Selasa, 14 Februari 2012

BERKUMPUL DI KUANTAN AHAD 26 HARIBULAN INI





LAWAN HINGGA PINDAH





PAKATAN RAKYAT SOKONG HIMPUNAN LYNAS 26 FEBUAR
I – keadilan daily

PETALING JAYA 13 Feb: Pakatan Rakyat hari ini sepakat menyokong penuh Himpunan Hijau pada 26 Februari ini, yang antara lain sebagai usaha untuk memberhentikan projek nadir bumi oleh Syarikat Lynas di Gebeng, Kuantan.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mewakili PR menyatakan sokongan tersebut selepas selesai mesyuarat Pakatan Rakyat yang didakan di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.

“Gerakan membantah Lynas diteruskan. Pada 26 Februari ini akan diadakan himpunan hijau, menentang Lynas di Kuantan.

“Pemimpin parti (Pakatan Rakyat) akan turun memberi sokongan,” Katanya kepada media.
Menurut Anwar, beliau juga difahamkan Gabungan Hentikan Lynas (SLC) akan memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) yang meluluskan Lesen Kendalian Sementara (TOL) untuk projek itu.

“Jawatankuasa itu akan mempersiapkan tindakan undang-undang bagi semakan kehakiman diadakan dalam masa yang segera dan diharapkan dapat dikemukakan sebelum 26 Februari ini,” ujar beliau.

Lynas Advanced dilaporkan akan memproses sisa nadir bumi mengandungi bahan radioaktif yang boleh mendatangkan bahaya kepada hidupan dan alam sekitar.

Baru-baru ini, AELB meluluskan lesen kendalian Sementara (TOL) kepada syarikat daripada Australia itu untuk beroperasi.

Gabungan Anti Lynas dalam satu kenyataannya sebelum ini menyokong penuh Himpunan Hijau tersebut sebagai usaha untuk memberhentikan dan menyemak semula projek yang mengancam keselamatan orang awam, serta bercanggah dengan semangat Piagam Bumi (Earth Charter).

SLC sebelum ini turut menyertai Himpunan Hijau 1.0 yang berlangsung pada 9 Oktober 2011 di Kuantan.
Program yang amat berjaya itu melibatkan lebih daripada 80 NGO, gerakan sivil dan parti politik yang disertai hampir 7000 penyokong.




NOTA:
anak anak muda
pelajar dan mahasiswa
sila ambil perhatian
ahad 26 februari ini
berkumpul dan berhimpun
di kuantan





SEBELUM NASI JADI KERAK




sebelum terlambat
sebelum nasi menjadi kerak
sebelum ayam berkepala tiga
sebelum anak kecil bermata satu
sebelum ikan patin sebesar buaya
sebelum ibu melahirkan air
sebelum jantan mati pucuk
sebelum kambing makan lembu
sebelum lembu makan anjing
sebelum anjing berkali lapan

kita turun
kita lawan
sampai kilang ditutup




NOTA:
hanya satu soalan
jika kilang ini selamat
kenapa todak didirikan di australia?
kenapa rakyat australia sendiri menolak kilang ini?

2 ulasan:

MARHAENIS berkata...

selepas berkumpul lawan lynas, kita layan gigs di little bali cherating!!!
warthreat,carburator dung,kuchalana,molotov,tools or trade,the garrison dan rotgut.....huhuh

Tanpa Nama berkata...

Bila masa Australia ni terlalu baik nak bagi semua benda baik kepada Malaysia?
Bila masa Australia ni terlalu baik nak serah semua teknologi terkini kepada Malaysia?
Kalau Australia terlalu baik bagi ajer 10 juta ekar tanah gurun di Northern Territory kepada Mami Jat Jelutong dan Salleh Budu untuk bela Kambing pulak.
Sebab ini saja keluarga terpintar di Malaysia boleh ternak Lembu dalam kondominium di KL dan Singapura.
Hanya Singapura saja satu-satunya negara yang paling baik dengan orang Melayu yang selama ni memberi segala kemudahan kepada orang Melayu.
Apa macam Noh Omar?
Ada bagus ini plan?
Takkan 2 juta ekar tak cukup nak ternak kambing dan unta sekali.
Kali ni Noh bokeh jadi kaya sebagai pedagang Unta dan kambing untuk korban 2012.
Cepat cepat bagi nama untuk order kambing dan Unta gurun Australia.
Aku nak tengok Australia yang terlalu baik hati nak bagi benda baik kepada penduduk Kuantan ni nak bagi tanah untuk disewa sebagai padang ragut kambing dan unta Noh Omar pulak.
Lembu tak main yerk.. Sebab lembu Malaysia hanay duduk dalam kondom.