Khamis, 15 Mac 2012

SHAHRIZAT JADI LEMBU KORBAN





SAEKOR EEE DAHULU DI KORBANKAN
















MATINYA SEORANG LEMBU EEE

Mengikut kata sahibul hikayat maka hari Persidangan Agong BBPPK - Betina Betina Pemakan dan Peminat Kentaki pun sampailah. Persidangan setahun sekali bertujuan agar ahli-ahli pergerakan ini dapat menilai dan merancang gerakan mereka. Persidangan setahun sekali ini amatlah hebat. Persidangan ini mendapat lipuatan media antarabanga - dari Si Ant Ant hingga ke Bi BI Si - dari Senaling hingga ke Sungai Besi – ada liputan terus menerus.


Orang-orang betina itu akan berkumpul-kumpul sehari lebih awal. Mereka datang berduyun duyun. Beratus ratus mereka datang. Dari jauh – dari semua pelusuk negeri mereka datang. Berpuluh bas yang mereka tumpang. Mereka datang berbondong bondong. Ada betina yang dara. Ada betina yang janda. Ada yang sida. Ada yang sasa.

Betina yang berduit menayangkan gelang. Betina yang kaya memperagakan subang. Betina yang lebih kaya memakai intan permata. Betina yang papa memakai selipar. Yang slim dan cun ke hulu ke hilar menunjukkan muka. Yang subur dan montok berjalan mengensot-ensot. Yang obese gedempol mengheret badan menyorok dibelakang tiang.

Didalam dewan yang disebutkan itu kelihatan dua warna – merah dan puteh. Inilah warna asal tanda setiakwan perjuangan betina-betina ini. Mereka bertudung merah, berbaju puteh dan berkain sarong merah. Pakaian dalam tidak pula diketahui. Apakah mereka bercoli atau berseluar dalam atau tidak.




Satelah semuanya siap duduk di dalam dewan maka acara pun bermulalah. Pertama naik ke pentas seorang betina gempal montok lagi tegap bergincu merah. Mukanya tembam puteh melepak , lalu menampakkan jelas lintangan misai diatas bibirnya. Si Minah bermisai halus ini pun berucaplah. Mukadimahnya panjang berjela. Dari tuhan ke alam semesta, kepada Raja seisi istana - semua menerima bodek dari Si Minah ini. Maka betina-betina ini bertepoklah tangan tanda menyokong apa saja yang bunyinya bodek dan ampu.

Pengucap kedua pun berensot-ensot naik ke atas pentas. Minah ini pun montel lagi gedebab. Adalah diumumkan oleh juruheboh bahawa Minah ini bukan kecik anak. Minah ini diangkat sebagai penyampai ucapan kedua kerana selama tiga tahun berturut-turut Minah ini telah mendapat anugerah Ratu Kentaki seluruh Alam Melayu.

Biodata Minah ini dengan bangganya menghebohkan bahawa Minah ini adalah pemegang rekod menyental dua puluh tujuh ketul peha ayam goreng dalam masa 37 saat. Hingga ke hari ini tidak ada sesiapa yang boleh menandingi pencapaian hebat si Minah ini.

Maka Ratu Kentaki ini pun berucaplah dengan mukadimah dan ucapan kesyukuran yang lebih panjang berjela dari pengucap pertama. Ratu Kentaki ini bersyukur kepada dirinya yang masih lagi memiliki selera buaya dalam hal makan dan minum. Maka gegak gempita seluruh dewan. Maka meleleh air lior masing-masing apabila mendengar tentang kentaki.

Kemudian si Minah ini mula membebel panjang. Dia berkesah tentang cabaran masa depan terhadap pergerakan betina mereka. Ratu Kentaki ini mengingatkan para betina didalam dewan, anggota dan ahli agar berwaspada kerana musuh sedang menyerang. Jika serangan musuh berjaya membawa kemenangan maka hilanglah hak keistemewaan mereka.



‘ Kita akan hilang hak keistemewan untuk membeli kentaki tanpa perlu beratur. Kita akan hilang keistemewaan untuk mendapat drumstick. Kita tak mahu kepak..kita tak mahu bontot.. hak istemewa kita ialah peha.. ’ Dewan menyambut dengan tepokan gemuruh.

Selesai Ratu Kentaki berucap maka sampailah lah masa yang ditunggu-tunggu. Maka semua betina-betina di dalam dewan bangun berdiri. Adalah amat sedih kelihatan di muka para betina yang gemok dan obese kerana terpaksa bangun berdiri menyambut kedatangan Ratu Puan Shahrazat Yang DiPertuankan Ketua Agung Pergerakan Pemakan dan Peminat Kentuki.

Gedang dipalu dan kompang dipukul. Bersorak sorai tanda gumbira. Tamu yang diamat muliakan akan menunjukkan muka. Tirai tebal pun terbuka. Semua muka mengalih pandang ke atas pentas. Ratu Puan Shahrazat Yang DiPertuankan menampakkan muka. Berkain merah berbaju puteh. Ratu Puan Shahrazat memakai kain tudung merah jambu dari kian kasa yang jarang untuk menampakkan rambut palsunya yang membusut jantan. Ratu Puan Shahrazat ke tengah pentas dan memandang ke dalam dewan. Sorak serai gegak gempita kedengaran.

Tanpa menunggu jemputan dari juru heboh Ratu Puan Shahrazat terus ke podium untuk berucap. Tanpa taklimat. Tanpa basa basi. Terus berucap dengan garang dan bengis. Ratu Puan Shahrazat menyinga marah. Dia minibai ke kiri. Dia menibai ke kanan. Dengan bengis dia menerangkan bahawa tuduhan yang mengatakan bahawa dia telah mengadakan hubungan sulit dengan saekor lembu jantan dalam sebuah kondo di Bangsar adalah fitnah semata-mata.



Ratu Puan Shahrazat juga menuduh ada tangan tangan dalang yang merancang semua ini. Ada yang cemburu kerana kejayaan Gerakan Kentuki ini. Ratu Puan Shahrazat bukan sahaja dituduh bersekedudukan dengan lembu malah hubungan sulit dengan lembu ini telah melintasi Selat Teberau untuk masuk ke Singapura.

‘ Kita tahu siapa dibelakang Rafizi. Kita tahu siapa di belakang Zuraidah. Kita tahu dari mana mereka mendapat maklumat lembu ini. Ini semua ialah angkara dari Raja Non Kecik yang mahu menjatuh kita dan lembu-lembu kita.’

‘ Sunatkan sekali lagi Raja Non Kecik! Tempikan mula kedengaran disana sini. Dewan kelihantan hura hara. Bingar dan rioh rendah dengan maki hamun.

Tetiba seorang betina obese bangun berdiri dan dia menjerit kuat, ‘ Aku nak makan kentaki.. mana kentaki... janji naik bas datang sini akan diberi makan kentaki...’. Dewan senyap sunyi.

Tetiba seorang lagi betina yang obese bangun. Dia juga bersuara ‘betul.. betul...mana dia janji.. kata nak bawak kita tengok Sogo... kata nak beri duit poket..kami dari Kedah dah bosan... janji janji janji... pasal apa cerita hal lembu disini. Kami nak dengar cerita kentaki bukan cerita lembu.’

Ratu Puan Shahrazat memandang ke bawah. Dia menyinga marah dan terus menyinsing lengan baju. ‘ Puan puan ... tidakkah puan puan sedar bahawa kapal kentaki kita akan tenggelam tidak lama lagi. Gerakan kentaki kita sedang serang musuh. Musuh kita dari luar dan dari dalam. Dalam coli kita pun telah ada musuh.’

Ucapan telah menaikkan kembali semangat betina-betina di dalam dewan. Kemarahan mereka tidak dapat kentaki kini telah beralih. Betina betina ini bangun dan menghentak-hentak kaki. Derapan hentakan kaki mereka kedengaran hingga 1 kilometer.



‘ Mana dia budak itu... sapa dia Fizi... Rafizi... bawa di kesini... bagi dia tengok ini.. dia belum tengok... dia belum tahu. Ini baru senseng lengan. Nanti bila kita selak kain baru dia nampak hutan Afrika... baru dia teperanjat jadi batu... hutan ini bukan hutan biasa... ini hutan Afrika... gelap gelita.’

Bila Ratu Puan Shahrazat menyingseng lengan ramai betina-betina meloroh naik ke atas pentas. Mereka mengelilingi Ratu Puan Shahrazat yang sedang naik minyak. Betina betina ini bersorak-sorak.

“Yeah.Yeah. Yah. Kita selak kain. Kita ada hutan Afrika. Hutan hitam lagi gelap.’ Betina betina bersuara bersama-sama. Mereka berulang-ulang melagukan ayat ini. Kemudian mereka beramai-ramai menari-nari di keliling Ratu Puan Shahrazat.

Ratu Puan Shahrazat menyambung ucapan dengan memberi ingatan terutama kepada Raja Non Kecik agar jaga menjadi tali barut musuh. Ratu Puan Shahrazat juga mengingatkan bahawa dia juga tahu semua rahsia orang-orang yang cuba menjatuhkan dia.

‘ Betina sekelian sesudah persidangan kita ini maka kita semua akan kembali ke tempat masing-masing untuk meneruskan perjuangan kita. Tugas kita yang terdekat ini ialah memberitahu rakyat bahawa gerakan kita ini adakah satu gerakan suci. Saya yang baru sahaja balik dari menjadi tetamu Allah di Mekah telah mendapat Tajul dan Siti Hidayah. Saya telah bertakur minta tanda dari yang maha Esa. Saya tahu bahawa Allah tahu bahawa saya tidak ada hubungan apa apa dengan lembu itu.



Saya tidak pernah memiliki hubungan sulit dengan lembu-lembu jantan itu. Semua ini adalah fitnah yang tidak berasas. Nama keluarga saya sengaja diburuk-burukan. Nama anak anak saya sengaja dibabitkan. Sekali lagi saya nyatakan dihadapan betina-betina sekelian mustahil saya ada hubungans sulit dengan lembu-lembu itu.

Apakah saya tahu hubungan sulit lembu itu dengan suami saya? Sila pergi tanya suami saya... jangan tanya saya. Kalau suami saya suka kepada lembu jangan saya disalahkan.’

Dewan senyap seketika. Tetiba seorang lagi betina obese bangun dan bersuara,’ ...bila nak beri makan kentaki... I bosan laaa dengan cerita lembu ini. Dizaman Datuk Seri Paduka Rafidah Aziz dahulu tak ada kes lembu ini. Kalau dia jadi ketua kita lagi baik... bukan sahaja kita dapat kentaki... kita semua dapat AP’.

Betina betina bersorak bangun. Mereka menghentak hentak kaki. Dan bersorak-sorak sorak. ‘ kami tak mahu lembu kami mahu AP’.(TT)



BERSEDIA SATU MEI INI


NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar
SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
: 03-22-72-40-45



16 ulasan:

pakcik lan berkata...

X Dan selak habis cerita, kerana AP! Hu..hu..hu..

jebon berkata...

kami nak tengok hutan afrika baginda ratu. betul ke gelap gelita dan hitam pekat? atau beruban putih.kami nak tengok kami nak tengok.

Pazuzu The Exorcist berkata...

Bro TT,
Best siot ini celita, gua ketawa berdekah dekah dgn member. Gua dah stop ketawa aleh aleh dtg satu kakak se-opismate lain dept lalu dekat desktop gua(Graphic Dept) dia tanya gua cenggini "Eh, Gambo tu lembu new zealand ke Dalmation? gua speechless & sambong ketawa, lagi kuat ketawa bila member sebelah gua yang replied " Tu la satu satu 2 nyer spesis makhluk yg berbadan separoh lembu separoh dalmation tapi bila kencing x buleh angkat sebelah kaki sajer nanti berterabor n bersimpang sior ayer kencing hancing KAH KAH KAH KAH!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Hutan Rimba Afrika lagi gelap..
kah...kah...kah...
lawak petang...
tapi abang salleh tak sesat...

Tanpa Nama berkata...

yang tolong tepuk jugak patut bersedia dikorbankan bersama kak ijat...sian kak ijat masa sinsing lengan selak kain ko org gelak,ko org tepuk reramai...tapi masa kak ijat berkorban ko org buat aper?

Malay Gentile berkata...

Adoiii... Sewaktu membaca article ni aku terpaksa berhenti 2-3x untuk relex kejab sambil minum dan melados sbb tak tahan ketawa.

Sham ko ni mmg lunatic orangnya. Gaya tulisan walaupun nmpak bersahaja tapi mmg best. Aku rasa orang2 UMNO yg tumpang sekoleh baca article ni takan marah sebab mereka waras utk menerima kenyataan.

Kepada puak2 UMNO jangan terlalu arrogant dengan kesenangan dan kekayaan dan sila ambil perhatian dari "Surah Lembu" ini.

"Keep up prayer and pay the poor-rate and bow down with those who bow down" (Surah Lembu 2.43)

Tanpa Nama berkata...

Selamat Sejahtera Semua,

Ini pasal Sharizat pergi Mekah tiga (3) kali dalam masa dua (2) bulan, saya nak tanya sikit -

Kenapa org2 melayu ni kalau nak dekat dgn Allah mesti kat Mekah? Tidak kah Allah dgn jelas telah berfirman;

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami LEBIH DEKAT kepadanya daripada URAT LEHERnya." [Quran 50:16]

Tidakkah Allah melarang sesuatu (termasuk imej, berhala, "rumah", sungai, tumbuhan, matahari dll.) disekutukan denganNya seperti firmanNya yg diulangi sebanyak DUA kali dlm surah An Nisa seperti berikut;

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar ('Syirik')." [4:48]

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apajua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan ('Syirik') itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh ('syirik')." [4:116]

Jadi, bila org lain 'superimpose' imej khinzir di atas Kaabah semuanya melenting tak tentu pasal akibat mempersekutukan Allah dgn imej tersebut. Siapa yg dajal dan siapa pula yg Syirik dgn mempersekutukan Allah dgn imej tersebut?

Kini ada pula golongan yg. mengelar mereka sebagai 'PENOLONG' Allah. Sedangkan Persatuan NGOk Melayu Perkasa pun suruh polis jaga 'rumah2' Allah yang Maha Esa dalam kes kepala babi (yg. bersalut gara2 kerja tangan orang Melayu [UMNO?] jugak kerana takut najis!) diletak di Surau & Masjid.

Nampaknya org2 melayu tanpa mengKAJI Al Quran & berfikir secara rasional suka mengikut2 perangai jahil & tradisi lapuk pak arab yg telah mempersekutukan Allah dengan bangunan Kaabah. Ramai juga telah meng"objek"kan Allah sebagai kertas tisu yg di buang selepas mengesat 'kotoran' dosa mereka setiap kali mereka ke Mekah.

~ Maha Hadir & Maha Mengetahui Allah tidak perlu mengUJI kejadianNya - hanya menunjukkan kebenaranNya - kerana hisabNya adalah tunai. ~

~ Lebai Bonggok aka Le'Bonggok

Tanpa Nama berkata...

adoi...pecah perut aku...

Tanpa Nama berkata...

SATIRA RAKYAT NAN LUCAH!! terbaik :)

Tanpa Nama berkata...

Cerpen lawak dalam planet.....kah kah kah....siot betul

Unknown berkata...

adoii la, lawak kejam nak mampos. nak kentaki, nak kentaki...wakakaka.

akhirnya, umno punya bodoh berdengung, lembu dapat nama...

jari kelingKING berkata...

Dulu BEKAS menteri pembangunan wanita, keluarga & masyarakat ni janji nak selak kain pemimpin umngok yg lain kalau dia kena dakwa. Siap dia tanya 'mana ada menteri umngok yg tak menyeleweng???'
Sekarang dia dah kena dakwa, spender pon dah kena lurut, bila lagi nak pecahkan kapal umngok?? Ker dia takut diC4kan??
Tapi kalau dia tak berani pecah lubang ( penyelewengan menteri BEER END), memang sah dia ni 'LIDAH KELING!

Tanpa Nama berkata...

Hahahaha...lembu punyer merda sedang berterabur kerana AP!!!

Hahahaha...bastardo punyer lembu!!!

Pulangkan hak rakyat ar wei!!!

Dasar eee puttana!!!

Tanpa Nama berkata...

Hisham, you are a crazy genius! It was worth getting my distinction in BM just so i can read artikels like yours! All the best!!

Tanpa Nama berkata...

Nanti ratu kentaki cawangan gerombolan dari Terenganu akan teriak KAMI NAK AP NATANG!!

Tanpa Nama berkata...

sejarah telah tercipta...tangan yang mghayun buaian akan bersedia menyelak kain pula....

hahahaha....dulu kini dan slamanya kena tipuuuuuuuuuuuu....