Isnin, 29 Disember 2025

TENTERA AKAN PULANG KE BEREK ?


Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai petang tadi


YANGON: Proses pengundian bagi fasa pertama pilihan raya umum berbilang parti Myanmar 2025 berakhir petang Ahad, lapor Xinhua.

Pengundian bermula 6 pagi waktu tempatan Ahad, dengan seorang pegawai pilihan raya di sebuah pusat mengundi di perbandaran Kyauktada, Yangon mengumumkan penutupan pusat berkenaan pada jam 4 petang.

Susulan penutupan itu, petugas pilihan raya di pusat mengundi berkenaan, dengan kehadiran wakil media tempatan dan antarabangsa, calon serta pemerhati, menjalankan proses pengiraan undi termasuk undi awal bagi kerusi Dewan Rakyat (Pyithu Hluttaw), Dewan Negara (Amyotha Hluttaw) serta Dewan Undangan Negeri dan Wilayah.

Menurut Pasukan Maklumat Majlis Pertahanan dan Keselamatan Negara Myanmar, seramai 139 anggota pasukan pemerhati pilihan raya antarabangsa serta wakil komuniti diplomatik hadir bagi memerhati dan memantau proses pengundian yang berjalan secara teratur dan bebas semasa fasa pertama pilihan raya pada Ahad.

Pilihan raya umum 2025 diadakan dalam tiga fasa. Fasa kedua dan ketiga masing-masing dijadual berlangsung pada 11 dan 25 Januari 2026.

Pilihan raya itu melibatkan 692 kawasan pilihan raya di seluruh negara, dengan kira-kira 5,000 calon daripada 57 parti politik bertanding bagi merebut kerusi di ketiga-tiga badan perundangan berkenaan.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Kesatuan, sebanyak 21,517 pusat mengundi disediakan di seluruh negara.

Keputusan akhir pilihan raya dijangka diumumkan selepas selesai semua fasa pengundian.

Pilihan raya umum terakhir Myanmar diadakan pada November 2020. – BERNAMA-XINHUA



APKAH TENTERA

AKAN PULANG 

KE BEREK?

AMIN

SIAM MYANMAR

FILIPINA INDONESIA

DI BAWAH TENTERA

AMIN

HASILNYA HAMPEH

MISKIN PAPA

KHALAS

Tiada ulasan: