Jumaat, 2 Julai 2010

CERITA HANTU BERTAMBAH SERAM




TUNGGU DAN NANTI APA YANG AKAN BERLAKU DI PARIS





BALA : “ YA SAYA HIDUP KERANA DAPAT DANA TAPI…..”
– minsider

Detektif persendirian P. Balasubramaniam yang kini berada di luar negara mengakui “menerima pembiayaan” daripada seorang tetapi orang yang dimaksudkan bukannya mereka yang rapat dengan Pakatan Rakyat, tetapi ahli perniagaan permaidani yang dikenali sebagai Deepak Jaikishan.

Balasubramaniam yang semalam berhadapan dengan situasi enggan ditemui oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di London minggu depan atas faktor implikasi perundangan berkata, dia bersetuju dengan pandangan Zahrain Hashim dalam hal tersebut.

Bagaimanapun, dalam jawapan yang dihantar menerusi peguamnya Americk Sidhu beliau berkata, sumber kewangannya bukan daripada orang lain tetapi “dana” diterima ahli perniagaan.

“Saya merujuk kepada kenyataan Zahrain Hashim (semalam).

“Saya diarahkan oleh pelanggan saya untuk mengatakan bahawa dia menyokong penuh cadangan dibuat Datuk Zahrain atas alasan mudah yang mana wang yang digunakan untuk membayar perjalanan ke London dan penginapan adalah diperoleh daripada dana diterima daripada Deepak Jaikishan,” katanya.

Selepas portal-portal tempatan menyiarkan temu bual terbaru Balasubramaniam akhir tahun lalu beberapa pemimpin atasan Pemuda Pakatan Rakyat menyerahkan laporan kepada SPRM dengan menamakan Mohamed Nazim Razak dan Deepak sebagai dua individu utama yang perlu disiasat.


KENYAATAN PEGUAM BALA


I refer to the statement made by Independent MP Datuk Zahrain Mohamed Hashim in the lobby of Parliament this evening and reported in The Star online portal.

In this statement Datuk Zahrain has suggested that the "individual involved in sponsoring Bala in London" be investigated by the MACC.

I have instructions from my client to say that he fully supports the suggestion made by Datuk Zahrain for the simple reason the money he is using to pay for his trip to London and his hotel accommodation there is derived from the funds he has received from Deepak Jaikishan at the behest of Rosmah Mansor, who ultimately and unwittingly, is his sponsor.

Americk Sidhu
Counsel for P. Balasubramaniam



FRENCH PROSECUTORS TO INTERVIEW PI BALA OVER SUBMARINE – free malaysia today

French prosecutors will be interviewing private investigator P Balasubramaniam in Paris next week as part of their ongoing investigation into claims of corruption over a US$1.1 billion submarine deal linked to Najib Razak.

Balasubramaniam's lawyer Americk Singh Sidhu told FMT that he was informed by French lawyers of this latest development yesterday.

“Balasubramaniam will be travelling to Paris later next week to talk to the French prosecutors,” he said.

He added that it was an irony that the French prosecutors were ready to talk to Balasubramaniam but not the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) officers.
He was referrring to the MACC's decision yesterday not to send its officers to London to record statements from Balasubramaniam in the murder trial of Mongolian Altantuya Shariibuu.

MACC deputy chief commissioner (operations) Mohd Shukri Abdull had said Balasubramaniam would instead be asked to answer questions which would be submitted through his lawyer in the form of a sworn statement or affidavit, as advised by the Attorney-General.

Americk said he was disappointed with the MACC's decision not to fly out to London to meet Balasubramaniam as was previously agreed upon.

“I just find it interesting that the French don't seem to have a problem in taking Balasubramaniam's statement unlike our MACC and its legal advisers,” he said.


KES PEMBUNUHAN ALTANTUYA TIDAK AKAN SELESAI

Amat jelas kes pembunuhan Atantuya dan pembelian kapal selam dari Peranchis ini tidak akan selesai.

Kes ini akan terus berpanjangan selagi Najib dan Rosmah cuba memainkan peranan dalam negara ini. Seluruh rakyat Malaysia semakin jelak melihat perangai Najib and Rosmah.

Najib dan Rosmah boleh menggunakan jentera daulah – polis, Sprm, media, lembaga kehakiman untuk melindungi mereka. Tetapi kes pembunuhan Altantuya dan kes jual beli kapal selam ini bukan lagi hanya kes pembunuhan di Malaysia. Kes ini telah pergi ke Eropah. Pada ketika ini siasatan kes ini sedang berjalan di Peranchis.

Apabila PI Bala berada di Eropah minggu hadapan – dia bukan sahaja akan mengadakan sidang media di London. Bala juga akan disoal siasat oleh pihak pendakwa Peranchis. Polis dan mahkamah Peranchis di Paris sedang menjalankan sisatan keatas penjualan dua buah kapal selam. Polis dan mahkamah Peranchis sedang menyiasat sama ada berlaku rasuah ketika jual beli kapal selam ini.

Polis dan mahkamah Peranchis menyiasat kerana syarikat yang menjual kapal selam ini ialah syarikat negara. Ertinya semua rakyat Peranchis ingin tahu 500 juta yang diberi kepada Razak Baginda itu duit berpunca dari mana.

Inilah indahnya globalisasi. Penyamun dan pengganas, pembunuh dan penipu dari Malaysia kini boleh ditangkap dan dicarakan di Eropah.

13 ulasan:

Lang berkata...

wah! dari india ke kota london kemudian ke paris... tak kan tak ke ulaanbaataar pulak...

bala melancung serata dunia... siap penaja lagik....

pemandu proton hijau tak gi sama ke?

Tanpa Nama berkata...

laporan berkaitan siasatan pihak perancis atas dakwaan rasuah dalam urusan jualbeli peralatan tentera ke taiwan dll negara menyatakan ada terdapat satu clause dalam kontrek jualbeli tu yg memastikan sebarang duit bayaran rasuah kepada penjual (syarikat perancis) akan dikembalikan kepada pembeli

aku boleh bayangkan lepas siasatan pihak perancis mendapati ada unsur rasuah, najib selamba buat kenyataan media:
masa saya jadi menteri kapalselam dulu, saya memang pastikan clause tersebut diletakkan dalam kontrek perancis dengan negara kita. saya bertanggungjawab sebagai menteri yg membeli. kerajaan barisan nasional memang mengutamakan kepentingan negara. sekarang lihat, kita boleh denga mudah mendapatkan kembali wang 600 juta untuk negara! kita boleh gunakan wang ini untuk bermacam2 projek kebajikan rakyat! tidak kira siapa yg terbabit membuat kesalahan memberi bayaran lebih sebagai rasuah atau sebagainya, kerana sukar kita nak mengenalpasti mana2 satu individu sebagai culprit. yang penting negara dapat semula wang lebihan itu, dan kita boleh gunakan semula dengan betul, untuk rakyat!

perhhh! hero hindustan!

********************
Bermulalah ceritera hikayat ini akan seekor haiwan kejadian Tuhan daripada spesis katak. Si-katak ini bernama zah-Ong-rain. Suatu masa yang agak panjang dahulu Si-katak zah-Ong-rain bermukim di bawah tempurung kelapa hotak dia yang amat disukainya...

Maka nak panjangkan ceritera, maka pada suatu hari tak semena-mena, maka sekali hangin punye kuat pun menyerbu alam katak2 dengan hujan 10x ganda lebih lebat dari hujan yang membanjiri KL petang tadi sampai puting.. eh sampai putingbeliung.. lalu tak disangka2 melayang lah tempurung kelapa hotak Si-katak zah-Ong-rain yg dah berlumut tu, terbang, terbang, terbang... PAP! tersangkut melekat la pulak atas kepala hotak soul-no-deen, seekor lagi dari spesis katak.

...tunggu selanjutnya di klakka-la.blogspot...

-average joe-
klakka-la.blogspot
klickdefella(klakka-la)

Tanpa Nama berkata...

Jangan risau, MACC, Polis, Askar, Perkasa akan pastikan supaya Najib akan terus terselamat dan sihat walafiat punyer.

Masih ada berapa banyak orang akan berkorban, membunuh diri, melacurkan diri, keluarga, agama, bangsa demi isteri Rosmah.

Alasannya mudah, campurtangan asing akan dijadikan isu dan dimanipulate pulak dengan isu wahabi dan agama. Ko tengok Isham, masuk je isu JI, PAS sudah kene checkmate! Setiap pemimpin PAS sudah takut kena tahan ISA, pakat2 jadi anak ayam lari tanpa ibu bapa...hahaha... Kalo masuk isu Yahudi dan Amerika, Anwar pulak kene checkmate walaupun kesalahan terang2 dilakukan BN. Masuk je isu ekonomi Melayu, semua masalah dunia sudah selesai, yang kene checkmate ialah orang2 Cina dan India pembangkang tapi cukong2 yang terselamat.

Isu2 bodoh ini membuatkan Melayu dan pembangkang semakin bodoh macam LALANG. Cakaplah isu apa pun, semua macam anak ayam main bola. Bola pigi tepi padang, semua pemain pigi tepi padang, bila bola pigi tengah padang, sumer pemain pun pigi tengah padang. Taktik cenggini akan terus dimainkan kerana strateginya amatlah amat berkesan.

Ko nak aku test satu isu bagi ko checkmate? Soheh ko kecut telor punyer. Kita amik isu sensitif isu Memali, ko memang tiada kaitan pun... katakan UMNO buat-buat baik nak ambil tindakan terhadap Polis yang menembak orang2 awam pun sudahlah, kemudian isu ini dimainkan dalam akhbar dan Dewan Rakyat selama 3 bulan secara terancang. Mula2 PAS kan pandang sinis usaha UMNO, memang la nak tangkap Polis yang jahat tu, tapi lama2 nampak macam serius, alih2 yang akan ditangkap ialah siapa yang membangkang, silap2 haribulan, ko yang takder sangkut paut pun, kene masuk ISA sekali lagi. Bukan susah sangat nak checkmate PAS walaupun mereka ini pandai dan rajin sembahyang! Pandailah macam mana sekalipun, kalo kita tiada kuasa dan hanya harap berdoa dan pandai berkata2 sahaja, ia takkan cukup dan takkan kemana. Walaupun pandai, orang yang berkuasa tetap mengatakan kita tetap bodoh, bodoh dan bodoh.

Walaupun tak bersalah, mereka ada kuasa menangkap sesiapa tanpa perlu diberitahu kenapa. Inilah kuasa yang amat penting untuk checkmate seseorang. Hantar sekumpulan SB-SB bebal, masuk balai cerita. Kahkahkah... CHECKMATE!!! Takder sesiapa pun nak menyusahkan diri sendiri membantu yang ditangkap sebab orang yang ditangkap itu tidak mampu memberi rezeki (ala Tuhan) macam Thaksin.

Lihat DILEMMA kita. Politik adalah terlalu banyak GREY AREA beb. Bertindaklah apa pun, yang betul menjadi salah, yang salah menjadi betul. Tengok kes Yahudi membunuh orang Palestine ajerlah. Kita jer yang huhahuha Yahudi tu zalim. Tapi 95% penduduk dunia lain, haram tak amik pot langsung. Berapa percent dari 23% orang islam seluruh dunia amik pot? Kapir lahanat 77%, berapa banyak pula yang amik pot?

Bang, masuk exam, markah 40% baru boleh lulus. Selagi markah tak sampai 40, takder sapa pun nak iktiraf lulus meh. Taktik inilah membuatkan Yahudi berjaya menakluk Palestine. Teknik majoriti adalah teknik kedua jika teknik ini tidak berjaya. Aku tak mau explain panjang2, amik pikir sendiri la.

Tanpa Nama berkata...

Mungkin Najib akan serah kuasa pada PR dengan syarat AI boleh selesaikan masalah dia/Rosmah/Razak baginda/kapal selam yang boleh membawa kepada keruntuhan imej/psiko/jati dirinya yang sarat berlakon sebagai orang suci dalam kemelut skandal mega itu. Najib/Rosamh/Razak Baginda, baik kau semua 'surrender' awal sebelum nama negara terus dipalit kemaluan luar biasa ini. Apa lagi nak disorok. Ada ketikanya ada HAD untuk kita bertahan dalam isu sehebat itu. Madey, Tuhan kamu dan penyokong kuat kamu seperti Polis, Hakim, SPRM pun dah tak boleh buat apa-apa. Sumpahan atas nama al-Quran pun mungkin tak dapat membantu mu. Langkah terbaik serah diri dan kembalikan ketenteraman jiwa mu.

Tanpa Nama berkata...

bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad mendakwa kumpulan ulama tersebut adalah pengikut Asri dan mempunyai agenda tersendiri apabila menyertai parti itu.

Nakhaie berkata Asri menghantar pengikutnya supaya aliran pemikiran dan idealoginya dapat disalurkan ke dalam kepimpinan Umno.

“Ulama yang menyertai Umno baru-baru ini adalah pengikut Asri yang dihantar untuk menyampaikan aliran pemikiran beliau ke dalam Umno.

“Asri menghantar ulama ini dengan harapan mendapat kedudukan yang penting dalam Umno ataupun kerajaan.

“Jadi apabila sudah ada kedudukan yang baik mudah untuk mereka terapkan idealogi Asri,” kata Nakhaie merupakan bekas naib presiden PAS yang menyertai Umno dua dekad lalu.

Kumpulan 40 ulama muda menyerahkan borang penyertaan ahli Umno kepada Presiden Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu.

Seorang lagi anggota kumpulan ersebut, Fathul Bari Mat Jahya (gambar) juga menegaskan, pihaknya tidak mempunyai sebarang agenda apabila membuat keputusan untuk menyertai Umno kecuali mahu berdakwah kepada

Tanpa Nama berkata...

kalau kat negara luar yg PM nya kafir,dah lama letak jawatan atau pun bunuh diri.Tapi Msia ni pelik..yg x nak letak jawatn 1 hal,yg menyokong tu yg paling BANGANG terutama SPRM,POLIS,HAKIM ...semuanya makan duit HARAM!!!.

Tanpa Nama berkata...

woi TT,
kenapa dlm gbr tu ada org pakai cincin besar?menurut ilmu semiotik,die adalah ahli gerombolan!!

nota:
lepas ni masa demo,sila perhatikan org sekeliling,sape yg pakai cincin besar,jamin SB,kohkohkoh

NOTA:
Penyokong pakatan yg pakai cincin besar,sila buang skrang,sblm anda dipandang hina,kohkohkoh

-madey kimak-

Tanpa Nama berkata...

Sebab tuh ade petua yang bagitahu, bile kite nak tidur, jangan tidur terlentang, kalau terlentang sekalipon, dicover dengan bantal. Selain tuh bace lar doa tidur, dan tiga Qul, dan ayat kursi. Tapi bininya, Kak Mah Badak memang suke sesangat tidur terlentang, pasal kalau nak tidur mengiring tak selesa pulak memandangkan berat badannya yang kurang 1 kati aje daripada anak badak. Pengalaman Ajib Boroi kene kangkang memang sekse, bukan jer dikangkang, ditindih, lidah kelu, tangan kaki semue tak bole nak digerakkan, nak cuit orang sebelah iaitu bininya Kak Mah Badak pon tak bole. Ni kan pulak nak jerit. Memang tak bole harap bininya Kak Maha Badak tu, tidur mampus.

Ok berbalik pada cerite Hantu Kangkang tadik. hihi,Pesal panggil hantu kangkang ? Sebab dye tak le tinggi sangat, kurus jerk, slim slender, skinny hahaha. Dulu asik dengar cerite orang, tapi bile sendri dah penah alami baru percaye. Malam tu Ajib Boroi tidur macam biase, belum pon sempat dia lene, rase macam baru jerk dia letak kepale, Ajib Boroi rase macam kene kangkang, pas tu anu Ajib Boroi sakit, sakit yang amat -amat. Bile Ajib Boroi buka mate, Ajib Boroi nampak dye tengah tarik anunye, muka siyus gile, tak de la tinggi sangat. Panic time tu, nak jerit, dan cube nak jerit, pon tak boleh, tak terkeluar suare. Sakit jgn cakap, rase macam dah nak mati. Last-last Ajib Boroi bace “Таныг их хїлээлгэчих шиг боллоо, уучлаарай”, sambil pejam matenye. Dalam hati pasrah jerk. Bace dan bace lagik, lebih kurang 2 kali ayat dalam Bahasa Mongolia itu dibace Ajib Boroi rase macam dilepaskan, terus buka mate, dan termengah2 macam berlari 100m, penat gile. Ajib Boroi rase tuh bukan mimpi, sebab Ajib Boroi buka mate. Ajib Boroi nampak makhluk tu… ialah Kak Mah Badak yang dirasuk Hantu Kangkang… hadoi… patut le tiap-2 pagi Ajib Boroi rase cam kene gelek steam roll aje…

Tanpa Nama berkata...

Dirasuk Hantu Kangkang

Korang, penah tak rase semacam, contohnye korang tetibe rase seram, atau korang tetibe rase macam ade orang duduk kt sebelah, atau korang penah rase macam ternampak kelibat yang lalu.

Siyus, Ajib Boroi kekadang selalu rase camtu, contoh macam bile Ajib Boroi tengah berak didalam jamban, terperasan macam ade lalu, pas tuh bile dok sesorag rase macam ade yang teman. hihihi. Ajib Boroi tak pandai tipu weyh, betul ! Kalau la macam yang cite Long Khong tu ngeri weyh.

Sejak akhir-akhir ni kelesuan dan keletihan menyebabkan tubuh badan Ajib Boroi sengal-sengal otot. Bermacam cara dibuat untuk mengatasinya, mandi guna sabun susu kambing, minum cap air badak dan tampal koyok pun tak jalan jugak. Bininya, Kak Mah Badak ade jugak pegi berubat ngan Guru Ji, tapi Guru Ji pun tak boleh nak membantunya, Kata Guru Ji mereka laki bini diganggu oleh “hantu kangkang”.

Sekarang baru Ajib Boroi perasan, sejak berpindah ke Sri Pridana, tidur Ajib Boroi laki bini sering digangu, berbeze dari umah lame, dulu setiap kali nak lene , Ajib Boroi mesti terase ade "bende " yang mengangkang, menindih, himpit,sampai kekadang sesak nafas, rase macam tak bernyawe. Mesti ade yang penah rase macam nih kan?

Tanpa Nama berkata...

Apa nie SPRM tak nak temubual Bala! Tapi negara kafir dan makan babi Perancis nak pula menemubual Bala! Hahahaha apa dah jadi dengan negara yang ditadbir oleh UMNO & APCO ? Nama aje Islam ke? Kah kah kah kah!

Tanpa Nama berkata...

Zahrain.. zahrain... kenyataan memakan diri sendiri...

Tanpa Nama berkata...

kah...kah...kah...statement PI Bala buat katak Zahrain terkucil!

Lang berkata...

anon 9:36

"Bace dan bace lagik, lebih kurang 2 kali ayat dalam Bahasa Mongolia itu dibace Ajib Boroi rase macam dilepaskan,"

yg ini buat aku ketawa sungguh... aku ni susah gak nak ketawa... bila ko sebut bahasa mongolia (jampi tu) aku gelak sampai sakit perut... mujur laptop ni tak boleh bacakan posting ko... kalau tak nak tau jugak bunyi jampi tu..