Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Rabu, 14 Disember 2011

HARI YANG BERSEJARAH




HARI INI DALAM SEJARAH TUKAR TIUB


ini adalah kenyataan paling bersejarah
ini adalah kenyataan sejarah
bukan kerana isinya bersejarah
tetapi
untuk pertama kalinya
naib presiden pkr ini telah mengeluarkan kenyataan
dalam bahasa melayu

tukar tiub bersyukur
kerana akhirnya naib presiden pkr ini sedar
bahawa 60% warga dalam negara ini menggunakan bahasa melayu
adalah diberi tahu kepada umum bahawa naib presiden pkr ini
amatlah rajin menulis kenyataan akhbar
hampir setiap hari
hampir setiap isu
hampir setiap ajenda
naib presiden pkr akan memiliki pandangan
dan akan mengelurakan kenyataan

tetapi semua kenyataan ini telah dibuang
dan tidak disiarkan kerana ianya ditulis
dalam bahasa yang mak cik dan pak cik felda tak faham

marilah kita berdoa beramai-ramai
agar kesedaran untuk mengunakan bahasa melayu
sebagai bahasa stratejik untuk perubahan akan terus
berkembang terutama kepada NGO NGO yang menyokong hak asasi rakyat
tetapi tidak menggunakan bahasa rakyat

tukar tiub berdoa agar ngo ngo ini
akan turut terbuka hati untuk mula menulis dalam bahasa melayu
amin!






KENYATAAN MEDIA: DAKWA TAIB MAHMUD DAN KELUARGA

Saya merujuk kepada surat bertarikh 13 Disember 2011 daripada badan-badan bukan kerajaan enam negara, yang mendesak penangkapan dan pendakwaan Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud dan 13 ahli keluarganya di atas penipuan, rasuah, rampasan tanah secara haram dan penyalahgunaan kedudukannya. Kekayaan Taib dan keluarganya yang diperoleh secara haram bukan lagi rahsia bagi rakyat Malaysia.

Selama bertahun-tahun individu, pertubuhan dan parti-parti pembangkang telah mendesak BN untuk menghentikan rompakan kekayaan dan hasil mahsul Sarawak oleh Taib. Tetapi tiada tindakan diambil terhadap Taib dan kroni-kroninya.

Fakta-fakta yang didedahkan di dalam surat ini amatlah memeranjatkan. Kepentingan keluarga Taib di dalam 14 syarikat sahaja bernilai RM4.6 bilion. Keluarga Taib dikenalpasti mempunyai kepentingan di dalam 332 syarikat Malaysia dan 85 syarikat asing. Aktiviti haram empayar Taib sedang diteliti di Australia, Jerman, Switzerland, UK dan Kanada. Syarikat-syarikat keluarga Taib telah diberikan konsesi balak yang besar dan projek-projek pembinaan besar tanpa tender terbuka dan mempunyai monopoli terhadap eksport simen dan balak.

Kekayaan dan aset Sarawak bernilai ratusan juta ringgit sedang diseludup keluar Malaysia menerusi pegangan hartanah mewah yang dimiliki anak-anak Taib di Kanada, England dan Amerika Syarikat. BN telah mengkhianati rakyat Sarawak khususnya dan Malaysia umumnya. Dalam usaha mengekalkan undi ‘deposit tetap’ mereka bagi mengekalkan kekuasaan BN, mereka telah membenarkan Taib memerintah Sarawak sesuka hatinya.

Meskipun kekayaan dan rasuah besar-besaran Taib dan keluarganya, mereka tidak dapat diusik dan dilindungi oleh kerajaan BN. Jumlah ini jauh lebih besar berbanding skandal rasuah NFC, yang juga turut dilindungi oleh BN dengan kerjasama polis dan peguam negara. Empayar rasuah Taib yang melibatkan begitu banyak negara luar merupakan bukti kepada salahtadbir Malaysia dan kekayaannya oleh BN. Imej negara di masyarakat antarabangsa telah pun rosak teruk berikutan keengganan kerajaan untuk menghentikan rompakan ini dan mendakwa Taib dan keluarganya. Kami mendesak:

i) pembentukan serta-merta Suruhanjaya Di Raja bagi menyiasat empayar perniagaan Taib;

ii) penangkapan dan pendakwaan serta-merta Taib dan 13 ahli keluarganya;

iii) perletakan jawatan serta merta Taib sebagai Ketua Menteri dan anggota keluarganya yang memegang jawatan di dalam anak-anak syarikat atau badan-badan berkanun kerajaan

iv) pembentukan pasukan bertindak pelbagai agensi untuk mengembalikan aset dan harta yang diperoleh secara haram di Malaysia dan seluruh dunia

v) agar kerajaan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang antarabangsa dan negara-negara luar bagi membawa Taib dan keluarganya ke muka pengadilan;

vi) Perdana Menteri Najib Razak dan Kerajaan BN meminta maaf kepada rakyat Malaysia, khususnya Sarawak, kerana menyokong dan membenarkan Taib untuk merompak kekayaan rakyat sesuka hati selama ini.

N SURENDRAN
NAIB PRESIDEN
KEADILAN



INI MUSUH KITA



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sultan2 dan rajagopal2 pun sama2 dapat mengentot tanpa masalah, camana la depa nak bising2.. sama2 dapat habuan.. senyap la..

cuba sumer pakat2 miss soru... sudah lama taib ini kena balun dalam kubur.. sebab apa? sebab berjalan2, tiba2 jatuh bangunan.. tiba2 terjumpa parang di sebelah mayat si taib ni.. mari kita ketawa... kahkahkah..

Tanpa Nama berkata...

Surendran ini guna BM sepatutnya tidak menghairankan kerana dia mendapat pendidikan Dasar Pendidikan Kebangsaan.Yang aku hairan jika dia mengangung-agungkan dan menggunakan bahasa pejajah (English) dan bahasa Tamil Nadu,lndia (Malaya Tamil Estate). Jangan hipokrit!

Batu Tepi Jalan berkata...

http://batutepijalan.blogspot.com/2011/12/ini-hujah-ahli-akademik-bukan-ahli.html