Khamis, 26 Ogos 2010

SELAMAT BERBUKA PUASA



KALAU LAH MEREKA SEDAR





KALAU LAH BELIBIS ITU TAHU BAIT INI

manusia dengan gelojoh
merobek bumi meledak gunung
meredah sahara merentas hutan
menngering paya memotong sungai

di gali di korek di cucuk

muntah keluar darah darah hitam
maka berpesta lah manusia bagaikan siang yang tak sudah sudah
maka berkenduri lah manusia bagaikan makanan tak habis habis
maka mabuk lah manusia bagaikan tuak tak kering kering

darah hitam itu semakin susut
manusia terus berpesat
darah hitam itu semakin kurang
manusia tidak pernah puas puas
darah hitam itu semakin mahal
maka berkenduri lah kaum pemodal bagaikan musim bunga sepanjang zaman

tasik di sodok
gunung di gondoli
laut di gali

demi segala dewa
demi alam semesta ini
dari dasar laut keluar darah hitam
maka manusia pun berpesta lagi
bagaikan mereka akan hidup untuk selama lamanya

hitam hitam hitam
muntah dari dasar laut
bersorak bersorai bergema mengira dolar

ditakdir kan takdir
kun pi ya kun
maka darah bumi melimpah limpah
tidak ada sumbu dapat menutup
tidak ada simin dapat menekan
tidak ada besi dapat menahan
minyak minyak minyak muntah dari perut bumi

kupang ketam ikan sotong dan pari
cincaru terubuk parang dan senangin
makerel sardin marlin dan cod
sesak lah nafas mereka
sesesak bumi terkatup

ungas itik bilibis dan bangau
hilang harapan untuk terbang
sayap patah kaki membeku
satu demi satu gugur mati tenggelam di dalam minyak

ooom… yang asal balik usul
dari daging unggas dan rumput rampai asal kau
dari kerang kupang dan bangkai bangkai asal kau
maka kembali lah kamu ke dalam bumi
yang mati menjadi minyak
yang minyak menjadi minyak

maka manusia pun terus berpesta
ikan sotong unggas belibis kupang dan kerang yang mati
dimakan kembali oleh ikan sotong belibis kupang dan kerang yang hidup
ikan sotong unggas belibis kupang dan kerang yang hidup
di makan oleh mat john mary dan mikael

manusia diracun manusia
manusia diruan sambil berpesta

maka manusia pun berpesta bagaikan siang tidak akan sampai sampai
maka manusia pun berkenduri bagaikan bumi ini milik mereka

darah darah hitam semakin susut
darah darah hitam semakin kurang
pesta tidak henti henti

kun pi ya kun
maka perang wajib di mulakan


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salah Pak Isyam, perang dunia takkan berlaku sbb minyak.

Perang Dunia yang Maha Dasyat akan meletus di angkasa lepas. Langit akan jadi medan pertempuran baru.

AS, RUSSIA, CHINA dan INDIA sedang berlumba-lumba merebut Helium-3, sumber tenaga baru yang lebih hebat dari uranium tp selamat tanpa kesan radioaktif.

Cuba ko tanye lebai google, apebendenye Helium-3 nie. Helium-3 xde kat Bumi tp kat benua atas langit.

Kaki siapa yang memijak benua ni, tangannya jugalah yg akan mengenggam Bumi.

2012 berkata...

Maka Iraq, Iran dan Korea Utara
Menjadi sasaran sekali lagi

Maka dihidupkan kembali "Axis of Evil"
Dijadikan sasaran oleh "Axis of Arrogance"

Maka Amerika Syarikat, Britain dan Israel
Terus menguasai dunia berlandaskan pemodal kapitalis

Maka dikatakan Mahmoud Ahmedinejad
Tidak mahu bekerjasama dengan Bangsa-bangsa Bersatu

Maka dikatakan China
Ingin menguasai darah hitam di Kepulauan Spratly

Maka dikatakan Korea Utara
Ingin melancarkan perang ke arah Korea Selatan

Maka dikatakan Islam penyebab keganasan
Untuk menjustifikasikan "war on terror"

Maka tak habis-habis lah peperangan berteruskan
Yang akhirnya akan menghancurkan muka bumi ini

Maka tak payahlah Tuhan menentukan tarikh kiamat
Kerana manusia sendiri telah menentukannya......

Salleh PJ berkata...

Selamat Berbuko -

Tq

Tanpa Nama berkata...

setuju betul! pegi mampuslah kontraktor kelas F..(kont..F kroni bomoh bikmama shj).dpt projek berlagak..buat kerja tak reti ..sub sana sub sini...dpt duit rkyat joli katak..minta derma sikit buat pekak...

Tanpa Nama berkata...

kepala otak ko kun pi ya kun...kun fa ya kun la ngok