Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Jumaat, 12 Ogos 2011

LAGI AMARAN TUJUH HARI - ANAK MUDA BERSEDIA!




ANAK MUDA BERSEDIA






nota:
anak muda bersedia untuk
turun ke jalan raya!








ISU MTPR-MYKAD : PAS BERI KDN TUJUH HARI - harakah daily

Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS memberi masa tujuh hari kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuat penjelasan berhubung isu pemastautin tetap menjadi warganegara dan didaftarkan sebagai pemilih.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya Mohd Sany Hamzan berkata, sekiranya KDN gagal berbuat demikian, pihaknya akan membawa perkara tersebut terus kepada Perdana Menteri.

Jabatan Pilihan Raya Pemuda PAS hari ini menyerahkan memorandum kepada KDN menggesa siasatan dilakukan ke atas pendedahan dan laporan media berhubung isu ini.

Laporan Harakahdaily menyebut memorandum tersebut menuntut KDN menjalankan penyiasatan ke atas isu ini secara menyeluruh dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melakukan pengkhianatan terhadap negara.

Selain itu, KDN digesa memerangi tindakan ini semaksimum mungkin dan tidak membiarkan tindakan in berlaku pada masa akan datang.

Turut dituntut agar pihak yang terlibat dalam konspirasi ini didedahkan kepda umum sebagai pengajaran kepada orang ramai dan memastikan keselamatan dan kedaulatan negara sentiasa dipelihara daripada ancaman pihak tidak bertanggungjawab.

“Pemuda PAS merasakan tindakan menukar status taraf pemastautin tetap kepada warga negara adalah kerja politik untuk meneruskan kesinambungan tampuk kekuasaan parti yang memerintah.

“Ia bukan semata-mata kerana kesilapan teknikal yang menyebabkan status mereka dalam pangkalan data jabatan Pendaftaran Negara tidak dikemas kini sperti mana jawapan klise JPN sebelum ini,” katanya selepas penyerahan memorandum di Putrajaya.

Sany turut menegaskan sekiranya Najib Razak juga gagal memberikan penjelasan, Dewan Pemuda PAS akan mengadakan perhimpunan aman ke Istana Negara meminta Yang di-Pertuan Agong campur tangan.

“Jika Perdana Menteri pun tidak mempedulikan tuntutan kita, Pemuda akan mengadakan perhimpuann aman ke istana negara untuk menyerahkan memorandum ini kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Pemuda PAS Khairul Faizi Ahmad Kamil kesal dengan sikap Hishammuddin Hussein yang tidak serius untuk menyelesaikan isu tersebut mahupun sekurang-kurangnya menerima sendiri memorandum tersebut.

“Menteri hanya hantar pegawai yang masih muda dan ternyata tidak boleh membuat apa-apa kenyataan.

“Padahal kami sudah hantar surat awal-awal lagi, maklumkan untuk serah memorandum ini,” katanya.

NOTA:

ini baru betul
beri tujuh hari
kalau tak ada jawapan
kalau tak di pedulikan
kalau tak ambil pot
kalau tak ada jawapan

dalam masa 7 hari
akan di susun kembali
ke jalan raya sekali lagi

suasana telah jelas
sokongan terhadap pakatan rakyat semakin melonjak
kemenangan dalam tangan

tetapi jika kalah
maknanya penipuan telah berlaku
apa yang kita baca dan dengar sekarang
ialah rancangan penipuan demi penipuan

justeru
sistem piliharaya perlu dibaiki
4 tuntuan rakyat perlu di jalankan

kita ke jalan raya
sebelum ke pilihanraya


SATU LAGI

minggu lalu yb salehuddin ayub
telah meminta diadakan persidangan parlimen tergempar
yb ini telah memberi 7 hari
untuk najib beri jawapan

7 hari telah sampai
orang ramai nak tahu apa jawapan najib

7 hari telah sampai
orang tramai nak tahu ada atau tidak ada persidanga parlimen

kalau najib tak jawab
apa tindakan susulan?

awas!

para politikus jangan cakap ikut sedap mulut
kita telah masuk ke zaman dimana maklumat bertaboran
di mana maklumat bukan tidak dapat di monopoli

rakyat tak mahu lagi kena kelentong
rakyat tak mahu lagi kena tipu

cukuplah gerombolan sahaja yang menipu


NOTA:
sudah ada dua kali 7 hari
jangan di jadikan 7 kali 7
ini menipu namanya
kah kah kah

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

7 hari !!!!????
7 hari !!!!????
7 hari !!!!????

So
penjual aiskrim
penjual kuil-muih
penjual air-sirap
penjual nasi-lemak
penjual baju hujan
penjual air-berbotol
dan penjual masing-masing
get ready your stock
Ini-lah bisnes chance baru akan datang

Kah.kah.kah........
Kah.kah.kah........
Kah.kah.kah........

make sure "walk your talk"


“All that is necessary for the triumph of evil is for good men to do nothing.”
Edmund Burke quote


RAKYAT dah fed-up dengan janji kosong bukan air kosong...

Kah.kah.kah........
Kah.kah.kah........
Kah.kah.kah........

Revolusi_Malaysia berkata...

7 kali 7? kekekeke...
kenape tak tulih 7 campur 3?

pemuda_sg4. kawan tunggu komen anda.

ni baru amaran sini amaran sana si sardin ajubi buat...

belum lagi tengok si sardin ajubi ni pi demo...

belum lagi tengok si sardin ajubi ni tetiba je melawan masa tangkap ngan polis bile depan kameraman2 dan wartawan2...

gila babi berani dan kental o si sardin ajubi ni...

Tanpa Nama berkata...

TT, ada kemungkinan tak ahli politikus tak mebaca blog ni?

Kalau benar ada politikus yang tak baca blog TT, maknanya politikus tu mungkin 1) malas membaca 2) tak cool 3) skema.

Harap harap politikus PAS tu adalah pembaca blog TT, kalau tidak maknanya bersedialah utk digelakkan lagi.

Tanpa Nama berkata...

Kesian dapat PM, PM yang pekak...

anak nelayan pontian berkata...

KESIAN DAPAT POLITIKUS YANG KUAT MELALAK. HABOK PUN TARAK