Isnin, 9 Mac 2026

DUNIA KAPITALIS TERCEKIK


LANGKAH BIJAK

CEKIK DUNIA

KAPITALIS

AMIN

BOM ZIONIS ISRAEL

BEDIL AMERIKA

AMIN

LAWAN ZIONIS

TEMPATAN

KHALAS 



10 kapal di Selat Hormuz diserang


PARIS: Kira-kira 10 kapal yang berada berhampiran atau di Selat Hormuz diserang sejak Iran menyekat laluan air strategik itu sebagai tindak balas terhadap serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel, menurut laporan kumpulan analisis data.

Serangan sepanjang minggu selepas tercetusnya perang pada 28 Februari itu hampir menghentikan sepenuhnya trafik melalui selat berkenaan yang menjadi laluan penting bagi minyak dan barangan lain.

Agensi keselamatan maritim United Kingdom (UK), United Kingdom Maritime Trade Operations (UKMTO) mengeluarkan kira-kira 10 amaran mengenai serangan serta aktiviti mencurigakan, namun hanya mendedahkan sedikit butiran mengenai kapal yang terbabit.

Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) pula menyenaraikan sembilan serangan terhadap kapal di selat itu dalam tempoh seminggu, termasuk empat insiden yang mengorbankan tujuh orang.

IMO berkata, seorang terbunuh dalam setiap tiga serangan terhadap kapal Skylight, MKD Vyom dan Stena Imperative pada 2 Mac, manakala Hercules Star turut terkena serangan.

Difahamkan, antara 3 hingga 5 Mac lalu, empat lagi kapal diserang iaitu Libra Trader, Gold Oak, Safeen Prestige dan Sonangol Namibe.

Pada 6 Mac pula, empat orang terbunuh apabila kapal Mussafah 2 diserang.

Dalam pada itu, Indonesia memaklumkan, kapal yang ciri dan kedudukan terakhirnya sepadan dengan Mussafah 2 tenggelam dua hari sebelum itu dengan tiga anak kapal warganya dilaporkan hilang, seorang terselamat cedera serta empat lagi terselamat daripada kewarganegaraan lain.

Sementara itu, menurut firma analisis Kpler yang mengendalikan platform MarineTraffic, Selat Hormuz biasanya menyaksikan 20 peratus transit minyak dan gas asli cecair global melaluinya, namun trafik kapal tangki di kawasan itu merosot 90 peratus dalam tempoh seminggu.

Bagaimanapun, data MarineTraffic yang dianalisis AFP menunjukkan, hanya sembilan kapal komersial termasuk kapal tangki, kargo dan kontena dikesan melintasi selat itu sejak Isnin dengan sebahagiannya menyembunyikan kedudukan mereka.

Firma keselamatan maritim Vanguard pula berkata, Mussafah 2 terkena dua peluru berpandu ketika cuba membantu kapal kontena Safeen Prestige yang diserang dua hari sebelumnya.

Susulan kejadian berkenaan, Pusat Maklumat Maritim Bersama (JMIC) memberi amaran kapal yang memberikan bantuan atau menjalankan operasi menyelamat terhadap kapal yang sebelum ini menjadi sasaran juga mungkin berdepan risiko tinggi serangan susulan.

Iran yang mengeksport minyaknya melalui Selat Hormuz memberi mesej bercampur apabila seorang jeneral Pengawal Revolusi mengancam akan 'membakar mana-mana kapal' yang cuba melintasi selat itu, namun Menteri Luar Abbas Araghchi menegaskan, negara itu 'tiada niat' menutup laluan berkenaan.



Tiada ulasan: