Khamis, 23 Jun 2016

SURAT ANAK TENTANG AYAH





Y.A.B.Najib
Pejabat YAB Perdana Menteri Blok Utama,
Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya.

PENJAGAAN ANWAR IBRAHIM SEPENUHNYA DI HOSPITAL KUALA LUMPUR ATAS FAKTOR KESIHATAN YANG MEMBIMBANGKAN

Pada tarikh 15 Jun 2016  Anwar Ibrahim dikejarkan ke hospital kerana mengadu kesakitan di bahagian belakang.

2. Semalam, pihak keluarga dimaklumkan tentang penangguhan rawatan Magnetic Resonance Imaging (MRI) disebabkan tekanan darah yang masih tinggi dan tidak sesuai untuk prosedur MRI.

3. Berikut merupakan senarai faktor yang dikenalpasti menyebabkan tekanan darah yang tidak stabil :

* Setelah berbelas laporan perubatan termasuk laporan daripada barisan panel doktor yang dilantik oleh kerajaan, yang dipinta adalah penjagaan rapi menepati keadaan beliau yang uzur di umur menjangkau 70 tahun, di hospital sepenuhnya. Malangnya,  Anwar Ibrahim mengalami pemindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain secara drastik. Dari penjara ke mahkamah, penjara ke hospital, kemudian ke penjara lagi. Pastinya proses perpindahan ini akan menyebabkan tekanan darah menjadi tidak menentu.

* Beliau sepatutnya menerima rawatan fisioterapi berkala yang secara optimalnya sementara menunggu pelaksanaan pembedahan reverse shoulder replacement yang ditawarkan oleh Georgetown University, untuk kesakitan otot bahu kanan akibat kemalangan 2 tahun lalu, dan melarat sehingga kerosakan otot.

* Wujudnya ketumbuhan dalam ginjal.

4. Perlu diingat, semasa mula-mula ditahan,  Anwar hanya mengalami 'frozen shoulder.' Namun, kerana penahanan yang berlangsung di dalam lokap tanpa katil buat bulan pertama dalam tahanan, sebelum dipindahkan ke ruang yang lebih selesa, kecederaan bahu beliau semakin runcing. 

Fisioterapi yang jarang-jarang berlaku, memandangkan keengganan pihak penjara menghantar  Anwar ke hospital untuk rawatan intensif (seperti tahun-tahun 1999-2004) akhirnya menjadikan kecederaan bahu bertindan dengan sakit tulang belakang yang berulang. Saya tidak boleh terus melihat kesihatan ayahanda terus merosot dengan tempat penahanan yang tidak sesuai dengan keperluan ayahanda yang bakal mencecah umur 70 tahun.

5. Justeru, saya kira Anwar Ibrahim yang juga merupakan bekas pegawai kerajaan kedua tertinggi di negara, sewajarnya mendapat layanan yang jauh lebih baik daripada mantan Menteri Besar Selangor yang diberi kemudahan tahanan parol di rumah walaupun sabitan kurang setahun.

Besarlah harapan saya sekeluarga agar pihak  tuani mempertimbangkan agar  Anwar Ibrahim dibenarkan dirawat di hospital sepenuhnya sehingga beliau mendapat ruang menjalankan pembedahan kelolaan Georgetown University.

Yang benar,
Nurul Izzah Anwar





-----------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mat LOL kan BON BON

Kalau BON BON mana ada HATI MANUSIA pun

Jangan di sangka kaki dua itu sama , BEWAK tetap suka BANGKAI


Bulan Januari 2017 saja , sabar lah

BEWAK pun ada ORANG SUKA