.

Khamis, 1 Disember 2016

ORANG ASLI BANGUN MELAWAN




KENYATAAN MEDIA MAJLIS KEPIMPINAN PAKATAN HARAPAN TERHADAP TANGKAPAN TERHADAP ORANG ASLI 
DI GUA MUSANG
30 NOVEMBER 2016


Pakatan Harapan terkejut dan prihatin dengan laporan bahawa 41 Orang Asli yang terlibat dengan blockade balak di Gua Musang, Kelantan, telah ditangkap oleh pihak keselamatan negeri dalam satu operasi besar-besaran mereka semalam. Penangkapan aktivis Orang Asli Ini telah mendatangkan reaksi yang kuat daripada masyarakat umum dan masyarakat antarabangsa.


Kami ingin bertanya, apakah proses perundingan telah sampai ke penghujung sehinggakan tindakan sedemikian rupa diambil terhadap penduduk Orang Asli?

Kami difahamkan bahawa perjuangan Orang Asli daripada kaum Temiar di Kelantan membantah aktiviti pembalakan yang mengancam sistem kehidupan mereka sudah bermula sejak beberapa tahun lalu, dan mereka telah menggunakan semua jalan demokrasi yang untuk berunding dengan Kerajaan Negeri namun tidak diendahkan.

Kemuncak daripada itu barulah baru-baru ini mereka melakukan blockade apabila melihat tiada penyelesaian konkrit dari pihak kerajaan negeri di samping ancaman makin teruk terhadap kehidupan mereka saban hari.

Beberapa NGO Alam Sekitar dan juga NGO Hak Asasi juga dilaporkan telah turun melawat kawasan terbabit dan telah mengesahkan wujud pelanggaran terhadap garis panduan pembalakan yang dibenarkan.

Tindakan kerajaan negeri dan pihak berkuasa menangkap Orang Asli yang mempertahan hak mereka telah dan akan terus dikecam oleh rakyat prihatin. Kami berkeyakinan penuh bahawa masih ada ruang untuk mencari jalan penyelesaian daripada bertindak sedemikian rupa demi mengelakkan kesan buruk kepada Orang Asli dan Kerajaan Negeri Kelantan sendiri.

Orang Asli adalah penduduk asal negara ini. Mereka adalah pribumi sebenar yang perlu diberi hak sepenuhnya, dan bukan ditindas oleh mana-mana pihak.
Kami menyeru Kerajaan Negeri supaya bertindak adil, tegas dan ikhlas dalam membela Orang Asli dengan meminta pihak berkuasa membebaskan semua mereka yang ditangkap. Selepas dibebaskan, semua yang terlibat perlu kembali semula ke meja rundingan bagi mencari kemenangan untuk kedua-dua pihak.

DR WAN AZIZAH
Presiden Keadilan

MOHAMAD BIN SABU
Presiden AMANAH


LIM GUAN ENG
Setiausaha Agung DAP





----------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tangkap pakai SOSMA kah ?????

SIAPA ORANG SAKAI MAU APA (SOSMA) ini kes aniaya dan Rasisma saja

Tanda tanda AJARAN TRUMP menular ke seluruh dunia gaya WABAK

Dapat CUTI UMUM ke nanti ????

DOA ORANG ANIAYA terus ke langit.... DOA sajja jangan tak DOA

ULAMAk doa KARUNG terus jadi ALAMAK

Semua boleh sekarang

Pau Pau Pau