Ahad, 23 Oktober 2011
ANAK MUDA BANGUN MELAWAN
SEDIA BANGUN MELAWAN
KUMPULAN AKTIVIS MAHASISWA INDEPENDEN
Minta maaf, tarik balik penggantungan dengan segera atau berdepan dengan demo lebih besar
Solidariti Mahasiswa Malaysia telah berjaya menyerahkan memorandum menuntut kebebasan akademik kepada Timbalan Rektor UIA tempoh hari. SMM juga ingin mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih kepada mahasiswa yang bersolidariti menuntut kebebasan akademik di UIA tempoh hari. Tidak lupa juga ucapan tahniah dan terima kasih kepada Timbalan Rektor UIA yang berani turun dan menerima memorandum daripada SMM.
KAMI mengecam kenyataan rector UIA Prof. Dr.Zaleha yang mengatakan tujuan penggantungan adalah untuk siasatan dijalankan dengan baik. Apa yang sepatutnya dan betul untuk dilakukan ialah siasat dahulu barulah diberi hukuman/tindakan sekiranya bersalah. KAMI menggesa rector UIA supaya tarik balik penggantungan dengan kadar segera, minta maaf kepada Prof Aziz Bari atau akan berdepan dengan demonstrasi yang lebih besar daripada semalam dalam jangka masa yang terdekat ini.
Siasatan harus dilakukan dengan adil dan telus tanpa sebarang campur tangan ahli politik. KAMI percaya ada tangan-tangan ghaib yang cuba menganiaya Prof Aziz Bari memandangkan kenyataan-kenyataan Aziz Bari diliihat sering tidak memihak kepada parti pemerintah.
KAMI juga mencabar pihak UIA atau mana-mana pihak sekalipun, sekiranya apa yang dikatakan oleh Prof Aziz Bari bahawa sultan tidak boleh dikritik adalah salah, maka tampilkan seorang ahli akademik untuk berbahas dengan beliau. SMM percaya bahawa hujah harus dibalas dengan hujah dan bukannya dibalas dengan tindakan zalim.
KAMI ingin menegaskan bahawa demonstrasi semalam adalah anjuran penuh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan tidak ada kaitan dengan mana-mana ahli politik atau parti politik. Ianya adalah inisiatif sendiri sekumpulan mahasiswa yang berpegang teguh dengan prinsip kebebasan berakademik.
Ada juga pihak yang meremehkan usaha mahasiswa berdemonstrasi semalam. KAMI beri peringatan supaya jangan remehkan usaha mahasiswa. Kalau tak mahu ikut berjuang tak mengapa, tapi jangan remehkan mereka yang berjuang. Ianya adalah satu tindakan bodoh.
SMM akan mengadakan beberapa siri ceramah, kempen dan roadshow untuk menimbulkan kesedaran masyarakat mengenai prinsip kebebasan berakademik.
Sekian terima kasih,
Haziq Abdullah bin Abdul Aziz,
Presiden
Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen
Pimpinan Front Solidariti Mahasiswa Malaysia
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
anak muda sudah mula marah.
anak muda sudah naik berang.
anak muda sudah tak tahan sabar.
anak muda sudah berani melawan.
pemimpin2 bn/umno tolong sedar.
jangan jadikan malaysia
macam mesir, tunisia dan libya.
lihat apa sudah jadi pada
mubarak, ben ali dan gaddafi.
UIA dah lama dendam...tapi takde point nak amik tindakan, bla prof Aziz Bari komen pasal raja apalagi amik tindakan...
ancaman fuhh. nasib baik tak letakkan ancaman dalam berapa hari atau jam. kalau tak sebijik dah macam UMNO. puihh.
Catat Ulasan