Isnin, 9 Mac 2026

PAGI INI


PAGI INI 



PAGI INI

SENIN 9 MAC 2026

PUASA HARI KE 19

PERANG HARI KE 10


SELAT HORMUZ
Berita melaporkan sebanyak 10 buah kapal minyak yang cuba melintas Selat Hormuz telah diserang. Selama ini berita cuba ditutup. Malah ada kematian.

SYARIKAT INSURANS enggan menjual insurans kepada kapal minyak yang mahu ke Selat Hormuz.

NOTA : SEBANYAK 20% MINYAK DUNIA YANG DI GUNA KAN SETIAP HARI MELINTAS  DI SELAT HORMUZ.

China , Korea Selatan , Jepun dan India bergantung dengan minyak dari Selat Hormuz.

NAK TANYA : Berapa lama agaknya sistem ekonomi kapitalis dunia boleh bertahan? Bila agaknya negara Eropah akan bangun mengutuk Israel dan Amerika?

TUTUP SELAT HOMUZ TAKTIK BIJAK IRAN.

Malah dari awal sebelum perang Iran dah beri ingatan.

PERTAMA: semua negara yang ada soldadu Amerika akan di serang.

KEDUA : Selat Hormuz akan di serang.

LU DEGIL LU DAPAT PALAT! Kah kah kah.

TRUMP BUAT LAWAK BERDIRI:
Kah kah kah
Kah kah kah
Kah kah kah

Trump nak masuk bersama bincang pelantikan Ayatollah  baru di Iran – kah kah kah.

Trump arah Iran  serah diri tanpa syarat kah kah kah.

PARA JENERAL PERANG AMERIKA DAH GELABAH DAN BERI INGATAN AWAL PADA TRUMP.

PERTAMA : Senjata Amerika kureeng kerana 4 tahun berperang di Ukraine.

KEDUA : Ketika ini  peluru untuk IRON DOME  di Israel makin berkurangan.

KETIGA : Peluru PENANGKIS di Negara Arab yang jadi barua Amerika akan habis dalam masa dua  tiga hari.

KEEMPAT : Sistem THAAD –  sistem teknologi risikan yang sebiji bernilai hampir 1 bilion  telah di bedil oleh Iran. Tiga telah BUNGKUS – kah kah kah – Satu di Bahrain, satu di Jordan dan satu di Saudi dah bungkus – kah kah kah

JUSTERU MATA AMERIKA DAH BUTA – TAK TAHU BILA PELURU BERPANDI IRAN  AKAN MASUK. Amin

HOKKIEN 
Pagi ini cerah segar basah. Kemarin hujan sekejap tapi mencurah. Matahari dah keluar. Cahaya lemah. Langit  biru kelam. KL & KL Sentral berkabus nipis. 

Wow – Cengkerik bersimponi – bumi basah. Tekukur berlagu. Jalan kosong tak  kelihatan sesiapa. Gua berjalan  tertiba bila gua menoleh  ke belakang  gua lihat Emak dah ada di belakang gua. Yang lain muncul.

Lalu gua taburkan nasi – ini nasi kemarin – tapi ok – gua simpan dalam peti sejuk.

Berjalan pulang gua lihat semua dah hilang- pasti dah kenyang.

Kemudian satu  Jantan Puppy muncul dan Siti muncul sama. Siti berjalan – satu kaki belakang cedera.  Tapi boleh meloncat ke atas makam. 

Tiong Laki Bini pun berlabuh sama.

Gua beri hati ayan pada Siti  TAPI kali ini gua ada selitkan satu PIL ANTI BIOTIK -  ubat ini gua dapat dari Tuan Rumah gua – dulu dia beri ubat yang sama pada Jantan Solo. Pil untuk sembuhkan luka.

Tiong laki bini  pagi ini makan Friskies tanpa gangguan.

Berjalan pulang di tepi Hutan Belukar Murai berkicau -  indah – indah dan kuat. Bila pagi Murai berkicau – pagi akan jadi indah.

Hari ini akan panas. Jika  hujan nak turun – sila turun awal – bantu Bazar Ramadan. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI SENIN

BRO
Lu jika buat silap lu ketawakan diri lu sendiri. Hidup lu kan panjang. Jangan ketawakan kesilapan orang lain. Hidup lu akan pendek.

BRO
Lebih baik di ketawakan kerana belum menikah dari di ketawakan sesudah menikah.

BRO
Minah cun Mamat jambu macam lampu merah. Bila lu  lihat lu akan berhenti. Amin.

LAKUKAN SEKARANG
LAKUNKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA

SELAMAT BERPUASA

Tiada ulasan: