Ahad, 8 Januari 2012

KENYATAAN RESMI

















KENYATAAN RESMI

Salam Sdr/i

Bersama-sama ini disertakan kenyataan akhbar KEADILAN menjawab dakwaan
bahawa syarat-syarat yang dikenakan pihak polis dipersetujui terlebih
dahulu oleh KEADILAN semasa rundingan tempoh hari, untuk makluman dan
tindakan Sdr/i.



MOHD RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN



PERHIMPUNAN AMAN 901: SYARAT DIBERIKAN SELEPAS RUNDINGAN DAN MUAFAKAT

Sebagai salah seorang dari pimpinan parti yang sama-sama berunding
dengan pegawai tertinggi PDRM Kuala Lumpur, saya menegaskan pendirian
KEADILAN bahawa muafakat yang dicapai dalam mesyuarat pada hari
Jumaat, 6 Januari 2012 tidak menyentuh syarat-syarat yang diberikan
oleh PDRM kemudiannya.

Malah, 10 syarat tersebut hanya dimaklumkan kepada KEADILAN melalui
Saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin selepas ia diedarkan kepada pihak
media melalui satu surat sahaja. Tandatangan yang dirujuk oleh pihak
PDRM adalah tandatangan Saudara Shamsul mengesahkan beliau ada
menerima surat tersebut. Ia bukanlah tandatangan menyetujui
syarat-syarat seperti digambarkan oleh sesetengah pihak.

Walaupun pihak PDRM ada menyuarakan beberapa perkara mengenai kawalan
orang ramai dan keselamatan dalam perbincangan tempoh hari, saya
tegaskan tidak ada sebarang persetujuan mengenai syarat-syarat khusus
kerana pimpinan PDRM Kuala Lumpur berpuas hati dengan penerangan
KEADILAN.

Oleh yang demikian, kami tetap dengan keyakinan bahawa perhimpunan
aman ini akan berjalan dengan aman tanpa perlunya syarat-syarat yang
dikemukakan pihak polis.
KEADILAN menggesa rakyat Malaysia yang cintakan keadilan untuk hadir
menyuarakan sokongan dan solidariti kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim
dan usaha mengembalikan integriti kepada sistem kehakiman negara.

N SURENDRAN
Naib Presiden KEADILAN


8 Januari 2012

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Wooi!

Esok gi keja awal sikit wooi!
Jalan misti jem giler nih!
Road block misti banyak punya!

Tanpa Nama berkata...

Ni semua kerja orang gila

gila anwar
gila nak jadi pm
gila meroyan nak masuk putrajaya
gila cari salah org lain
gila tutup salah sendiri
gila yg tak tau dia sebenarnya gila
gila gila
gila rasa diri lebih dari polis
woiiiit org gila

kalau polis pun korang dah gila tak nak dengar cakap,
kalau menang nanti
bubarkan pdrm
dan ambil bangla n nepal jadi pengawal keamanan

sebab korang dah gila sampai kuasa polis jaga keamanan pun korang gila politikkan

kalau rajin lagi bila menang,
bubarkan askar

boleh jimat banyak duit sebab tak payah bayar gaji polis dan askar
jimat gila duit bila bajet polis dan tentera takda..hanya beli cotar dan bayar gaji ikut jam bangla dan nepal

suruh kit siang dan azmin ali jadi boss jaga ketenteraman dan pertahanan negara...kalau nak murah lagi pakai mat2 indon juga join bangla n nepal tu...murah gila n duit yg jimat boleh buta macam2 pembangunan rakyat

bila sapa2 nak demo..biar saja sebab fru pun dah takda
menteri2 PR pun upah bangla untuk keselamatan...

baru gila habis
harta2 perang polis dan askar boleh lelong, sure dapat duit lagi

baru lagi gila rakyat sayang sebab banyak duit nak tolong rakyat

kalau tak boleh control..panggil uncle sam dan uncle singa sama2 join bangla n nepal ...

sure meriah n gila sakan habis...

rasanya korang sure tak perlukan polis dan askar bila menang nanti.

hidup HASSAN ALI!

Tanpa Nama berkata...

gila najib
gila nak jd pm sampai mampos
gila meroyan rosmah xdapat shopping sakan nanti
gila nak fitnah anwar liwat sana sini
gila nak tutup kekotoran UMNO
gila UMNO xsedar diri
gila UMNO yg rasa mereka lagi berkuasa dari allah..
akhirnya...tunggu dan lihat sahaja PRU13..PUAH HATI?

Tanpa Nama berkata...

gila najib
gila nak jd pm sampai mampos
gila meroyan rosmah xdapat shopping sakan nanti
gila nak fitnah anwar liwat sana sini
gila nak tutup kekotoran UMNO
gila UMNO xsedar diri
gila UMNO yg rasa mereka lagi berkuasa dari allah..
akhirnya...tunggu dan lihat sahaja PRU13..PUAH HATI?