Isnin, 20 Jun 2011

MAT BISUL BELUM BAYAR HUTANG




KENYATAAN MEDIA
19 Jun ’11 (Ahad)
SIASAT ZUL NORDIN


Pihak polis diminta menyiasat kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Baru iaitu YB Zulkifli Nordin berkaitan kononnya Anwar Ibrahimlah individu yang mengarahkan beliau dan beberapa orang melakukan onar ketika era Reformasi tahun 1998. Ucapan beliau telah dipetik oleh media upahan UMNO iaitu TV3 semasa beliau berceramah di Penaga, Pulau Pinang dan disiarkan sewaktu slot Buletin Utama malam semalam.

Dalam ceramahnya, beliau mengaku kononnya Anwar Ibrahim telah menyuruh beliau dan beberapa pimpinan lain sewaktu itu membuat huru-hara di ibu kota, membakar Masjid India dan sebagainya. Ucapan ini jelas menunjukkan bahawa beliau mengaku bertanggungjawab terhadap huru-hara yang terjadi ketika itu dan bukannya mereka yang berdemonstrasi sedangkan ketika itu umum mengetahui perhimpunan pastinya berjalan dengan aman sekiranya tanpa gangguan dan provokasi pihak polis

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) yakin tujuan beliau tidak lain tidak bukan hanyalah untuk memburuk-burukkan Himpunan Bersih 2.0 yang akan berlangsung pada 09 Julai ini. Mengapa beliau menunggu sehingga 13 tahun baru nak membongkar kejadian ini.? Mengapa selama ini beliau mendiamkan diri? Kalau benarlah kononya arahan itu datangnya daripada Anwar Ibrahim ketika itu, bagaimana beliau seorang yang cukup bijak hal undang-undang boleh menjadi ‘pak turut’ yang setia membabi buta? Ini membuktikan beliau seorang yang boleh digelar ‘sesumpah’ kerana akan berubah warna mengikut persekitaran tertentu. Beliau lupa yang kemenangan yang beliau perolehi di Parlimen Kulim Bandar Baru adalah disebabkan kebangkitan rakyat susulan Himpunan Bersih yang diadakan pada November 2007 dahulu.

DPPP akan membuat laporan polis berkaitan isu ini dan berharap pihak polis menjalankan siasatan dengan telus tanpa ada menyebelahi mana-mana pihak. Pihak polis harus menjalankan siasatan yang menyeluruh terhadap dakwaan ini. Jangan hanya bertindak kepada satu pihak sahaja sedangkan gaji Polis dibayar oleh rakyat bukannya UMNO/BN. Kepada YB Zul Nordin, berhentilah daripada menjadi ‘badut sarkas’ UMNO/BN.

YB Ust.Firdaus Jaafar
EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat


6 ulasan:

yes berkata...

Agak agak nya Zul pernah dengar tak " Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan merasa"

Tanpa Nama berkata...

ala pak ust sudah la citer pasal nak siasat ni. mana hukum munafiq? tak pakai atau tak bisa diluluskan oleh PAS that had hold the helm for all these years in k'tan without one such a precedent. don,t make Islam also mati pucuk la dek cakap berdogar-dogar. Ini mat bisul sudah banggunkan itu iblis dlm kalbu sebab sudah tidak dipedulikan, didisishkan, dibakulsampahkan oleh kekawan yg meluat dgn sikap bigotry-nya. kutuk kawan ni bukan kerja Islam yg dia konon perjuangkan. maka itu pak ustz jgn layan sbb dia orang yg untung. jika ada pasal dlm undang-undang ,sendiri buat saman. tak payah la suruh suasat-miasat. Go to the point and get the subject since fatwa dah tak laku dlm perlembagaan. mengadu-merenggek ni mcm org umnoo je.Stop it! You now play the role as true moslem. See face to face and get some actions.

Tanpa Nama berkata...

RPK kata si ZUL ni munafik....

opisboi berkata...

Zul kulum sejak dapat nyonyot kopek bik mama makin lama makin meroyan..

Tanpa Nama berkata...

la ni cakap anwar suruh dia buat onar masa tu. lepas ni dia tambah meroyan cakap 'anwar dah buat onar pada saya' pulak . pi duduk hutan (baca dok bawah kopek big mama)la zul haprak wei.

Tanpa Nama berkata...

Penaga,kg aku tu cheh!tercemar lah kg aku kalau taik ni dtg...ada ka org penaga dengaq dia punya ceramah????