Sabtu, 19 Februari 2011

KENYATAAN RASMI




PROSES MEMBEBALKAN ANAK MUDA





KENYATAAN MEDIA


18 Februari 2011

Kami, Ahli-ahli Parlimen, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan wakil parti-parti komponen Pakatan Rakyat mewakili seluruh masyarakat dan rakyat Malaysia berasa kesal dengan peraturan universiti yang menyekat hak dan kebebasan akademik mahasiswa dalam mengorientasikan proses demokrasi di dalam Kampus.

Sekatan dan halangan sebegini rupa terus-terusan menafikan hak kebebasan mahasiswa untuk berkempen dan melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mengundi dan memilih kepimpinan di kalangan mahasiswa haruslah telus dan adil tanpa sebarang campur tangan pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Sudah tiba masanya untuk pihak kerajaan memikirkan kembali kerelevenan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ini diserahkan kepada mahasiswa sendiri untuk mengendalikannya dan segala sistem yang meragukan harus dihapuskan serta merta kerana ini jelas mencabuli prinsip demokrasi yang bebas dan adil.

Kami menggesa pihak Menteri Pengajian Tinggi untuk mengambil serius perkara Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa ini dan Pemilihan yang diadakan ini haruslah telus dan adil tanpa sebarang campur tangan pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berkepentingan.
Kami juga berpendirian bahawa sudah tiba masanya untuk pihak kerajaan memberikan hak kepada mahasiswa untuk mengadakan pilihanraya sendiri tanpa sebarang campur tangan.

Sehubungan dengan itu, kami menuntut agar pihak Kementerian Pengajian Tinggi :

1. Memberikan kebenaran kepada mahasiswa untuk berkempen di dalam Pilihanraya Kampus dengan bebas dan adil.

2. Memanjangkan masa berkempen dari 3 hari kepada 7 hari bagi memberikan ruang dan masa yang panjang untuk sesi kempen dan menyampaikan manifesto kepada mahasiswa

3. Menghormati autonomi mahasiswa dalam keterlibatan mahasiswa di lapangan
masyarakat serta menghentikan segala intimidasi terhadap mahasiswa-mahasiswa.

4. Mematuhi dan menghormati kebebasan bersuara mahasiswa seperti yang terdapat dalam Artikel-19 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia dan Artikel-10 Perlembagaan Malaysia iaitu mahasiswa juga warganegara Malaysia.

5. Memberi kebebasan sepenuhnya kepada mahasiswa untuk terlibat dan bersuara di dalam apa jua aktiviti yang membina karisma dan idealisme tanpa dikongkong dan disekat atau diancam dengan ugutan oleh mana-mana pihak mahupun Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

6. Memastikan ketelusan dalam proses Pilihanraya Kampus bagi kesemua kampus di Malaysia, dan bukan sahaja bagi dua (2) kampus yang dibangkitkan di sini.

Disokong oleh:

YB Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai)
YB Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Serdang)
YB Nik Nazmi Nik Ahmad (ADUN Seri Setia)
YB Chan Ming Kai (ADUN Simpang Pulai)
Sdr Shamsul Iskandar Mohd Akin (Ketua Angkatan Muda Keadilan)
Sdr Rafizi Ramli (Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat)


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Inilah contoh terbaik DEMOKRASI ALA UMNO/BN, - mengawal, mengongkong/menyekat semua aktiviti kehidupan rakyat & menebas, menghapuskan semua suara, pendapat yang berlawanan dengan mereka. Matlamat utama untuk mengekalkan kuasa UMNO/BN yang sudah terbiasa merompak, mengikis hasil maksul, harta rakyat selama lebih 50 tahun lama nya. Tapi pilihanraya diadakan di negara ini hanya semata-mata menunjukkan pada dunia dan kepada semua bahawa kita mengamalkan DEMOKRASI. Demokrasi ala UMNO ini juga dilaksanakan di Mesir, Tunisia, Bahrain, Libya yang sedang menghadapi revolusi rakyat yang tertekan & merana dengan kezaliman diktator dari demokrasi jenis ini. Persoalan nya bila akan berlaku ledakan kemarahan rakyat Malaysia atas kezaliman yg berlaku selama ini? Berjaya ke program membebalkan mahasiswa anjuran k'jaan UMNO/BN(dengan didokong oleh HEMA U yg tak bertelor) melalui program pilihanraya TERKONGKONG ini? Berubah lah wahai rakyat, bukan nya susah sangat nak membezakan di antara pemimpin pembohong, rasuah dengan yang jujor & bersih. Ya ALLAH selamatkan kami dari pemimpin-pemimpin yang zalim dan rasuah ini. Amin.

cicit ngah layor berkata...

Macam maner pilihanrayer diluor kampus,begitu juger ler pemilihan dalam kampus.Selagi puak2 ni mentadbir,selagi itu ler negare jadi dalca.Selagi org yg berotak kaghat masih ujud,selagi itu ler pembangkang akan terus jadi pembangkang.Ngaper ler tak sedor2.

Tanpa Nama berkata...

aikkk!

nama cikgu bard ngan hj mus tak ade ker?

ker dia org dah masuk amenooo??