Jumaat, 22 Oktober 2010
TOLONG JANGAN BUAT FITNAH
DAKWAAN ADUN KUALA NERANG DIIISTIHAR MUFLIS TIDAK BENAR - melayau
22/10/2010 3:33pm
ALOR SETAR 22 Okt. – Dakwaan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim diisytihar muflis seperti dilaporkan oleh portal berita, Malaysian Insider baru-baru ini adalah tidak benar.
Pegawai Khas ADUN itu, Sobri Sudin berkata, isu itu sengaja direka-reka oleh parti pembangkang dan pihak yang tidak bertanggungjawab yang mahu menjatuhkan Syed Sobri dan sekali gus mahu mengambil alih kerusi ADUN itu melalui pilihan raya kecil.
Katanya, Syed Sobri juga tidak menghadiri prosiding Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 15 Oktober lalu seperti yang disiarkan oleh Malaysia Insider dan laporan bahawa mahkamah itu mengisytiharkan muflis ke atas ADUN itu juga tidak benar.
"Soal pembayaran hutang syarikatnya masih dilakukan oleh Syed Sobri bermula 2002 hingga sekarang.
"Saya kira ada pihak yang sengaja hendak menjatuhkan beliau dan mahu mengambil kerusi ADUN daripada beliau,” katanya kepada pemberita pada sidang media di sini hari ini.
Rabu lalu, laporan Malaysian Insider menyatakan Syed Sobri diisytihar muflis minggu lalu ekoran syarikatnya gagal membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan sekali gus membuka ruang kepada pilihan raya kecil. – Bernama
TOLONG JANGAN SEBAR FITNAH DALAM INTERNET
nota:
dokumen tipu
tersebar di internet
macam macam orang buat
masa ini
hanya satu sahaja tak leh buat
kalau dah janda beranak lima
macam mana nak jadi
anak dara sekali lagi kah kah kah
kah kah kah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
17 ulasan:
Kalau Malaysian Insider melaporkn beriter pitnah,saman jer ler Malaysian Insider tu...Tak payah buat penapian bermacam2.Kalau nak saman jangan sikit2,saman 100 juta.Kalau menang kes,duit tu bulih digunerkan utk bayor hutang yg bertimbun dgn KWSP tu.Kerojer mudah dibuat jadi susah..Tapi...Tak tumboh tak melater,tak sungguh tak ler demer kater...
tengok surat tu..
Nama Bankrap :Syed Sobri Bin Syed Hashim
ahahahahahaha
nama bankrap??? ahahahahahahaha
aku first time tengok surat bankrap ni...ahahahahhaa
Pegawai Khas ADUN itu, Sobri Sudin berkata, isu itu sengaja direka-reka oleh parti pembangkang dan pihak yang tidak bertanggungjawab yang mahu menjatuhkan Syed Sobri dan sekali gus mahu mengambil alih kerusi ADUN itu melalui pilihan raya kecil.
-bodoh ape..pembangkang kt kedah tu sapa?
pakwe tiz zaqyah..
uikksss nama!!
teman pun sama yob!!
Tak pernah nengok surat bangkrap nih!
Surat bil kad kredit selalu leee!!!
jahanam UMNO!
lu memang terbaik la bro.. fresh lagi tu surat.. 22 oct.. wahaha.. siap wat bayaran Rm12 nak dpt surat tu.. wa tabik laa..
apsal nama adun ngan pegawai khas tu sama nama.. cuba check tgk itu sobri sudin pun sudah bankrap jugak ... kah kah kah..
Hahaha....pelik...kalau tak bankrap maknanya duit dia ada juta-juta.....tak faham2 lagi....
-setapa
Kalau tak bankrap maknanya kaya la tu....duit juta2....tak faham2 lagi.....
-setapa
Nampak lain macam je surat bankrap ni. Sama je Malaysian Insider tu... Siasat sape dalang maklumat tu dari dari parti pembangkang (ie. UMNO sendiri). Musuh di luar senang lawan, musuh kat dalam ... kah kah kah.
mengikut pengalaman aku masa buat loan rumah dulu, biasanya kalo orang yg takde rekod bankrap, dekat tengah2 surat tu mesti kosong dan bersih punya. cuma tertulis "bukanlah seorang yang bankrap". tapi yg ni memang sahih sebab padat, pekat, melekat dengan puluhan patah perkataan yg membolehkan sesaorang itu boleh dilucutkan jawatan sebagai wakil rakyat!
aku sbg org kuala nerang dah lama dengaq pasai nie..rmai kata mmg dia da bankrap..cuma kesahihannya yg blom disahkan..ha3..awat la yg susah sgt nk mengesahkan..hrrmmm...kuala nerang maju 20..???
projek jmbantan k.nerang tgh d tender ni..mat sembab akn rasmikn nti,kita tggu dn lihat..kah kah kah
Kita tengok mari
Sapa antara saharin, zul, ezam dan katak-katak seangkatan dengannya yang akan buat report spr
Kita tengok pulak apa ketua mamat yang selalu menyalak kat spr tu
kalau ada PRK kecil kat situ, aku sunat sekali lagi
kalau orang umno bangkrap pasti boleh settle...bak kata kalu nyawa bole dibeli umnongok pun sedia hidupkan balik ahlinya yg dah mati..
Orang UMNO pasal berhutang tak bayor biasa la Yob.Buat banner pun boleh kencing tipu budak2 melayu berniaga.
Depa bukan peduli kalau nak menipu duit mesjid ke harta wakaf apa pun balun.
Inilah UMNO yang sesat lagi menyesatkan.
apa ubat janda anak lima masih dara
tolong sekolahkan aku sapa pembangkang kat kedah...koi koi keh
macam lah sekarang ni mende tak boleh siasat .ingat oarang nak main hantuk jer ke keh keh keh
Syed ni Melayu ke arab ?. Kalau pasal keturunan mahu terkeluar pedang dabik dada mengaku arab, tapi kalau pasal harta dan pangkat tu dia ... sanggup pakai samping menghunus keris mengaku Melayu. Endingnya Melayu jugalah yang Rugi Akhirnya. Tak kisahlah yang banjar, jawa, bugis, melanau, asli,dusun,dayak, bajau dan kedazan, kan mereka ini orang nyior melambai ?.
Catat Ulasan