Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Khamis, 29 Julai 2010

POKOK DEMOKRASI SEKALI LAGI




SEJARAH TELAH TERUKIR




DUN PERAK : ADUN PAKATAN RAKYAT HADIR ATAS NOTIS SIVAKUMAR – harakah daily

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat Perak akan menghadiri sidang Dun pada 3 Ogos ini setelah mendapat notis panggilan daripada speaker yang sah, V. Sivakumar.

Demikian dimaklumkan Adun Pasir Panjang, Muhammad Nizar Jamaluddin sewaktu dihubungi Harakahdaily hari ini.

"Kami telah menerima surat daripada speaker yang sah V. Sivakumar untuk kami hadir bersidang pada 3 Ogos jam 10 pagi. Jadi kami akan hadirlah oleh kerana kami dapat surat daripada Speaker V. Sivakumar," katanya.

Menurut Nizar, Speaker BN, R. Ganesan juga telah menghantar notis panggilan ke sidang Dun berkenaan kepada mereka.

Namun beliau menegaskan, keputusan untuk hadir ke sidang Dun berkenaan adalah kerana menerima suart daripada V. Sivakumar, bukan kerana panggilan daripada R. Ganesan.

"Kami akan hadir kerana surat daripada V. Sivakumar, bukan kerana notis daripada speaker haram itu," tegasnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Beliau juga berharap agar persidangan kali ini akan berjalan lancar dan mengikut peraturan yang ditetapkan.

KAH KAH KAH..

nota:
krisis di perak tidak akan selesai
sehingga ada pilihanraya
hanya pilihanraya yang akan menentukan
kerajaan mana yang diterima mentabir perak
raja gopal mat gelap mat mongol mat sembab
hanya selingan – akhirnya warga perak yang
akan membuat keputusan bukan gamuda kah kah kah

nota:
pokok demokrasi masih menunggu
sejarah telah terlakar
mat gelap nak jadi ghandi
tetapi hanya sempat baldi
kah kah kah

2 ulasan:

matstimketum berkata...

zaman najib menjadi pm malaysia akan berakhir tak lama lagi, cayelah!

Tanpa Nama berkata...

nampaknya lepaeh ni pokok tu kena tebang le....