TOLAK DAP
TOLAK ZAHID
UMNO AKAN
CERAH KEMBALI
KHALAS
'Kita tak memaksa, terpulang kepada mereka mahu kembali kepada UMNO' - Tok Mat
SEREMBAN: UMNO tidak memaksa kepada mana-mana bekas ahli yang dipecat dan digantung untuk kembali semula secara sukarela kepada parti itu menerusi inisiatif 'Rumah Bangsa'.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata terpulang kepada mereka membuat keputusan dan menyatakan pendirian masing-masing sama ada ingin kembali semula menyertai parti atau sebaliknya.
"Kita tidak memaksa sesiapa. Kalau dia mahu kembali kepada parti yang dahulu sebagai ahli UMNO, terpulang kepada dia. Kalau dia kata dia tidak suka UMNO pun terpulang. UMNO bukan parti yang bergantung kepada seorang dua individu tetapi kekuatannya terletak pada ahli di peringkat akar umbi dan perjuangan secara berkumpulan.
"Jangan ada sesiapa yang menganggap diri itu terlampau kuat, apapun terpulang kepada dia, kita tak memaksa," katanya kepada media selepas menyampaikan bantuan Ramadan, di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan beberapa bekas pemimpin dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang menolak pelawaan menyertai 'Rumah Bangsa' kerana beranggapan parti itu bekerjasama dengan DAP yang juga komponen Pakatan Harapan (PH).
Mengulas lanjut, Mohamad yang juga Menteri Luar menegaskan, parti itu tidak pernah bekerjasama dengan DAP, sebaliknya kerjasama ketika ini dibuat atas dasar mengurus negara dan bukannya penggabungan parti.
"Kita (UMNO) tidak pernah pun bersama DAP. Kita membuat perjanjian untuk menguruskan negara. Kita hanya ada perjanjian dengan Pakatan Harapan untuk mengurus negara. Kerjasama itu dijalinkan berikutan tiada parti mempunyai jumlah kerusi sendiri yang mencukupi untuk membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
"Keadaan ketika itu tidak boleh dibiarkan tanpa kerajaan, nanti pelabur lari. UMNO atau Barisan Nasional (BN) berjanji kerana kita hendak menyelamat dan menguruskan negara," katanya.
Mohamad berkata, kemasukan semula bekas ahli juga tidak boleh disertakan dengan sebarang syarat.
"Kita tidak menerima sebarang syarat untuk mereka kembali menjadi ahli parti. Kalau mahu bersama, biar atas kerelaan sendiri untuk berjuang melalui platform UMNO," katanya.


1 ulasan:
Cina MCA okay? Cina Gerakan okay? Cina DAP tak boleh? Kah kah kah kenapa tak boleh? Apa sebab tak boleh Cina DAP? Cina DAP tak mahu komisen? Tak mahu kerjasama curi duit rakyat? Tidak mahu songlap duit negara? Apa sebab musabab? Cuba cakap terus terang ? Ketika duit negara dicuri dirompak disonglap oleh puluhan pemimpin politik UMNO MCA MIC diam diam sahaja? Atau ketika itu tiada lagi budaya sosial media? Adakah kerana kafir lebih syumul daripada orang kita yang majoritinya perasuah songlap duit negara? Kah kah kah terus terang kan baik ? Kah kah kah
Catat Ulasan