BN.

Syabas dan setinggi-tinggi penghargaan buat semua penggerak dan aktivis Pakatan Rakyat. Sekali lagi anda perlihatkan kekuatan yang mengagumkan walau terpaksa berhadapan dengan jentera lawan yang dilengkapi wang ringgit serta dokongan aparat-aparat lainnya. Ternyata keikhlasan, kecekalan dan kegigihan membuahkan hasil bermakna, malah memberi pelajaran berguna kepada Pakatan Rakyat buat merenung erti semangat perjuangan yang selama ini menjadi pemangkin kepada Agenda Selamatkan Malaysia.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia



BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT

A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ya..tetapi jgn lah sombong dgn mp dan adun pkr...nanti diarang belah
muka kita pkr leceh lah

matatech berkata...

patutlah media perdana hari senyap tak kata ape....hehehe........

Tanpa Nama berkata...

"Selamatkan Malaysia!!!"

1. Dari kebejatan BN.
2. Penipuan2 BN tentang pembangunan yang hanya untuk melarikan wang rakyat secara besar2an untuk kepentingan parti dan peribadi serta kroni.
3. Salahguna kuasa yang melampau.
4. Kawalan melampau terhadap instrumen2 rakyat oleh kerajaan sehingga orang2 cerdik menjadi hamba lembu sahaya kepada kerajaan.
5. Rasuah, rasuah dan rasuah.
6. Memartabatkan kembali Universiti2 dan Pusat2 ilmuan semua agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu, Pagan dan semua agama untuk kesejahteraan rakyat semua.
7. Monopoli yang melampau terhadap apa2 kepentingan rakyat.

Ayuh semua rakyat jelata, marilah kita sama2 tumbangkan BN (UMNO, MCA, MIC dan lain2 komponen serta NGO2 bongok). Sokongan Rakyat Berbilang Agama amat2 diperlukan. Ayuh DAP, PAS, PKR, Sosialis dan penyokong PR, lenyapkan segala kesalahfahaman serta selisih faham agar PR menang nanti pada PRU akan datang, kita dapat menjadi satu negara yang kuat dan lebih selesa dari cengkaman sistem kapitalis UMNO/BN.

Ayuh semua rakyat Semenanjung & Borneo, negara kita kaya dengan hasil bumi dan pendapatan2 industri, jangan biarkan ianya hanya berlegar di kalangan cukong2 barua Cina MCA, Gerakan, UMNO, MIC dan NGO2 BN. Mereka ini tidaklah ramai, cuma sekitar 1000 orang sahaja yang hanya hidup merembat duit rakyat. Kita yang lebih 30 juta warganegara adalah lebih kuat sari mereka. Jangan biarkan kuasa kewangan mereka yang tidak lebih 1000 orang kaya ini memusnahkan harapan kita. Ayuh, kita rampas kembali harta2 mereka ini yang telah lama menghisap darah rakyat tanpa belas kasihan sambil mencemarkan agama setiap kaum di Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

SPR kantoi dari 32,742 (59.86%) naik ke 37,919 (70%) atau 5,167 pengundi

Bernama
16 Mei 2010 19:04 PM
SIBU, 16 Mei (Bernama)-- Berikut ialah peratusan pengundi bagi pilihanraya kecil kerusi Parlimen Sibu selepas proses pengundian berakhir pada pukul 5 petang.

Jumlah pengundi berdaftar : 54,695 (termasuk 2,537 pengundi pos)

Jumlah yang mengundi: 32,742

Peratusan pengundi: 59.86 peratus

Peratusan mengundi kurang dikaji
BHairan

2010/05/17
SIBU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengkaji punca peratusan keluar mengundi pilihan raya kecil Parlimen Sibu semalam hanya 59.9 peratus, antara paling sedikit bagi sesuatu pilihan raya kecil.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, bagaimanapun menolak alasan hari pengundian diadakan pada Ahad sebagai antara punca, iaitu penganut agama Kristian keluar ke gereja kerana mereka boleh mengundi waktu petang. Katanya, beliau sendiri tidak tahu mengapa peratusan kali ini lebih rendah berbanding 2008 dan jangkaan awal 80 peratus pengundi keluar juga tidak tepat. "Saya sendiri tidak tahu mengapa. Selepas selesai waktu pengundian tengah hari, saya jangkakan jumlahnya boleh mencapai 62 hingga 63 peratus. Pengundi ke gereja sebelah pagi. Banjir hanya membabitkan beberapa kawasan dan air surut pada tengah hari," katanya ketika ditemui di Pusat Penjumlahan Undi, Dewan Suarah Sibu, di sini semalam.

Dipercayai antara sebab ialah kebanyakan masyarakat Iban di luar Sibu dalam dilema untuk pulang ke rumah panjang kerana tarikh perayaan Gawai Dayak pada 1 Jun ini masih jauh.

Abdul Aziz berkata, pihaknya yakin semua maklumat hasil kajian itu nanti akan digunakan untuk perancangan pada masa depan.

PRK 2010(54,695)
DAP 18845
BN 18447
BEBAS 232
Majoriti: 398
Undi Rosak: 395
Undi Pos: 2429 (2537)
Jumlah Mengundi: 37,919 (70%)

PRU 2008 (53,679)
BN 19138
DAP 15903
PKR 812
Majoriti: 3235
Undi Rosak: 334
Jumlah Mengundi: 36,187 (68%)

Tanpa Nama berkata...

Saya nak buat satu perjanjian dengan anda. Bolehkah kita capai persefahaman atau tidak? tanya Najib, yang juga Menteri Kewangan kepada kira-kira 1,000 hadirin perhimpunan di kawasan perumahan di sini.

Persefahaman ini sangat mudah. Saya bantu anda, anda bantu saya, kata Pengerusi BN ini.

Wakil BN Robert Lau Hui Yew berhadapan dengan saingan Pengerusi DAP negeri Wong Ho Leng dan Narawi Haron, calon Bebas dalam pilihan raya kecil yang pengundiannya diadakan esok.

Jika Robert Lau menjadi Ahli Parlimen Ahad ini (esok), saya akan minta agar cek disediakan pada hari Isnin, kata Najib kepada khalayak kalangan masyarakat Cina ini.

Adakah kita mencapai satu perjanjian atau tidak? Kita capai (perjanjian)! Anda mahukan RM5 juta, saya mahu Robert Lau menang, katanya lagi.

Ahjamal berkata...

Thank you for the votes in Sibu for showing what IBRAHIM ALI has done to BN. PERKASA you have done a great effort to sink the UMNO boat. Voters cannot be held at your mercy they are the taxpayers so they call the shot. Najib stop your devil plan in corrupting the poor. Sibuan has told Najib dont make them look cheap with your evil corrupted money which is from the raykat own hard earn tax.

Tanpa Nama berkata...

Celaka betul Cina-Cina tu, BN rasuah berbilion RM di Sibu, depa masih tak rasa terliur. Kalaulah majoriti pengundi Sibu tu jenis Melayu macam aku, tentu aku akan makan dengan lahap duit haram BN tu.....kah...kah...kah (sebab aku lebih cerdik dari Cina)

pak chu ching

Tanpa Nama berkata...

Ahjamal berkata...
...Sibuan has told Najib dont make them look cheap with your evil corrupted money which is from the raykat own hard earn tax.


exactly! congratulations of the highest order to the majority of sibuans who came out despite the rain/flood etc and stamped their clear and unwavering disapproval against daylight robbery &corruption done by none other than the very people mandated to protect our country from robberies &corruptions! tabik!

Tanpa Nama 2010 Mei 17 09:52;
kalau ikut statistik tu, ada pertambahan bilangan pengundi seramai 1000 orang dari 2008 ke 2010. walaupun spr 'hairan' dengan peratusan yg keluar mengundi dan menganggapnya 'kecil', tapi angka akhir menunjukkan bilangan yg keluar mengundi semalam pun bertambah jugak dari 2008, seramai hampir 2000 org (atau 2% tambah banding 2008)...

tapi, walaupun 1000 org baru layak mengundi situ, dan 2000 org lebih ramai mengundi daripada 2008, BoNgok makin hilang 700 org peminat... sedangkan DAP-PR bertambah hampir 3000 peminat!

doakan semoga inilah budaya yang akan berkekalan di mana2 prk lain dan juga di pru-13 akan datang!

ayuh segera sedar dan bingkas bangun dengan cergas, tangkas, cerdas, keras dan waras!
hentikan projek membodohkan rakyat dan merompak harta!
sungkurkan UMNgOk-BoNgok!

-average joe-
klakka-la.blogspot