TAMIM NAMA
BESAR ANAK
MUDA MELAYU
AMIN
PKR PERLU
SOKONGAN MELAYU
AMIN
TOLAK HAMIM
TAK DAPAT MELAYU
AMIN
TAK TOLAK
MAFIA KORPORAT
TAK DAPAT CHINA
AMIN
JAWABNYA MUDAH
HUMBANKAN
ANWAR BIN
IBRAHIM
KHALAS
Adun Rawang gesa tolak permohonan Tamim sertai PKR
PKR digesa menolak permohonan aktivis tanah, Tamim Dahri Abdul Razak yang dilaporkan mengemukakan permohonan pendaftaran keahlian parti itu.
Perkara itu disuarakan Adun Rawang, Chua Wei Kiat yang bimbang penerimaan keahlian aktivis kontroversi itu akan memberi mesej yang salah kepada masyarakat.
“Andainya PKR menerima permohonan aktivis kontroversi Tamim Dahri untuk menjadi anggota parti, parti kita akan memberi mesej yang salah kepada masyarakat umum, bahawa PKR mengalu-alukan kedatangan golongan ekstrem dalam menangani isu yang melibatkan agama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sempena ulangtahun ke-18 'tsunami politik' Chua, berkata PKR sentiasa berpegang teguh kepada prinsip kesederhanaan, keterangkuman dan keadilan.
Tambahnya, ramai meragui, sejauh mana PKR boleh bertahan memandangkan realiti politik lebih memihak kepada parti yang mengambil jalur politik yang keras dalam isu agama dan kaum.
“Itu sebabnya ramai yang menonjolkan diri sebagai wira bangsa dan agama tertentu, untuk menambat hati pengundi kaum tertentu.
“Namun PKR tetap memilih jalan tengah, mengambil pendekatan untuk mendamaikan semua pihak yang berbalah, atas semangat persaudaraan sesama manusia.
“Rakyat memberi peluang kepada PKR pada 8 Mac 2008, untuk melonjak dari satu kerusi pada tahun 2004 kepada 31 kerusi parlimen, selain lima kerajaan negeri bersama rakan sekutu. Sepanjang 18 tahun lalu, kita bekerja keras untuk meyakinkan pengundi bahawa kita tidak berganjak dari garis politik ini,” tegasnya.
Terdahulu Tamim dilaporkan mengemukakan borang pendaftaran sebagai ahli PKR pada 5 Mac lalu.
Aktivis itu sebelum ini ditahan bersama pendakwah bebas Zamri Vinoth dan beberapa individu lain berhubung rancangan mengadakan perhimpunan di luar pusat beli-belah Sogo bulan lepas bagi memprotes kewujudan rumah ibadat yang didakwa dibina tanpa kebenaran.
Perhimpunan itu bagaimanapun gagal diteruskan selepas disekat pihak polis.
Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh berkata permohonan Tamim itu akan melalui proses saringan sebelum diluluskan.
“Dia baru memohon kemasukan dan masih perlu melalui proses saringan sebelum diluluskan.
“Ada beberapa prosedur lagi yang perlu dilalui selepas isi borang sebelum boleh jadi anggota yang sah,” katanya dipetik FMT semalam.
Sementara itu Chua berkata, kini masanya PKR menggilap imej ketika ramai yang melontarkan sindiran bahawa “Reformasi” sudah malap.
Jelasnya, parti itu perlu menyampaikan mesej yang jelas dan tegas, bahawa PKR tetap dengan garis politik kesederhanaan, keterangkuman dan keadilan dan tiada ruang untuk provokasi dalam PKR.
“Tiada sentimen kaum dan agama sempit dibenarkan. Yang ada, semangat persaudaraan sesama manusia yang berlandaskan nilai kemanusiaan, keadilan dan kepelbagaian.
“Andainya PKR tidak berganjak dari prinsip ini ketika kita menjadi pembangkang, apa alasannya kita mengkhianati idealisme ini ketika kita berkuasa?
“Kita akan memberi gambaran yang salah kepada umum, seolah-olah kita merestui tindakan merobohkan rumah ibadat tanpa melibatkan pihak berkuasa, sedangkan kita telah menggariskan syarat agar prosedur undang-undang itu dipatuhi, untuk mengelakkan ketegangan kaum dalam kalangan masyarakat,” katanya lagi.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan