Ahad, 8 Januari 2012

MARI TURUN BERSAMA











SAMM Komited Turun Gelanggang 901 Bersama Gerakan Massa !!

Tarikh 9 Januari 2012 atau 901 adalah suatu detik bersejarah apabila ia menjadi kemuncak kepada perbicaraan kes fitnah liwat yang kedua terhadap Anwar Ibrahim. Tarikh 901 bukan sahaja harus dikenang sebagai tarikh yang menentukan secebis mana saki-baki keadilan sebuah mahkamah, tetapi 901 harus disertai dalam apa jua bentuk penglibatan - termasuklah berhimpun di hadapan mahkamah bagi menyatakan sokongan terhadap Anwar Ibrahim yang kita percayai telah lebih sedekad dianiaya oleh kerakusan regim demi mengekalkan kuasa.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sentiasa memastikan gerakan anak muda akan terus menyumbangkan diri untuk menyertai gerakan massa terutamanya dalam isu penindasan ke atas rakyat tanpa mengira apa jua statusnya, warna kulit dan fahamannya, asalkan rakyat itu ditindas dan dianiaya, anak muda harus bangkit menentang kebejatan. Bezanya kali ini, susuk yang keadilannya dinafikan itu telah menjadi faktor utama yang menjadi punca goyahnya regim pemerintah dalam meneruskan aksi menjual negara.

Sebagai penggerak anak muda yang mengambil pendekatan radikal, SAMM juga telah memainkan peranan menjana maklumat kepada rakyat dan terus berkomitmen untuk memastikan rakyat turun dalam aksi 901. Ia termasuklah mengadakan siri ceramah penerangan jelajah seluruh negara, pengedaran risalah dan dvd kesedaran rakyat. Pergerakan SAMM yang terlibat bukan sahaja dalam gerakan surface dan beraksi dalam beberapa siri perhimpunan aman, yakin bahawa perhimpunan 901 adalah gerakan yang wajib disertai oleh rakyat yang cintakan keadilan.

Namun sebelum kita turun berhimpun ke perkarangan Mahkamah di Jalan Duta, SAMM berpendapat setiap seorang daripada kita harus faham dengan jelas mengapa Anwar Ibrahim berada di kandang pesalah. Kita juga harus sedar apakah agenda yang diatur sehingga memaksa Anwar Ibrahim berulang-alik turun-naik mahkamah dan tidak dibenarkan bergerak dengan bebas selagi beliau berada dalam arus utama kancah politik tanahair. Ini semua berlaku ketika Anwar Ibrahim hanya selangkah sebelum mentadbir negara ini secara marhein.

Tahun 1998 memperlihatkan bagaimana Anwar Ibrahim memilih untuk menyonsang arus ketika beliau boleh sahaja bersabar dan berdiam diri terhadap rasuah dan salahguna kuasa bagi menyelamatkan konglomerat milik kroni. Anwar Ibrahim tidak tunduk kepada arahan yang supaya harta negara dan harta awam digunakan sewenangnya untuk kepentingan penguasa. Percayalah jika Anwar Ibrahim turut terlibat bersekongkol sudah pasti bukan Najib Razak yang menjadi Perdana Menteri hari ini. Tetapi demi rakyat, Anwar Ibrahim bangkit dengan slogan 'Lawan Tetap Lawan' yang menyebabkan beliau merengok ke dalam penjara daripada kerusi empuk Timbalan Perdana Menteri.

Demi untuk selamatkan rakyat dan negara, Anwar Ibrahim terpaksa berdepan sebuah konspirasi jahat yang diajukan terhadap beliau iaitu tuduhan liwat pertama. Perbicaraan kes liwat pertama ini juga banyak kelemahan dalam pendakwaan hingga akhirnya pada tahun 2004 tuduhan liwat tersebut digugurkan dan Anwar Ibrahim dibebaskan setelah enam tahun di bermastautin di penjara Sungai Buluh.

Pengalaman Anwar Ibrahim yang dihenyak dan dipukul dengan niat bunuh di dalam lokap, menyebabkan kesakitan kekal pada tulang belakang, dipenjara, diaibkan adalah kerana Anwar Ibrahim memilih untuk selamatkan rakyat dan negara. Apakah kita sebagai salah seorang rakyat yang pernah cuba diselamatkan oleh Anwar Ibrahim akan berdiam diri?

Kali ini pada tahun 2008, de javu 1998 berlaku setelah perencanaan 16 September untuk membebaskan negara dari kepimpinan negara yang menindas rakyat hampir menjadi kenyataan. Panik dengan perkembangan positif pergerakan 16 September termasuklah beberapa pertemuan Anwar Ibrahim dengan ahli parlimen, perencanaan 16 September harus digagalkan manakala peranan besar Anwar Ibrahim tidak wajar dibiarkan setelah beliau menjadi faktor utama tsunami 8 Mac.

Ketika Anwar Ibrahim sekali lagi selangkah sebelum menerpa kejayaan, maka di atas alasan yang sama hadirlah konspirasi liwat versi kedua. Dalam perlawanan kali ini, Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau akan terus lawan dan tiada sebab untuk beliau tunduk setelah melalui seribu dugaan, demi menyelamatkan rakyat dan negara.

Tarikh 901 adalah hari penentu. Berhimpun atas tajuk 901 bukan urusan Anwar Ibrahim semata-mata, ianya adalah tanggungjawab kita rakyat Malaysia yang harus menilai dan menjadi hakim bagi menentukan samada sistem perundangan negara dimusnahkan atau masih boleh diselamatkan. Berhimpun atas tajuk 901 bukan hanya kerana susuk itu Anwar Ibrahim, tetapi bagi memberi sokongan terhadap seorang pemimpin yang selama ini manuver ranjau berduri dan berkorban segalanya demi rakyat. 901 adalah detik untuk rakyat buktikan bahawa mereka bersama Anwar Ibrahim bukan hanya kerana susuk itu adalah Anwar Ibrahim, tetapi kerana menagih keadilan dalam sistem perundangan negara.

Banyak pihak yang bertanya apakah SAMM tidak turun beraksi di 901, banyak pihak juga menunggu apakah tindakkan seterusnya SAMM dalam merealisasikan himpunan 901 yang lebih bermakna. Selaku anak muda, SAMM tidak pernah tertinggal dalam mana-mana aksi arus utama massa malah SAMM cenderung untuk menyeru semua rakyat agar bangkit bangun melawan penindasan dan penganiayaan terhadap rakyat.

Justeru itu, Solidariti Anak Muda Malaysia menegaskan bahawa selaku penggerak anak muda, SAMM akan bersama dengan rakyat dalam aksi 901 dengan seluruh kekuatan. Komrad SAMM sentiasa bersedia dan ketika ini juga terdapat beberapa hotel telah dipenuhi oleh komrad SAMM yang hadir dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Semuanya hadir dengan tekad bersama rakyat menentang keadilan buat Anwar Ibrahim yang sekian lama dinafikan.

Menyelusuri perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim sejak dari awal pertuduhan, hingga ke pendakwaan yang goyah lagi meragukan, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengambil tanggungjawab merungkai segala persoalan dengan mengumpul segala maklumat dan fakta. Hasilnya SAMM telah menerbitkan sebuah buku teks lengkap yang menjadi rujukan penting betapa perbicaraan kes liwat ini tidak dijalankan dengan telus dan seterusnya menggambarkan sistem perundangan yang serba pincang bagi menggagalkan gerakan rakyat.

Buku berjudul FITNAH terbitan SAMM ini akan dilancarkan pada 7 Januari 2012 oleh Presiden Keadilan di tempat lahirnya pejuang rakyat bernama Anwar Ibrahim di Ceruk To' Kun, Bukit Mertajam. Turut bersama dalam melancarkan buku FITNAH ialah Prof A Samad Said dan Hishamuddin Rais. Dengan pelancaran buku ini, ia menjadi bukti betapa SAMM menunjukkan komitmen yang tinggi dalam membela nasib Anwar Ibrahim dengan peranannya yang tersendiri.

Tanggal 901 kian hampir, keputusan perbicaraan kini berada di penghujungnya. Ayuh bersama SAMM turun memberi sokongan moral dan padu terhadap keperluan sebuah sistem perundangan yang telus tanpa tunduk kepada pihak pemerintah yang terdesak mempertahan kuasa dan tembolok masing-masing. Di kesempatan yang ada ini, SAMM sekali lagi menyeru rakyat melaksanakan sedikit tanggungjawab yang melambangkan bangsa Malaysia yang menolak Fitnah dan Konspirasi jahat.

SAMM akan berada di barisan hadapan dan memastikan 901 menjadi medan persediaan buat rakyat untuk bersama-sama Anwar Ibrahim menuju ke lokap, penjara ataupun menuju ke Putrajaya.

Che'GuBard
Pengasas Gerakan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
www.anakmudamalaysia.com




13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

901


White Rose, Sophie Scholl



“All that's necessary for the forces of evil to win in the world is for enough good men to do nothing.”
Edmund Burke quote

Tanpa Nama berkata...

AKU HENSEM

STUPID ASSHOLE
HIDUP SLALU NK SALAHKAN UMNO

MACAM LA LEADER KO TU BERSIH SAGT
ANWAR IBRAHIM

U CAN FUCK OFF TO BAMBOO RIVER

Tanpa Nama berkata...

KALAU KENA KEJAR LARI, KENA SEMBUR AIR LARI, BAIK TAK PAYAH TURUN LAH, LAYAN TV LAGI BAIK....

TTdeFanClubMembers berkata...

Kita tengok sapa yang kena ya....

Sejarah akan membuktikan siapa yang yang benar dan sebaliknya!

"MENANG SORAK, KAMPUNG TERGADAI"

SYABAS Isham@TT awak pun sama la.... "Alat Propaganda" tiada bezanya dengan media arus perdana yang lain-lain, yang selalu engkau kutuk.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.

Tanpa Nama berkata...

Tukar Tiub...

Orang Melayu pandai berkokok tapi mengundi cabut lari.

Orang cina, senyap sunyi tetapi sokongan dinyatakan dalam peti undi.

Bayangkan jika 100 ribu orang Melayu yang menyertai 901 itu memberi penerangan kpd masyarakat luar bandar tentang dasar PR. Aku rasa dah lama BN jatuh terbongkang.

Tapi malangnya, 100 ribu yang akan ikut 901 tu macam ayam betina. Telur sebiji riuh sekampung!!

Tak percaya? Cuba tanya 100 ribu orang yang ikut 901 tu; dah daftar undi ke belum????

Cubalah faham!!

Tanpa Nama berkata...

Bro TT,

1.minta urusetia 901 ambil nama kedatangan esok pagi.

2.Kita tengok yang datang tu ramai melayu,cina atau india..

3.Kalo ramai melayu,cina sikit..memang lu orang kena kencinglah dengan cina-cina tu..korang dipergunakan punya..haaa..haaaa..

4.Kita boleh jangka esok org melayulah yang paling ramai kena tembak,kena belasah,cedera dan macam-macam.senang je nak tengok mesti ramai yang pakai kopiah...huuu..huu..

5.puak cina mCA dan Dap pi cari duit kerja..gunakan lu orang untuk jatuhkan pemerintahan bangsa sendiri..heee..heee..kencing dek cina..ptuiih....haiik...ptuih...

6.buktikanlah kalo boleh esok ada cina kena pijak,ada cina kena tembak masa merusuh,ada cina ''takbir''...ada cina tolong junjung anwar,junjung haji hadi dgn pok nik dan seangkatan..hiiii..

7.Cina tolong bagi duit dengan bagi sponsor jee..haaa..haaa..lu orang kena guna..

8.haaa..lagi satu lu orang cuba cek ada tak puak2x hindraf yang dulu tu turun sekali..kalo tak ada makna kata diorang pun dah menyampah dgn lu orang..haaa..haaa..

kalo ramai cina dgn india join lu orang..aku leh caya konsep 1 malaysia memang menjadi..hiiiii..hiiii..t.kasih

9.haaaaa..haaaa..kita tengok lu orang kena kencing..huuuu..huu..pi lah ramai2x sana..kita tengok melayu mana kena kencing cina...ptuih..

dinpalat arau berkata...

NAJIB xakan penjarakan DSAI!
Lebih menguntungkan kalau Najib bebaskan Anwar.
Esok seluruh dunia akan dicanangkan.
"MALAYSIA NEGARA TELUS"..."HAKIM TIDAK DI KAWAL EKSEKUTIF"
Muka Rais Amah Yatim akan keluar memuji sistem kehakiman,bukti PM kita tak control mahkamah..bla..bla..bla..

p/s: Kuli bila nak declare masuk DAP,xpayah simpan lama2 borang tu!"

Tanpa Nama berkata...

Dari lobang mana bangsat 12:14pg ni keluar? kalau ramai cina & india baru berjaya konsep 1malaysial?
dey bastard.. 1malaysial, 1apco itu konsep 1umngok 1lembu la bodoh.
tt selalu pesan.. kalau bodoh jangan bagitau kat orangramai, malu anakcucu nak ngaku bapak /datok.. macam anak babi yg jalan tunduk sebab makbapak dia babi cam kau..

cow@jb-jantan bapok

Tanpa Nama berkata...

lawan tetap lawan,tak kira bangsa apa yang ramai,yang pasti ABU!!!!!juga kita sama2 berhimpun untuk menghentikan projek BN lynas!!!!ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!!!

Tanpa Nama berkata...

Awang Luku cakap....

kpd anon 2012 - 12:14 pg

hahahaha lu otak biul... itu 54 tawon
melayu umno sudah kena kencing sama cina mca & gerakan lu tarak nampak kaaa...melayu umno bukan saja kena kencing.. itu harta tanah melayu sudah banyak kena rembat.... lagi mau cakap melayu mana satu kena kencing... sendiri baca laaaa.

Tanpa Nama berkata...

jika saudara Anwar memilih jalan untuk bersetongkol dgn mahader tentu kehidupan beliau tidak akan diaibkan sebegini rupa oleh mereka yang berhati busuk dan rakus tetapi beliau tetap melawan arus menentang penyelewengan, salahgunakuasa dan rasuah yang sememangnya telah membiak luas dalam barisan nasiona'@ be end.....beliau memilih untuk bersama rakyat dan tiada sebab untuk rakyat tidak bersama beliau....

Tanpa Nama berkata...

anwar bebas...
not guilty..
APA LAGI NAK CAKAP ISHAM?

Kalau kene jail kaua kata kerajaan zalim..hakim kene beli bla bla

now...NOT GUILTY!

Sampai kiamat pengampu anwar takkan kata sistem kehakiman telus,
and akan kata..

taktik baru kerajaan..
kerajaan terpaksa..
kerajaan tunduk pada 901..
kita sorak kemenangan ini..
bla bla bla

melayu melayu
gadaikan apa saja
jual apa saja
bantai apa saja
boleh adjust apa saja..

janji anwar jadi PM
yang peliknya nik aziz dan hadi pun takbir untuk kes pribadi anwar
apa dah jadi dgn PAS ni..

sampai HASSAN ALI di pecat sebab menegakkan syiar ISLAM..bukankan itu sepatutnya perjuangan PAS?

ISHAM...tak semua melayu setaksub kau,azmin,azizah n nurul

RAKYAT PANDAI MENILAI.

Anti Pembodek & Pengecut berkata...

kepada tanpa nama 8 Januari 2012 10:25 PTG, 8 Januari 2012 10:31 PTG,9 Januari 2012 12:14 PG dan 9 Januari 2012 2:12 PTG.....

korang ni jenis pengecut, bapok xde telor dan darah yg mengalir dlm badan korang bukan darah pejuang...hanya tahu menyalahkan sahaja...sedangkan ko sendiri hanya tahu kritik dlm blog tapi pengecut turun jalan raya sebab suka hidup membodek UMNO dan BN utk terus hidup sekular...Adam Adli yg mentah tu lebih hebat dan berani dari korang...

xpayah nak teka cina buat apa, india buat ape, iban buat ape, kadazan buat apa, asli buat ape.....inilah dah 54 tahun perkauman....

sepatutnya sebagai pengundi pilih pemerintah yg mampu pulihkan inflasi 3.5% dan hutang 60 billion angkara BN dan UMNO tu....barula rakyat menikmati kehidupan dan demokrasi tanpa sengsara mcm sekarang...bahalol!

sekarang terbukti UMNO dan BN gagal kerana keadaan ekonomi skrg xmemberangsangkan, inflasi 3.5% dan hutang 60 billion indek rasuah melebihi 60 etc... patutnya kita sama ABU.....humbankan UMNO & BN....