Jumaat, 14 Disember 2012

BOLEHKAH NAJIB JADI PM - KALAU DEEPAK KATA TERLIBAT DALAM KES BUNUH?






Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

13 Disember 2012

AMK Desak PM Najib Razak Bersihkan Nama Dakwaan Deepak

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Lee Khai Loon mendesak Perdana Menteri Najib Razak segera bersihkan nama daripada pelbagai dakwaan serius yang dibuat oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan agar imej dan kepentingan pemimpin tertinggi badan eksekutif dan negara tidak terjejas.

PM Najib Razak perlu menjelaskan kepada seluruh rakyat tentang penglibatan isteri PM Rosmah Mansor serta ahli keluarga beliau terlibat dalam kes pembunuhan berprofil tinggi wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dan projek penswastaan Kementerian Pertahanan pada tahun 2005.

 
AMK berpendapat bahawa rakyat berhak tahu perkara sebenar khasnya dalam isu membayar penyiasat persendirian P Balasubramaniam untuk menandatangani akuan berkanun (SD) kedua yang menolak kaitan Najib Razak dengan wanita Mongolia Altantunya Shaariibuu.

Selain itu, dakwaan Deepak bahawa pembayaran satu sumbangan jumlah besar kepada ahli keluarga PM Najib Razak dalam satu projek penswastaan Kementerian Pertahanan yang bernilai RM100 juta juga perlu diperjelaskan agar kebenaran dapat dicari.

AMK menyifatkan PM Najib Razak telah menjadi Perdana Menteri yang dihambat paling banyak skandal walaupun tempoh beliau pegang jawatan PM adalah yang paling singkat dalam sejarah berbanding dengan PM yang lain. Kredibiliti dan integriti Najib Razak telah dipertikai dan jatuh merudum.   

Walaupun pelbagai dakwaan telah dibuat ke atas Najib Razak tetapi tiada sebarang penjelasan atau jawapan diberi. Lebih mengecewakan adalah Najib Razak pula menyalahguna institusi kerajaan untuk menekan whistleblower serta badan bukan kerajaan (NGO) seperti SUARAM yang membawa isu pembelian kapal selam Scorpene ke Mahkamah Perancis.

Kesemua usaha untuk menyekat kebenaran daripada ditegak serta cubaan mewujudkan suasana ketakutan di kalangan orang ramai hanya terbongkarnya hati nurani Najib Razak yang bersalah.

Sekiranya Najib Razak berasa tuduhan Deepak adalah tidak berasas, tidak benar dan berniat jahat, maka perlunya membersihkan nama beliau dengan mengambil tindakan mahkamah ke atas Deepak. Dengan cara ini baru boleh mengelakkan imej PM dan negara daripada terus terjejas.

Di samping itu, sekali lagi AMK mendesak PM Najib Razak menjawab 10 soalan yang telah dikemukakan pada Disember 3 dengan segera agar orang ramai dapat memperolehi maklumat yang mencukupi serta halatuju politik negara kita sebelum membuat keputusan pada Pilihanraya Umum ke-13.

PM Najib Razak tidak patut lari daripada pertanyaan orang ramai khasnya dalam isu-isu yang berkenaan dengan urus tadbir, pembangunan demokrasi, pengurusan ekonomi dan penentuan dasar negara. Rakyat berharap PM yang bertanggungjawab boleh berdepan dengan pelbagai teguran serta cadangan daripada orang ramai dan bukannya semata-mata berlakon untuk mencari publisiti politik murahan. 

LEE KHAI LOON
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia
012-2258607



--------

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nak bersih nama apa.bodoh betul le melayu ni.Dia memang pembunuh.beruk betul le meleyu ni

Tanpa Nama berkata...

hehehe najib, lu taknak buat sumpah laknat lagi sekali ke???

Tanpa Nama berkata...

Janganlah berharap Najib akan respon pada desakan AMK tu. Kalu Najib respon sekalipun dia akan kata ini semua kerja seorang yang ingin sangat nak jadi PM dan dia akan melencong lagi ke perkara lain seperti merapu yang rakyat dah dapat ETP,BRIM 1/2,transformasi itu dan ini, sengaja nak larikan diri daripada MENYAMAN Deepak, BALA atau Suaram. Kenapa Najib membisu dan tiada langsung cerita ini dalam media massa arus perdana selama ini sehingga sepina terhadapnya boleh berlaku bila-bila masa? Madey pun nampak tak membela Najib dalam hal ini melainkan membodek Najib sebagai pemimpin unggul negara buat masa ini. Tuhan saja yang tahu betapa jantung Najib meronta-ronta atau berdebak-debuk.
Hai inilah nasib seorang pemimpin yang tiada latar belakang memperjuangkan kebebasan rakyat dan tiada mandat dari rakyat mahupun partinya sebagai pemimpin yang sah.


Tanpa Nama berkata...

Inilah akibatnya kalau
28 juta rakyat Malaysia
takutkan Jibjak dan Rohmah.
Negaraku kini sudah
jadi tonggang terbalik
macam filem P. Ramlee
"Keluarga 69".

Tanpa Nama berkata...

Tolong jgn bagi Najib resign sebelum PRU 13, tolong..

Jika Muhyiddin ganti, PR akan kalah besar pada PRU 13 nanti...

Tanpa Nama berkata...

weii deepak... kalau rosmah tak nak saman lu, lu saman dia laa... lu saman dia sbb tak nak saman lu... boleh ke????

DIDI KOTA BELUD berkata...

KITA JANGAN BERDUKA SEMUA ..INI ART OF WAR....BERUNDUR SEKEJAP DAN SENYAP SEKETIKA...SERANGAN DAHSYAT AKAN DATANG...CARA NAJIB BERFALSAFAHKAN ILMU PERANG GENGHIS KHAN...RILEK BRO.....ITU YANG TERBAIK DIA LAKUKAN SEKARANG...DIAM...KITA JANGAN SALAH LANGKAH BRO...SATU CARA NAK DEFEAT TEKNIK MACAM NI SENANG BEB...AMAT SENANG......KITA SERANG KAWAN KAWAN DIA.........SECARA EXTRIM DAN LOGIK.....MAKA DIA AKAN MATI MASA DUDUK....

insafdoh67 berkata...

wa caya sama lu.. malaysia boleh... kih.kih.kih..

Sepukal berkata...

kem anti-Najib tak dapat guna Musa Hassan dorang guna Deepak plak.