Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Selasa, 14 Februari 2012

SIAPA PASANG BOM - SEMUA ORANG TAHU



POLIS MEMANGGIL AZMIN UNTUK PERHIMPUNAN 901

Saya merujuk kepada penyiasatan polis yang masih berlangsung terhadap pemimpin Pakatan Rakyat yang terlibat di dalam perhimpunan aman 901. Timbalan Presiden KEADILAN YB Azmin Ali kini telah dipanggil untuk siasatan. Beliau yang juga Ahli Parlimen Gombalk diminta melaporkan diri untuk siasatan polis pada 15 Februari 2012. Sebelum ini beberapa pimpinan dipanggil termasuk Ketua Angkatan Muda Shamsul Iskandar.

Penyiasatan ini bermotifkan politik dan dibuat dengan niat yang jahat oleh polis bagi mengganggu dan menakut-nakutkan kepimpinan Keadilan, dan demi memberi amaran kepada rakyat untuk tidak menggunakan hak mereka untuk berhimpun dan bersuara yang termaktub di dalam Perlembagaan.

Harus diingat polis sendiri yang bersetuju agar perhimpunan 901 diadakan di hadapan bangunan Mahkamah Jalan Duta. Justeru mengapa diadakan siasatan ini? Perhimpunan tersebut telah berlangsung secara aman dan sah mengikut Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Penyiasatan berat sebelah ini membuktikan Akta Perhimpunan Aman hanya merupakan sekatan tambahan terhadap hak rakyat untuk berhimpun.
Janji-janji perubahan Perdana Menteri sekali terbukti tidak bermakna sama sekali. Kami menggesa Perdana Menteri dan Ketua Polis Negara untuk serta-merta tidak menyambung siasatan ini. Polis sepatutnya digunakan untuk membanteras jenayah sebenar, bukannya dibazirkan bagi menekan musuh politik BN. Tindakan terbaru ini membuktikan golongan sosok keras UMNO terus berkuasa di dalam kerajaan.

N SURENDRAN
NAIB PRESIDEN
KEADILAN



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

surendran ini paham ke tak tugas hakiki polis dan jabatan2 kerajaan?

musuh jabatan2 kerajaan adalah musuh BN jugak.. sebab itulah makcik pakcik jabatan kerajaan dipilih untuk kerjanya melawan siapa yang melawan BN...

penjenayah luar bukanlah penjenayah sebenar.. nak mencuri? nak merompak? silakan.. indon sana, datang jer bawak parang.. polis tak kesah punyer.. klang sana bersepah2 jenayah, polis tak amik pot lagi..

tapi kalau ceramah PR.. inilah kerja polis dan barua2 BN kene datang buat kacau.. janji BN selamat untuk PRU-13 nanti..

pakcik lan berkata...

Kepala bana apa dok siasat ni? Buang masa Dan bajet. Dah pencen kata terpaksa. Masa kerja dok buat kerja merapu