Jumaat, 9 Mac 2012

LAWAN ZIONIS TEMPATAN YANG LEBIH BAHAYA





LAPORAN UTUSAN UNTUK ALIH PERHATIAN RAKYAT MALAYSIA


Akhbar Utusan Malaysia hari ini bertajuk ‘Surat Anwar kepada Tokoh Yahudi’ memetik laporan sebuah blog pro UMNO yang menyiarkan surat yang ditulis Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2007 kepada National Endowment for Democracy.

Sebenarnya sesiapa yang mengamati surat tersebut akan mendapati surat itu tidak mengandungi sebarang kontroversi. Sebaliknya, Anwar menyatakan keperluan proses pilihan raya yang bersih dan adil dan menyeru NED, sebuah agensi dwi-parti Amerika Syarikat untuk menyokong usaha rakyat tempatan yang mahukan pilihan raya bersih dan adil.

Ketempangan proses pilihan raya yang diluahkan oleh parti-parti pembangkang serta badan-badan bukan kerajaan menerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil kini turut diakui kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak apabila Jawatankuasa Terpilih Parlimen bagi Reformasi Pilihan Raya dibentuk.

Penerbitan surat tersebut juga merupakan usaha media UMNO bagi mengalih perhatian rakyat daripada pendedahan pertemuan dan surat-menyurat Tun Dr. Mahathir Mohammad dengan pimpinan Israel baru-baru ini. Pendedahan tersebut serta penglibatan pegawai ketenteraan Israel di dalam syarikat perunding APCO yang dilantik Najib mendedahkan kepuraan UMNO-Barisan Nasional selama ini.

NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT






SURAT ANWAR KEPADA TOKOH YAHUDI - meloya

KUALA LUMPUR 7 Mac – Dua pucuk surat yang didakwa ditulis Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada sebuah organisasi yang mempunyai kaitan dengan sebuah agensi perisikan antarabangsa pada 2007 mendedahkan Ketua Pembangkang itu pernah meminta campur tangan asing untuk memberi tekanan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Surat-surat itu yang dipaparkan menerusi blog AIDC di www.anwaraidc.com hari ini mendedahkan permohonan Anwar kepada Presiden National Endowment for Democracy (NED), Carl Gershman bagi tujuan tersebut.

Menurut AIDC, surat bertarikh 18 Jun 2007 dan 29 Julai 2007 itu menggunakan kepala surat AIA yang ditandatangani oleh Anwar dan ditujukan kepada Gershman di Washington D.C.

“AIA adalah singkatan kepada Anwar Ibrahim & Associates, sebuah syarikat milik Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang berpangkalan di Virginia, AS.

‘‘Menurut rekod, syarikat itu ditubuhkan pada April 2005 dan berdaftar dengan Suruhanjaya Corporation Virginia,” demikian menurut blog tersebut.




3 ulasan:

buku5 berkata...

HAH!!!! Syarikat AIA milik Anwar?? kayanya dia. Tapi kenapa tuduh Anwar ditaja agen antarabangsa utk gulingkan KERAjaan?
Tapi ya la kan.. udah gitu mentaliti utusex & umporn.. sapa nak caya. Kalau ikutkan otak gerombolan, mereka kata semua orang main bontot & ada rakaman video sex sendiri, sebab tu 1minggu lepas turunkan bendara najibs, keluar video porn adam adli.

WOI.. nak kelentong pon agak2 la..

Tanpa Nama berkata...

Aku ingat Anwar ni bijok benor strateginye.. apakebenda nak mintak tolong atau nak bebaik benor dengan yahudi ni? hinga sampai surat menyurat hinga boleh dipermain-mainkan oleh media semasa..

Takyah la himpit yahudi tu.. banyok benda lain boleh buat..

boifren nor hidayah berkata...

woit pengkomen2 dlm tukartiub ni!hangpa ni pun satu. lain dari melayu islam, semua yahudi. hangpa mengaji mana?suka hati mak bapak dia la nk mnta tolong sapa pun yg dia rs power... realitinya, zionis di sekeliling kita.hang guna intnet buka tt ni pn yahudi.Tuhan dh bgtau musuh hangpa yg nyata adalah iblis syaitan! faham?! hidup Anwar!