Jumaat, 14 Januari 2011

KENYATAAN RASMI AMK PULAU PINANG




WEI AIH MINTA MAAF PADA SYED KASSALI


Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP)
pada hari ini terpanggil untuk membuat
sidang media untuk menilai dengan serius
akan insiden kekecohan yang berlaku
di Restoran Nasi Kandar Mohamed Aliyar
di Gat Lebuh Macallum tempoh hari.

Atas kesedaran akan peripenting:

1. Mengekalkan hubungan baik yang telah terjalin lama di antara Kerajaan Negeri dan komuniti India Muslim di negeri ini.

2. Menjaga baik usaha-usaha murni Kerajaan Negeri dalam menjaga kebajikan
para peniaga pelbagai kaum di Pulau Pinang.

3. Meneguhkan semangat setiakawan dengan rakan seperjuangan dalam Pakatan
Rakyat, khusus merujuk kepada YB Ng Wei Aik,

Maka bertitik-tolak atas dasar itu, Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP)malam tadi telah mengadakan pertemuan tertutup dengan YB Ng Wei Aik, dan selepas itu bertemu sendiri dengan pemilik Restoran Nasi Kandar Mohamed Aliyar, Sdr. Syed Kassali untuk menawarkan diri sebagai orang tengah atau ‘mediator’ untuk merungkaikan permasalahan yang kian meruncing ini.
 
Hasil daripada pertemuan tersebut, Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP),atas semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat (PAKATAN), dengan ini menyatakan bahawa YB Ng Wei Aik dan Tay Leong Seng selaku Ahli Majlis MPPP dengan ini memohon maaf secara terbuka kepada pemilik Restoran Nasi Kandar Mohamed Aliyar iaitu Syed Kassali dan keluarganya, pekerja dan rakan-rakannya di atas keterlanjuran & tindakan agresif mereka dalam kejadian pada malam Ahad 3 Januari 2011 lalu.
 
YB Ng Wei Aik juga turut memohon maaf sekiranya ada ungkapan atau kata-kata yang dikeluarkan oleh beliau dengan sedar atau tidak sedar yang menyinggung perasaan Syed Kassali, keluarganya serta rakan-rakannya pada malam tersebut.
 
Akhir sekali, Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) menyeru agar selepas ini tidak ada lagi pihak yang cuba mengambil kesempatan menangguk di air yang keruh dengan meniupkan sentimen perkauman. Marilah kita bersama-sama hidup di dalam negeri ini dengan suasana muhibbah, kasih sayang dan semangat kekeluargaan yang tinggi.

Sekian, terima kasih.

AMIR BIN HJ. GHAZALI
Ketua,
Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang
(AMKPP)



8 ulasan:

Ajeossi berkata...

PUPALU PINANG?? apa itu?

Tanpa Nama berkata...

Abis la mampus eeeee yang menyalak ari tu...hahaha..wayang adu domba tak menjadi...kah...kah..

Khun Pana aka johanssm berkata...

Tak patut mintak mamak balek India.
Lain kali mintak mamak balek London.

Tanpa Nama berkata...

maap - maap jugak
boikot tetap boikot

MP Pasir Mas berkata...

kali lain kali kalau mamak dengan cina gadoh kita mesti panggil ibrahim ali, suruh dia orang bergadoh betul2... kah kah kah
kita hasut lagi...
biar india balik india
cina balik cina

hafszach berkata...

Mamak penang tak komplen pasai Buku Interlok kerr...??
Depa pun sapa juga..!!
AsaL golongan Pari2ah.. wakaka...!!

Tak pun, depa semua anggap depa Bukan Kasta Pari2ah...

Mungkin depa rasa depa semuanya berasal dari golongan Pari-Pari dari kayangan..

Tak tahulah pulak aku dalam cerita dongeng melayu dahulu kala pari-pari kayangan semuanya rentung2...

Mungkin ada kebenarannya..!!
Sebab kayangan lebih dekat dengan matahari jadi mungkin mereka ni sun burn kot.. wakakaka...!!

Dewa Pari2ah Malaysia, Tuntong Mahathir Kutty Mohamad tak dak komen apa2 ka pasai buku interlok tu..??

Biaq pi lah..!! Mungkin Tuntong tu takut bila dia bantah nanti baru semua hero2 kampung keris karat terperasan yang Tuntong Mahathir pun Berkasta Pari2ah juga...

Tok nenek moyang dia berasal dari benua keling di telok bengala keturunan depa dulu buat rumah guna Tahi lembu...

Sampai tanah melayu nak tujuk taiming pulak.. habih semua keris berkarat kena auta keling dgn Dewa Pari2ah tu..

amalhaj berkata...

mintak maaf? hebatnyer eeeeeeeee kat pulo pinang.... eeeee ajer ker ader kat pulo pinang? melayu g maner?

Tanpa Nama berkata...

Boikot kedai mamak ni kerana putar belit !!!