Isnin, 29 Disember 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

SENIN 29 DISEMBER 2025

AKHIR TAHUN


TAHUN 2026
Lagi tiga hari tahun 2025 akan selesai. Gua masih ingat lagi  masa di Koleq  pada tahun 1970 –  masa konsert – ada  dua orang pelajar  dari Form Four menyanyikan lagu IN THE YEAR 2525 – wow masa itu rasa amat jauh – kini dah melintas habis 2025.

Hari  ini gua ada rancangan nak buat kenduri SELAMAT JALAN 2025 – SELAMAT DATANG 2025 – nak berHarimau dan berAnggur – dan  senyum ketawa dan buat cerita itu dan ini. 

Gua harap hujan tak datang.

BANJIR
Gua baca banjir datang lagi  di Utara. Sekali lagi warga pindah – aduh !!!  Inilah tanda MALAPETAKA IKLIM – tapi masih ada yang menafikan malapetaka ini – contohnya : MAHARAJA TRUMP – dia mengatakan MALAPETAKA IKLIM satu  PENIPUAN. 

Justeru Amerika menolak semua Perjanjian COPS PBB.  Tapi jelas 2025 malapetaka ini makin menampakkan belang – bayangkan lagi 10 tahun bagaimana agaknya – IN THE YEAR 3535? Amin.

HOKKIEN
Pagi ini langit mendung berawan pucat – Awan hitam  ramai – macam nak hujan. Matahari belum keluar.   KL & KL Sental agak cerah.

Di bukit gua dengar suara Tekukur.  Tiong juga bersuara. Mata gua memandang Wakaf Pertama -  tak ada sapa kelihatan. Siti dan Keluarga tak ada pagi ini. Mereka bertandang – mungkin ke Kwantung . Disana  gua tahu ada juga Pak Cik India dari Brickfeilds yang beri makan.

Makanan gua  sediakan gua bawa pulang – tunggu petang. Gua harap  mereka akan muncul.

Berhampiran Wakaf Kedua satu kumpulan Pipit terbang berlegar – di wilayah ini  rumput masih belum di potong.  Rezeki masih lumayan. Di udara suara saekor  Gagak mendayu – terbang ke arah Istana Lama.

Pagi ini agak sunyi tak ramai pekerja kubur. Dari jauh gua dengar mesin potong rumput.

Gua harap hari ini akan panas. Bila RA muncul bumi jadi indah. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM MENYAMBUT
PAGI SENIN

BRO
Yang dah lepas biarkan lalu – macam air sungai – rayakan hari ini – air sungai baru.

BRO
Semua yang kita dengar ialah pandangan bukan fakta. Semua yang kita lihat ialah perspektif bukan kebenaran.

BRO
Lu jika belum ada pasangan sila cari untuk merayakan tahun baru. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERSENIN

Tiada ulasan: