BERITA PELIK
LAGI TAK
MASUK AKAL
BILA TAK ADA
TANGKAPAN
AMIN
KILANG DADAH
TAK ADA PENJAGA
KAH KAH KAH
INI DADAH NILAI
BERJUTA RINGGIT
TINGGAL TAKDA
KAWALAN ?
AMIN
TAK MASUK AKAL
TAK BOLEH BRAIN
AMIN
APAKAH TOKWAY
DAH DAPAT
MAKLUMAT AWAL?
JENG JENG JENG
KHALAS
Makmal dadah dalam gudang diserbu, ratusan tong bahan kimia dirampas
KUALA LUMPUR – Sebuah gudang di kawasan perindustrian di Subang Jaya, Selangor yang dipercayai dijadikan makmal haram memproses dadah terbongkar selepas diserbu polis pada 2 Mac lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Hussein Omar Khan berkata, serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Subang Jaya di Taman Perindustrian Subang itu dilakukan hasil maklumat risikan serta aduan orang awam.
“Pemeriksaan di dalam gudang berkenaan menemukan pelbagai bahan kimia dan peralatan yang dipercayai digunakan untuk memproses dadah sekali gus membongkar kegiatan sindiket yang dipercayai aktif sejak Oktober 2024.
“Antara yang dirampas ialah 214 tong berisi cecair disyaki bahan kimia, tiga tong mengandungi serbuk bahan kimia, lima botol serbuk bahan kimia selain serbuk disyaki bahan kimia seberat 0.94 kilogram.
“Turut dirampas lima unit mesin serta tiga balang kaca yang dipercayai digunakan dalam proses menghasilkan dadah,” katanya ketika sidang media di hari ini.
Menurut Hussein, siasatan awal mendapati sindiket berkenaan menggunakan identiti palsu untuk menyewa gudang tersebut dengan kadar sewaan kira-kira RM6,500 sebulan.
“Gudang di kawasan perindustrian itu dipercayai dijadikan lokasi memproses dadah sebelum bahan terlarang berkenaan diedarkan ke pasaran sekitar Lembah Klang,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta tidak kurang 12 sebatan jika sabit kesalahan. –

Tiada ulasan:
Catat Ulasan