.

Selasa, 19 Julai 2016

KES ROMPAK BALAK DI PAHANG




Kenyataan Media KEADILAN – Isu Pembalakan Haram Kampung Orang Asli Pian

Saya mengecam sekeras-kerasnya aktiviti pembalakan haram berhampiran Kampung Orang Asli Pian, Kuala Krau yang didedahkan oleh NGO PEKA Pahang tiga hari yang lepas.

Sedangkan notis henti kerja telah dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang terhadap sebuah syarikat pembalakan, namun masih tiada sebarang pihak yang bertanggungjawab terhadap insiden ini. Di samping itu, tiada sebarang sebarang tahanan yang telah dibuat dan tiada sebarang jentera pembalakan yang telah dirampas dan disita.
Persoalan utama yang ditimbulkan adalah, di manakah sistem penguatkuasaan pihak Jabatan Perhutanan Negeri sehingga pihak berkuasa yang bertanggungkawab tidak sedar akan insiden pembalakan haram secara berleluasa yang melibatkan lebih daripada 1,000 kayu balak telah ditebang secara haram?

Jabatan Perhutanan perlu memberi penjelasan tentang Prosedur Operasi Piawai (SOP) jabatan berkenaan dalam mengawasi aktiviti pembalakan haram di dalam Pahang dan bagaimana pihak perkenaan memastikan supaya perkara sebegini tidak akan berlaku lagi dalam masa kelak.

Saya turut mendesak supaya siasatan segera dijalankan dan tindakan tegas diambil terhadap mereka yang terlibat dalam kes pembalakan haram Kampung Asli Pian. Selain itu, laporan siasatan perlu didedahkan dan rakyat berhak untuk tahu sama ada terdapat pegawai Jabatan Perhutanan yang dilibatkan dalam aktiviti pembalakan haram tersebut.

Selain itu, NGO alam sekitar PEKA Pahang turut mendedahkan bahawa terdapat unsur rasuah dalam aktiviti pembalakan haram di mana aktiviti pembalakan tersebut dimulakan selepas Ketua Kampung Kampung Asli yang berhampiran menerima sumbangan dalam bentuk wang tunai daripada syarikat pembalakan. Siasatan terhadap dakwaan tersebut perlu dijalankan dan seandainya terdapat elemen rasuah dalam isu ini, pihak SPRM perlu membuat siasatan terhadap kes ini.

Saya memberi tempoh 1 minggu kepada Jabatan Perhutanan bagi memberi penjelasan terhadap isu ini. Jika tidak, laporan SPRM akan dibuat bagi menyiasat sama ada terdapat pegawai Jabatan Perhutanan yang cuba untuk menjaga kepentingan sesetengan pihak terbabit dalam kes ini.

Lee Chean Chung
ADUN Semambu
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN





----------

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cilako sungguh puak ni buat diam ja
berok pun dah lari tak tau nak duk kat mano lagi
depang mata depa buleh buat tak tau
terok dah terok nampaknya
elok bebenor kalau nak buat laporan pung
tapi belum tuntu depa siat siat
habeh hutan pekan kampung kubur laut pantai depa duk sentai
nasib baik udara depa tak boleh capai
kalau tidak mau jugak depa bantai
berapa lama mau makan dedak
ari tu ada kes bokshit jumap duit dalam mesin basyuh
mana pi itu siasatan sampai lani sengap sunyi
beginilah nasib kito yang malang

Tanpa Nama berkata...

BALAK INI SEMUA MILIK TUHAN kan

Sesapa ada POWER ONLINE TUHAN senang lah nak pau pau pau bebende TUHAN punyea

Kalau tak tak power lah kalau ada ONLINE TUHAN

Bukan semua orang ada kad dan email ONLINE TUHAN pun

Hanya ter pilih saja yang pasti ada connection dengan BOSS BESAR

Biasa lah

MASOK KUBOR pun asing asing kan , mana ada sama

Habis bila lagi nak pau pau pau

MAT KAMPAU !!!!!!!!!!!!!!!

Nazrio Dond DoLLa berkata...

Bodo piang..
Bukan bodo pian

Tanpa Nama berkata...

Kes curi balak?? Kelantan negeri yg berlambak lambak ulamak tapi tak pernah keluarkan fatwa pasal curi balak. Ini kes kat pahang pulak. Nak harapkan mufti pahang keluarkan fatwa haram curi balak? Hahaha sampai habis gondol bukit bukau kena tarah mmg takde fatwa punya lahhh. Aku berani lari bogel kat pantai teluk chempedak kalau mufti muka busuk tu keluarkan fatwa haram mencuri balak di hutan pahang.

Tanpa Nama berkata...

ini la bahayanya cina kafir harbi ni..cina kafir harbi ni menentang islam yg mejarah balak..umat islam wajib bersatu..islam diserang cina kafir harbi ni..utk cina kafir harbi, bukan sahaja balak ditarak dan ditebang, malah udara pun ada radioaktif, malah tanah merah sepersis marikh, malah sungai pahang pun surut dgn berkeledak dgn tanah2 dari gunung..mana fatwa dari para mufti sekalian?adakah wang genting sudah mebutakan mata telinga dan pancaindera anda?adakah jubah anda jenama dunhill, adakah serban anda bercop raja daun?kepada student2 yg bercita2 mahu menjadi mufti, sila ambil perhatian?tolong kaji dan sediakan fatwa mengenai ini..