Selasa, 10 Mei 2011

KENYATAAN RASMI



PARTI KEADILAN RAKYAT - KENYATAAN MEDIA


Isu Agama Rasmi Hanyalah Satu Propaganda Jahat UMNO/BN

10 Mei 2011:



Muka hadapan akhbar milik UMNO Utusan Malaysia pada 7 Mei 2011 memaparkan tajuk “Kristian Agama Rasmi”. Tajuk tersebut secara terang-terangan cuba menimbulkan provokasi terhadap hubungan masyarakat pelbagai agama di negara ini. Hakikatnya sentimen agama digunakan untuk melaga-lagakan penyokong Pakatan Rakyat melalui congak politik kuno mereka. Selepas melontar berita palsu, siri lapuran polis oleh badut-badut UMNO/BN pula direncana untuk menunjukkan bahawa merekalah jaguh mempertahankan maruah orang Melayu dan Islam.

Setelah setengah abad diberi amanah mentadbir negara UMNO/BN sebenarnya telah gagal untuk memastikan kecemerlangan Islam sebagai agama rasmi. Nilai-nilai agama dalam masyarakat lansung tidak diberi perhatian. Sekolah Agama Rakyat dipinggirkan. Gerakan dakwah dinafikan hak untuk memanfaatkan institusi agama seperti masjid dan surau. Jabatan-jabatan agama dijumudkan untuk kepentingan politik sempit mereka sahaja. Akhir jenayah sosial di kalangan generasi muda Islam gagal dibendung.

Parti KEADILAN Rakyat ingin menegaskan bahawa Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sepakat untuk mempertahankan empat perkara pokok dalam Perlembagaan Malaysia iaitu:

1. Islam sebagai agama rasmi Persekutuan manakala agama-agama lain bebas diamalkan dengan aman.

2. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Persekutuan.

3. Hak-hak istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera.


4. Kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Parti DAP sudah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan berpegang kepada konsesus Pakatan Rakyat yang akan mempertahankan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan penganjur program berkenaan (National Evangelical Christian Fellowship, bersama rakan-rakannya yang lain, Global Day of Prayer, Marketplace Penang dan Penang Pastors Fellowship) dengan tegas menyangkal dakwaan blog-blog yang menjadi rujukan Utusan sebagai satu pembohongan dan tidak berasas sama sekali. Pertemuan tersebut sebenarnya membincangkan isu berkaitan rasuah dalam negara.

YB HJ AHMAD KASIM
Pengerusi
Biro Pemahaman & Pemantapan Agama (BiPPA)
Tel : +6019-441-6522
eMail : mpkk08@gmail.com


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Islam mazhab UMNO hari-hari makan rasuah. PAS pun Islam juga. Byk jugak MP PKR yang beragama Islam dan Melayu.

Islam tak semestinya UMNO sahaja. PAS dan sebahagian PKR jugak beragama Islam.

Ayuh kita tolak Islam sesat UMNO......

Tanpa Nama berkata...

Pertemuan tersebut sebenarnya membincangkan isu berkaitan rasuah dalam negara.

Hairan juga LGE buat pertemuan bincang ttg rasuah? tak kena platform. nasihat cuma jgn main api sudah lah. Nanti bakar diri sendiriii

Tanpa Nama berkata...

sori a bit a far-fetched with agama at random: Like Jebat, Anwar also must be removed by the authority of Malay Right in defence of The Ketuanan. So all institutions of The Great Daulah is 'divinely responsible' to discharge their duty at all cost with all available weaponry - or the one and only crutch will be removed, their loot confiscated and the rogues charged who have made the mlys attitudinally retarded from deceptive promises after promises, slogans after slogans till their DEB and lingua franca doomed. The latest transformasi is a glaring rhetoric to them whose 'revolusi mental' had been a sickening national failure as ushered by their supposedly kamikaze-thinkers.Today were poached eggs broken from all departments hatched The British-guided acts (rf: Pangkor Treaty 1875) to harness the mlys from meddling into the administration. It is where the clerics have lost their conscience to uphold the truth but - their masters till they endorsed the sumpah laknat. Since when did they defeated The British? Non-mlys can do nothing but to clap hands as innocent bystander silently chanting: go ahead, strip naked your brother! If any justice at all is to see that all of us to be pure Msians survive by democratic merits. Mlys know not that.With KeAdilan its just another utopia in a mly land of an amuck society. So come this GE 13, PR can forget to win without hammers stop hitting and where religion is put forward as a pond all the mly poltical titans will naturally turn the table siding Islam however legally or morally wrong.Did we heard elsewhere cahoot chanting: kafir harbi, kafir harbi? What a civilized woe a true Msian can be.

mat teropong berkata...

pengarang utusan perlu dihukum kerat telor beri makan anjing.

osama laden berkata...

wat utusan meloya....kami kat sabah sarawak selama ni hidup aman dmai, dalam satu rumah ada pelbagai agama so kalu bangang dan membodek sngat x de masalah tapi jngn menyusahkan orang.....kecik kecik taknak lingkup ...dah tua nyanyuk menyusahkan orang.

Tanpa Nama berkata...

Inilah taktik UMNO sekian lama dari dulu kini dan selamanya...aku setuju dengan kenyataan Tuan Guru Haji Hadi - ini satu provokasi sempena PRU, lepas tu konon isu ini ancam keselamatan negara, tokoh-tokoh politik Pembangkang kena ISA - inilah caranya bila setiap kali UMNO terdesak, ingat diaorang boleh lepas ke jawatan dan kekayaan? sebab tu negara2 seperti malaysia ni jatuhkan kerajaan cara pemberontakan spt terjadi hari ini.