Isnin, 29 Disember 2025

PERANG UKRAINE AKAN TAMAT ?

 


Perjanjian tamatkan perang Ukraine semakin hampir - Trump

PALM BEACH: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berkata usaha untuk menamatkan perang Russia-Ukraine kini lebih hampir berbanding sebelum ini, namun belum ada persetujuan mengenai isu paling sensitif iaitu wilayah.

Perkembangan itu dimaklumkan Trump selepas rundingan terbaharu dengan pemimpin kedua-dua negara.

Trump berkata, dalam beberapa minggu akan datang akan diketahui sama ada perang yang bermula sejak Februari 2022 dan mengorbankan puluhan ribu nyawa itu boleh ditamatkan.

Menjelang tahun baharu, Trump mengadakan pertemuan dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, di Florida, sehari selepas Russia melancarkan serangan besar ke atas Kyiv.

Sebelum itu, Trump turut berbincang melalui telefon dengan Presiden Russia, Vladimir Putin.

Trump berkata, kedua-dua pihak serius mahu menamatkan perang dan semua pihak mahukan konflik itu berakhir.

Seperti pertemuan Zelensky dengan Trump pada Oktober lalu, Putin, juga bercakap melalui telefon dengan Trump sebelum pertemuan itu dan Trump menegaskan bahawa Moscow 'serius' mahu damai walaupun serangan sedang berlaku.

"Saya benar-benar percaya kita, Tuan Presiden, mungkin lebih hampir, jauh lebih hampir berbanding sebelumnya dengan kedua-dua pihak.

"Semua orang mahu ia ditamatkan," kata Trump ketika bersama Zelensky di ruang minum teh di estet Mar-a-Lago miliknya.

Selepas pertemuan itu, Trump dan Zelensky berbincang dengan pemimpin Eropah yang bimbang sebarang keputusan akan menguntungkan Russia, malah Trump mengakui masih terdapat perbezaan pendapat mengenai isu wilayah.

Pelan yang dibincangkan mencadangkan perang dihentikan di garisan hadapan semasa di wilayah Donbas dan zon bebas tentera diwujudkan, namun Russia menuntut Ukraine menyerahkan wilayah.

Zelensky menyatakan kesediaan untuk mempertimbangkan pelan itu, tetapi sebarang keputusan perlu diluluskan oleh rakyat Ukraine melalui pungutan suara.

Russia pula tidak menunjukkan tanda mahu bertolak ansur dan menegaskan Ukraine perlu menarik balik tenteranya dari Donbas.

Dalam serangan terbaharu, Russia memutuskan bekalan elektrik dan pemanasan kepada ratusan ribu penduduk Ukraine ketika cuaca sejuk melampau.

Putin memberi amaran jika Ukraine enggan berdamai, Russia akan menyelesaikan konflik itu melalui cara ketenteraan. - AFP

BETUL KE

BERITA INI ?

AMIN

PERANG TAMAT

JALAN DEPLOMASI

BUKAN  SELESAI

DI MEDAN PERANG?

AMIN

ATAU INI HANYA

TEKANAN UNTUK

PUTIN

KHALAS

Tiada ulasan: