Rabu, 16 Februari 2011
SATU RANCANGAN ZIONIS
JANGAN LUPA
PEMANDULAN MESIR
Pada 28 September 1970 Dia diberitakan wafat. Matilah seorang nasionalis Arab. Maka menangislah seluruh warga Mesir. Menangislah seluruh warga Arab. Radio Republik Mesir hanya menyiarkan ayat-ayat Quran. Hanya Umi Kalthum perawi Mesir yang kedengaran di radio membawakan shaer dan qasidah tentang perjuangan bangsa Arab.
Dataran Tahrir - dataran yang itulah – muntah ruah dengan manusia. Berpuluh ribu warga Mesir berduyun- duyun ke jalan raya untuk menyatakan selamat tinggal kepada seorang lelaki Arab. Lelaki ini - Gamel Abdel Nasser saorang sosialis, saorang nasionalis – pemula sejarah moden dunia Arab sama seperti Bung Karno untuk dunia Melayu.
Anwar Sadat – ketika itu Naib Presiden dari Parti Sosialis Nasional telah dilantik untuk menggantikan Nasser. Anwar Sadat juga datang dari kumpulan Free Officers Movement yang telah merampas kuasa pada tahun 1952 dan menjadikan Mesir sebuah republik.
Ketika Anwar Sadat mula duduk di kerusi Presiden, Perang Dingin sedang bergolak dengan hangat. Timur Tengah sedang panas membara. Kuasa imperialis Amerika sedang diguddam. Bala tentera Amerika – kuasa yang terkuat dalam dunia ini sedang sedang senak digasak oleh gerila pembebasan rakyat Indo-China. Zionis Israel anak piliharan Amerika adalah musuh utama rakyat Arab.
Di waktu ini juga Soviet Union masih tegak memimpin rakyat dunia untuk bangun menentang kuasa imperialis Amerika. Republik Mesir adalah kawan baik Soviet Union. Tentera Mesir dilatih dan dibekalkan senjata oleh Russia dan Eropah Timur. Senjata-senjata tercanggih Soviet Union semuanya dibekalkan kepada Mesir yang dilihat sebagai pemimpin negara-negara Arab yang lain.
Anwar Sadat pada awalnya tidak memiliki ketrampilan saperti Nasser. Malah dijangkakan sosok yang bernama Sadat ini mungkin duduk di kerusi Presiden untuk sementara sebelum muncul seorang lagi pemimpinan Arab seunggul Naseer. Anggapan ini salah. Sadat merancang dengan licik.
Tiga tahun sesudah menjadi Presiden Mesir, Anwar Sadat bersama Hafeez Al-Assad dari Syria telah menyerang Israel. Ini berlaku di bulan Ramadan 1973. Perang Ramadan ini memeranjatkan Israel. Tentera Mesir telah berjaya menerbus masuk dan memecahkan tembok Bar Lev. Ini ialah kubu dan tembok pertahanan tentera Israel yang dibuat di sebelah Timur Terusan Suez. Bar Lev di heboh heboh sebagai wilayah yang tidak mungkin dapat dibolos. Wilayah ini asalnya telah dirampas oleh Isreal dari Mesir pada perang tahun 1967.
Hampir dua minggu perang berterusan sehingga Majlis Keselamatan Bangsa Bangsa Bersatu memaksa perang dihentikan. Dua kuasa imperial – Amerika dan Soviet Union – hampir bertelagah. Amerika menyokong Israel. Soviet Union menyokong Mesir. Dunia ketika itu tegang.
Perang Ramadan ini mengubah rupa bentuk dunia Arab. Kekalahan pada tahun 1967 kini telah dibalas. Ketika perang ini juga gerila-gerila Palestin yang telah berkampong di Lebanon telah bergerak cergas menyerang Israel dari Selatan Lebanon. Tentera zionis kelihatan telah dipukul hebat. Malah dari segi saikoloji apabila tembok pertahan Bar Lev dapat ditembusi maka semua pertahanan zionis Israel tidak lagi selamat. Mitos tentang kekebalan Israel punah ranah. Mitos tentang kecekapan tentera Israel terbongkar. Arang yang terconteng di muka Mesir dan Arab telah dibersihkan.
Anwar Sadat yang dahulu dianggap ‘ budak kemetot’ kini dinobatkan sebagai wira baru untuk dunia Arab. Sadat telah berjaya mengalahkan bala tentera Israel. Hafiz al-Assad Presiden Syria juga turut sama menerima julangan dari warga Arab.
Paling memeranjatkan ialah tindakan solidariti bersama rakyat Mesir dari al-Malik Faizal. Raja Saudi ini telah mengarahkan semua pam, saluran, talian, laluan dan tangki minyak dihentikan. Tidak ada setitik minyak yang mengalir keluar dari Saudi Arabia. Langkah al-Malik Faizal ini menggemparkan dunia kapitalis. Harga minyak mentah melonjak naik. Dari sinilah munculnya sejarah petrodolar dan kuasa Opec. Disinilah bermulanya kesah kekayaan negara negara Arab pengeluar minyak.
Tetapi kaum zionis dan kaum pemodal terus merancang. Setahun kemudian al-Malik Faizal ditembak mati oleh anak buahnya yang baru balik dari Amerika Syarikat. Si pembunuh ini telah ditafsirkan tidak waras. Tetapi kematian raja Saudi ini dilihat sebagai satu konspirasi untuk memastikan tidak ada lagi raja atau emir atau pemimpin Arab yang berani melakukan tindakan yang menentang kepentingan imperilais dan kaum pemodal. Pembunuhan Faizal adalah langkah untuk menakutkan pemimpin Arab dan pemimpin negara Dunia Ketiga yang lain agar jangan berani ‘ngelencong’ dari dasar pro Amerika dan pro Israel.
Sementara itu di Mesir Presiden Anwar Sadat semakin menampakan belang politiknya. Dengan penghormatan yang telah diberikan oleh rakyat Mesir dan warga Arab, Sadat telah menjadikan dirinya lebih berani. Sadat perlahan-lahan meninggalkan dasar ekonomi sosialis Naseer. Kuasa dan harta kekayaan telah mula mengkaburi mata Sadat. Dalam masa yang sama jarum Amerika dan zionis telah mula merasok Anwar Sadat.
Dengan alasan Soviet Union enggan memberikan senjata senjata terbaru dan tercanggih, Sadat mula rapat dengan Amerika. Ketika ini seorang zionis bernama Henry Kessinger telah melihat bahawa Sadat boleh dimasukan ke dalam saku Amerika. Maka bemulalah apa yang dipanggil ‘ diplomasi ulang alik ‘ – Kessinger berulang alik antara Cairo dan Tel Aviv untuk menyediakan pentas agar dua musuh ketat ini dapat duduk semeja dan berunding.
Ini sebenarnya ialah perancangan licik kaum zionis untuk memisahkan Mesir – negara Arab terkuat - dari perjuangan Arab Palestine. Rancangan telah dibuat untuk memandulkan Mesir dari memainkan peranan sebagai pemimpin negara Arab. Satu ketika dahulu pernah menjadi kata-kata klise : buku ditulis di Mesir, di cetak di Lebanon dan di baca di seluruh bumi Arab. Inilah hakikat penghormatan yang diberikan kepada Mesir pada satu ketika dahulu. Ini kerana Mesir ada gudang dan sarang pemikir Arab manakala Lebanon hanya penuh dengan kaum pedagang.
Akhirnya kaum zionis dan imperialis Amerika berjaya dengan projek memandulkan Mesir. Perjanjian antara Mesir dan Israel ditanda tangani oleh Anwar Sadat dengan Menachem Begin bagai pihak Israel pada thun 1978. Jimmy Carter sebagai Presiden Amerika telah menjadi saksi. Ini dinamakan Perjanjian Camp David.
Perjanjian damai antara zionis Israel dengan Mesir ini membawa implikasi yang maha dalam. Ianya menusuk ke jantung dan nadi perjuangan rakyat Palestine. Mungkin ramai yang kurang sedar bahawa PLO itu ditubuhkan di Mesir atas dorongan Presiden Nassser. Di zaman Naseerlah PLO memulakan slogan : berjuang hingga menang. Kini perjuangan rakyat Arab menentang zionis Israel telah tempang.
Dari segi ekonomi Sadat memulakan apa yang dipanggil dasar ‘infitah’. Infitah adalah dasar penswataan dan keterbukaan. Mesir mula dibuka kepada kaum pemodal antarabangsa. Banyak syarikat kepunyaan negara kini di swastakan. Dengan perlahan-lahan tentera yang dibangunkan oleh Nasser sebagai perjuang Arab kini dirasuah dan di beli oleh oleh Sadat. General dan ketua tentera mula menjadi CEO, pengarah syarikat atau peniaga. Israel yang dahulunya dilihat sebagai musuh kini menjadi rakan niaga.
Dasar Sadat ini ditentang oleh kaum kiri, parti Ikhawan dan parti lama Anwar Sadat sendiri. Parti Islam terus menjadi sasaran kerana Ikhwan Muslimin atau Parti Muslimin Adik Beardik ini dibaca oleh Sadat sebagai penentang tegar dasarnya. Kaum komunis dan kaum kiri Mesir juga menerima pukulan hebat dari Sadat. Penentang-penentang Sadat ini banyak yang berakhir dalam penjara dan diseksa.
Kaum kapitalis, kaum pemodal, imperialis Amerika dan Israel merayakan Sadat. Sadat diperlihatkan sebagai contoh pemimpin Arab yang berani membawa perubahan untuk rakyatnya. Lubang-lubang Sadat - lubang atas dan lubang bawah kembang kempis kerana julangkan ini. Pembelotan dan kezaliman Sadat ini sentiasa diperhatikan dengan rapi oleh rakyat Mesir dan Palestine. Kritikan dari pemimpin Arab yang melihat Sadat belot dari perjuangan Arab telah tidak diendahkan oleh Anwar sadat.
PLO dan perjuangan rakyat Palestine menerima pukulan yang terok. Tanpa sokongan Mesir PLO kini menghadapai banyak masalaah. Tekaan terus dikenakan kepada PLO dan orang-orang pelarian Palestine. Wilayah selamat PLO di Lebanon juga berakhir. Perjuangan gerila Palestin makin terdesak.
Anwar Sadat kini merasa bahawa dirinya telah diterima sebagai salah seorang pemimpin dunia yang unggul. Sadat mendapat hadiah Nobel. Dia disambut dengan permaidani merah di Rumah Puteh dan di Tel Aviv. Media barat juga mengangkat-angkat Sadat hingga ke awan. Media Barat juga tidak jujur. Medua Barat tidak melaporkan tentang penjara Sadat yang penuh dengan tahanan politik.
Semuanya berubah pada pagi 6 – Oktober 1981 apabila Lefternan Khalid Islambouli dari kumpulan Jihad Islam menembak mati Presiden Anwar Sadat. Presiden Sadat ketika itu sedang menyaksikan perarakan tentera untuk mengingati hari tentera Mesir berjaya melintasi terusan Suez dan memecahkan tembok Bar Lev Israel pada Oktober 1973. Di hari yang bersejarah itu Anwar Sadat dibunuh. Anwar Sadat digantikan pula oleh Hosni Mubarak. ( TT)
nota:
Akan disambung bahagian ketiga
minggu hadapan.
nota:
Tulisan ini telah disiarkan
dalam Suara Keadilan minngu ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
20 ulasan:
ini yang best blogger isham rais dengan cerita2 begini dan thoughts segar , ...
- anwar sadat - bro isham terjemahan makna namanya tu mmg hebat sbb ada anwar - iaitu banyak cahaya , plural kpd nur (satu cahaya) , kemudian ada saddat iaitu banyak tuan plural kpd sayyid (satu tuan) lebih kurang maknanya : SUPER KETUANAN CAHAYA , lebih hebat dari segala ketuanan melayu ... hehehe
- ketika sadat mengempur israel , beliau disupport dengan penuh tulus dan ikhlas oleh parti islam adik beradik dan para ulama azhar dan rakyat yang ikhlas syahid . malah ada cerita ulama azhar mimpi menewaskan israel bukan dengan peluru tapi air ... dan sangat sayang sadat (khabarnya beliau dulu pun ikhwan juga(?)) akhirnya belot dan disedut oleh keparat amerika kassinger israel maka jadilah sadat 'kebencian' rakyat mesir kerana menggadai mesir
.... gua teringat ketika gua melawat muzium askar mesir , ada gambar sadat terpampang , aku minta seorang rakyat mesir tolong klik ambikkan aku bergambar sebelah gambar sadat tu , aku nampak keralatan pada wajahnya barangkali dalam hatinya berkata 'takpelah aku ambil gambar kau hai orang melayu yang tak tau betapa celanatnya sadat tu'
kalau g duk saudi , kita dapat rasakan cerita malik faisal disenyapkan , mmg adik beradiknya respek pada malik faisal tapi perihal syahidnya tidak dibicarakan , masa malik faisal hidup mmg dia godfather yang semua adik beradiknya takut pada dia malah dia le yang menyusun rancangan gulingkan abang dia sendiri (iaitu malik saud raja kedua lps pak depa raja aziz) dengan dakwaan abang dia memboroskan wang negara (mmg mcm adapun dan malik saud tak spt faisal yang warak dan berani) lalu saud pun lari merajuk ke negara greek lalu wafat disana ... , tapi sayang arab takde telor (melayu lagi telor terkecut ke dalam) dgn mainan pembunuhan malik faisal semuanya menikus hingga berdekad2 lps tu baru rakyat bangkit spt skrang ...
best to read
Fuck u mubarak di mesir & mubarak di mana2.
aku masih ingat waktu A. Sadat, meninggal dunia, mubarak inilah yang membaca ayat "Ya ayyuhal nafsul muttmainnah, irji'ii ilaa rabbika raadhaitan mardhiah...
Akhirnya mubarak telah menjadi mahafiraun mesir & mengkhinati "Mesir, Padang Pasir & Naser"
Salut untuk pilihan dijalanraya.
terima kasih sham..
terima kasih atas pencerahan
Wow! Bagus tulisan ni. Garapan yg menarik.
Harap TT boleh bykkan tulisan mcm ini lagi.. walaupun aku suka buat onar kat sini hehehehe.
p/s: agaknya, adakah perjuangan Mesir betul2 tercapai dengan menjatuhkan Hosni Mubarak?
Bro kan lebih baik arab yahudi berbaik2 drpd bermusuh,bukankah mereka begitu rapat sejak zaman jahilliyah dan sebelumnya lagi,satu dua kes masa zaman nabi tak boleh dijadikan ukuran,beberapa isteri nabipun org yahudi,masa nabi bisnispun kawan2 ramai yahudi,sedangkan sesama arab lebih teruk peertelingkahannya ketika itu,tiga khulafa al rasyidin arab yg bunuh..selepas nabi wafat yahudi masih kamcing dgn arab,di mana2 dunia di mana ada arab di situ ada yahudi,di penang pernah ada jln yahudi ,di s.pore pun..di zaman kekhalifahan yahudi menjadi think tank dan berkedudukan tinggi,org yahudi biasalah mereka cintakan ilmu jadi zaman purba mereka dikenali sebagai bangsa pendita...akhirnya baru ketika negara israel wujud arab dan yahudi benar2 bermusuh itupun hanya pada awalnya,sekarang yg masih bermusuh tu yg tak kenal sejarah...
memang layak yahudi dapat tanah sekangkang kera tu ..majoriti sejarah di tanah itu related dgn agama yahudi..lebih byk kebaikan yg arab dan muslim dapat dgn berkawan dgn yahudi drpd bermusuh,dulu2 org kristian yg pantang jumpa yahudi mereka memang memusuhi di mana2,org yahudi dikatakan yg membunuh nabi isa sedangkan nabi isa yg diorang pujapun yahudi,sebaliknya org islam ketika itu melindungi malah mendapat manafaat,andalusia terkenal dgn lubuk ilmu kerana peranan besar yahudi,kalau harap arab sahaja tak mungkin boleh pergi sejauh itu kecuali bangsa iran yg ramai pencinta ilmu sejak zaman purba,saintis islam ramai dari iran contoh ibnu sina dan al razi sebagainya,pengumpul hadis bukharipun bukan arab tetapi org tajik....
org arab sekarang penuh dgn duit tapi kurang cerdik,org yahudi kaya ilmu kalau mereka join seluruh padang pasir boleh tukar jadi hutan,dlm beberapa tahun benua arab akan jadi pusat menimba ilmu,dan beberapa dekad selepasnya mereka akan menjadi negara pengeluar teknologi untuk manafaat manusia sejagat semuanya dgn otak yahudi..dan seluruh umat islampun boleh ambil manafaat..saya tak nampak apa yg org dapat dgn memusuhi yahudi.
mereka yg mengkaji sejarah arab israel sejak sebelum islam dan selepas sehingga berdirinya negara israel dgn iklhas akan faham apa maksud tulisan saya.
tebing barat,gaza dan bkt golan mesir,jordan dan syria boleh dapat balik kalau runding seperti apa yg anawar sadat lakukan,tak perlupun wujud negara baru pula.
jadi rakyat palestin kembali menjadi rakyat negara sebelum kalah perang dan dirampas.
Sejak dari 1960an, UMNO Johor telah menerapkan syariah Islamiyah dalam pendidikan rakyat Johor. Sebab itu sekolah agama di wajibkan untuk semua anak Johor mengikutinya di waktu petang selepas bersekolah kebangsaan di waktu pagi.
Sekolah agama ini pula bersistem dan berakademik. Seawal umur 13tahun, majoriti anak Johor sudah menguasai ilmu muamalat, munakahat, tasauf, jenayat, pembacaan dan hafalan al-quran, hadith dan tafsiran, sirah, tauhid, ibadat dan sebagainya.
Padahal, jika di negeri lain. Sewaktu berumur 17 tahun baru nak belajar benda ni semua di sekolah menengah kebangsaan. Dan lebih teruk, ada yang bila masuk universiti baru nak tahu. Ish ish ish.
No wonder lah, Johor kubu kuat UMNO la kan? Sebab UMNO Johor membawa syiar Islam yang bernilai, lebih bernilai dari PAS. Noktah.
Tapi.. UMNO Johor je lah, UMNO tempat lain aku tak tahu. Keh keh keh!
kena beli.
terbaik dan penuh informatif. dari seorg yang byk ilmu dan suka membaca sejarah !!! tahniah
Yahudi Ok ..but Zionist tak Ok...
sekarang yang ada kat Israel tu Zionist..bukan yahudi...ha ha ha.
Sebab Zionist kata hanya orang Yahudi sahaja orang...bangsa lain tu hamba taraf binatang....bukan salah bangsa atau agama tetapi Fahama atau ideologi seseorang...
begitulah TT
duit, harta dan kuasa terlalu mudah mengubah pegangan dan agama seseorang waima seorang yang paling tegar.
apatah lagi jika dia cuma orang biasa yang bernafsu seperti zol,jzam, longkman, zahreen, brahing dan gobla serta mereka yang sekutu dengannya.
salam
salam,
apakah kehebatan gamel abdul nasee? apakah sumbangan beliau? Beliaulah yang menindas masyarakat mesir. Pejuang2 islam di bunuh dan diseksa. Pembunuhan Hassan al banna, sayyid qutb adalah diantara ribuan yang dibunuh. Masyarakat mesir diperintah oleh diktator sejak zaman Gamel abdul naseer. Gamel abdul naseer dan kamal al tartuk sama sahaja. Penghapus islam di negara arab. Rakyat dihalang dgn pelbagai benda. Anwar sadat juga sama. itu sebab dia dibunuh oleh tentera nya sendiri.
Mantap..ceritalah lagi..
Jgn Tngk revolutioneer arab je..Adolf Hitler pun berjasa gak..
tak caya baca buku mein kempf..
Rakyat jerman juga di tindas oleh kaum pemodal gak mase tu..
INGAT KITA BOLEH PERCAYA KE DGN KUASA BESAR AMERIKA DAN SOVIET TU? MEREKA TU KAN ORG2 KAFIR... SAMA MCM ZAMAN NABI DULU ADA ROM (TIMUR DAN BARAT) DAN ADA PARSI (MAJUSI), SAMA JER DIORG NI... DI BELAKANG TABIR MEREKA BERPAKAT UTK MENGAHNCURKAN ORG2 ISLAM... KALAU DIORG BERI/BEKAL SENJATA, ITU ADALAH UTK MENGABUI MATA ORG2 ISLAM...
SAMA MCM KES PARTI KOMUNIS MALAYA DGN TENTERA BRITISH KAT MALAYSIA, SENJATA PKM SIAPA YG BEKAL? BUKAN KE BRITISH! BRITISH BERMUSUH DGN PKM? YA...TAPI SEMASA LAWAN JEPON, MEREKA BERSATU...POLITIK... SELEPAS JEPON KALAH, PKM BELASAH ORG2 MELAYU...AGAK2 ATAS ARAHAN SAPER? SELEPAS TU..DTGLAH TENTERA BRITISH (BMA) SEBAGAI PENYELAMAT..RAMBO... SEMUA NI NAK TIPU MELAYU...
MALAYAN UNION PON SAMA... MELAYU BOLEH BERDEMONSTRASI??? WAH HEBAT ORG2 MELAYU...ASKAR DN SB BRITISH TENGOK AJER...SAMA MCM PERHIMPUNAN DEMONSTRASI UMNO BUAT, POLIS TENGOK AJER...
KALAU BETOL2 AMERIKA DGN SOVIET BERGADUH... TAKDERLAH DIORG TERUS2AN JD KUASA DUNIA MASA TU... MESTI DUA2 DH BERKUBUR... TAPI INI SEMUA UTK, THE WHITE MAN SUPREMACY... ORG2 KULIT PUTIH GOG AND MAGOG (YAKJUJ WA MAKJUJ) MENGUASAI DUNIA....MEMBAWA TANDA2.SIMBOL MUSUH ALLAH...SALIB.
SEMUA KONSPIRASI NK MENIPU MELAYU...
YG LAGI BYK BAWA SLOGA, ITULAH YG PALING BANYAK TIPU ORG... ASIA UTK ASIA, KAWASAN SEKEMAKMURAN TIMUR ASIA, JEPON PENYELAMAT ASIA, 1MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN...
DUNIA PENOH PENIPUAN...
Woih mat tahu sumbat 2:51, ini sejarah Mesir lah, kau ada faham ke.. Yang kau sumbatkan unmo Johar dalam ulasan ini untuk apa? Kau ingat dengan ulasan kau tu jadi sejarah dunia. Johor tu tunggu masa aja. Jangan lah kau nak khubah konon-konon. Syariah Islamiyah dalam pendidikan untuk rakyat Johor tu boleh jadi contoh...Bandar Kluang sudah dapat titik pelacuran gelaran tahu... Johor Baru dah jadi bochai, kau ni sekarang tahap berapa dalam UMNO. Kalau setakat pencacai, kau bersehkan dulu najis-najis yang bersepah tu... Faham
1, bro adakah wajar gamal nasser diagungkan sebagai pemimpin arab , sekarno pemimpin melayu dan mahathir pemimpin melayu msia ????
2. nanti bro sambungkan kisah khalid istambouli dengan penuh dramatik ... khabarnya sangat klasik cara pembunuhannya dan lps bunuh member rilek dpn tv dirumah tgk tv berita dia bunuh sadat tu sambil tunggu polis datang cekup dia ... k , kisahkan bro dengan detail dan dramatik
3. dari kisah lu bro menunjukkan mesir mampu menjadi kekautan tentera yang hebat dan mesir negara yang subur boleh menjadi maju gila malah kaherah pd tahun 50an adalah bandaraya besar dunia ketika kuala lumpur masih hanya kampung cerok
4. sayang sadat dia boleh dapatkan syahid dan syurga spt malik faizal tetapi memilih sebaliknya ...
to anonynous 2:51
antara sebab kenapa aku benci sangat mamat2 dari JOHOR.....
pasal derang selalu rasa yang JOHOR ni best sgt....
tambah pulak derang ni penyokong totok UMNO...
kena pulak UMNO JOHOR....
pehhhhh
memang meluat aku kat derang nih...
lu, anonymous 2:51 telah berjaya manambahkan lagi benci aku kat JOHOR dan UMNO JOHOR.
terima kasih
The Great Cyrus had liberated jews from the tyranny regime of Babylon.
Now the revolutionaries people of Egypt need another Great Cyrus in liberating Egyptian and the government of from the Anglo American-Zionist lobby.
Catat Ulasan